Waktu Solat

Tuesday, September 29, 2009

Freeware sukar dipercayai


SALAH satu aspek keselamatan yang kurang dititikberatkan termasuk pengguna perisian keselamatan percuma di kalangan pengguna di Malaysia.Mungkin sekarang anda menggunakan perisian terbabit dan pada masa sama membuka akaun Maybank2u untuk menghantar duit ke kampung ketika musim perayaan ini, adakah anda rasa selamat?

Tidak dinafikan banyak perisian keselamatan percuma boleh dipindah turun, namun mampukah ia dipercayai 100 peratus? Sedangkan insurans nyawa anda pun perlu dibayar!Pengguna kini sudah aktif beronline dengan pelbagai aktiviti seperti e-mel, penukaran fail, pindah turun, mesej pantas (IM), laman web sosial, permainan online dan perkongsian foto.Di sebalik aktiviti terbabit, lonjakan motivasi penggodam turut meningkat dengan modus operandi lebih terjurus mendapatkan keuntungan berbanding hanya suka-suka sebelum ini.
Naib Presiden Perniagaan Pengguna, Symantec Asia Pasifik dan Jepun, David Freer, berkata pengguna menghadapi pelbagai risiko sekiranya menggunakan perisian keselamatan freeware yang dipindah turun menerusi Internet."Pengguna jangan hanya memikirkan faktor kewangan semata-mata dengan memindah turun perisian percuma kerana ia mengandungi risiko yang akan menyebabkan sesal pada masa depan," katanya.Beliau berkata, pengguna akan berdepan risiko seperti buli siber, phishing, reputasi terjejas, kecurian pengenalan, kehilangan data dan sebagainya sekiranya terus mempercayai perisian percuma tanpa usul periksa."Pengguna perlu sedar perkara ini memandangkan 97 peratus serangan jenayah siber tertumpu ke arah berbanding sektor perniagaan kerana tidak mementingkan faktor keselamatan," kata Freer.
Freer menjelaskan, terdapat fakta menunjukkan komputer peribadi (PC) akan diserang sehingga 20 kali sehari manakala satu antara lima orang akan menjadi mangsa jenayah siber di seluruh dunia termasuk kecurian kata laluan atau nombor akaun."Tidak cukup dengan itu, identiti pengguna akan dicuri secara online pada setiap enam saat dan jumlah kerugian akibat penjualan kad kredit tidak sah di pasaran gelap mencecah RM23 bilion," katanya.
Menurutnya, kajian Symantec terhadap 1,000 responden di Malaysia menunjukkan 76 peratus bergantung kepada perisian freeware untuk melindungi PC mereka."Ia statistik menakutkan, apatah lagi serangan seperti 'malware' semakin bertambah setiap hari menerusi kod tertentu yang tidak mampu dikesan perisian percuma," katanya.
Katanya, rekod menunjukkan 1.3 juta ancaman sudah dikesan sehingga kini berbanding 1.69 juta pada tahun lalu dengan 2.4 bilion malware dihalang memasuki PC pengguna sepanjang tempoh 24 bulan lalu."Adakah kita masih mahu mempercayai perisian keselamatan freeware?" soal Freer.
sumber:http://www.hmetro.com.my

Thursday, September 10, 2009

Bertugas Di Tempat Baru

Sebelum ni saya bertugas di SMK Tandek, Kota Marudu, dan pada 1 Mac 2009 ni saya dah bertugas di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu.

Ditawarkan sebagai Penolong Pengarah, Unit ICT dan Pengkomputeran. Ingin mendalami bidang pentadbiran dan pengurusan untuk menambah pengalaman. Bukan sahaja pengalaman sebagai guru sebelum ini.

Sekarang ini saya sedang bercuti sehingga 14 sept 2009, dan akan kembali bertugas pd 14 dan 15 sept nanti.