Waktu Solat

Friday, August 27, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Majlis APC peringkat Kota Marudu telah diadakan pada hari ini 27/08/2010 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Ir. Datu Jamigu Bin Haji Datu Salin.

Seramai 112 orang menerima anugerah ini dari 33 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah sekitar daerah Kota Marudu.

Majlis berakhir pada pukul 11.oo pagi.

Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa PPD Kota Marudu


Satu majlis bacaan yassin dan berbuka puasa telah diadakan di PPD Kota Marudu pada petang semalam 26/08/2010 yang dihadiri oleh semua staf PPD, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Ir. Datu Jamigul Datu Salin, Ustaz Asmara dan rakan.

Majlis bermula pada pukul 5.30 petang dengan bacaan yassin dan diikuti oleh tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Aliuddin, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Marudu.

Antara tujuan majlis ini adalah untuk mendoakan rahmat kepada rakan-rakan guru yang telah meninggal sempana bacaan yassin tersebut dan untuk mengeratkan silaturrahim dengan staf PPD yang bukan beragama Islam untuk sama-sama berbuka puasa.

Thursday, August 26, 2010

Pentaksiran `diinsankan' dan `dimesrakan'

SISTEM pentaksiran berasaskan sekolah bukanlah perkara baru bagi warga pendidikan, pendekatan ini telah pun diamalkan secara berperingkat oleh sekolah terutama yang melibatkan mata pelajaran bersifat amali.

Namun apabila Kementerian Pelajaran membuat keputusan menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, pendekatan ini dilihat oleh kementerian sebagai perlu diperluaskan melibatkan beberapa mata pelajaran lain.

Cadangan dibuat iaitu dengan mengurangkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya mata pelajaran tertentu akan diuji di peringkat sekolah.

Antara perkara utama yang ditekankan apabila sistem ini dilaksanakan ialah kepentingan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di sekolah-sekolah.

Pentaksiran itu tidak akan mencapai matlamatnya jika teknologi yang digunakan masih ketinggalan zaman.

Bahan-bahan berbentuk multimedia juga semakin penting sebagai bahan sokongan untuk guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sokongan ICT bukan sahaja untuk membangunkan soalan dan analisis tetapi membantu pelajar dan sekolah dalam proses ke arah pentaksiran.

Bermakna selain membina soalan dan analisis itu turut melibatkan pentafsiran dapatan dan aras pencapaian sistem itu.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai `penyambung' ke pihak pusat apatah lagi jika peperiksaan dalam talian dilaksanakan, justeru komputer yang mencukupi dan `hardware' yang terbaru amat penting untuk pihak sekolah.

Mungkin tidak akan wujud lagi peperiksaan menggunakan kertas, pen dan pensil suatu sistem konvensional.

Maka kaedah peperiksaan dalam talian perlu difikirkan iaitu sama ada pihak pusat atau sekolah mampu melakukannya dengan mengambil kira tanggapan masyarakat.

Hal ini kerana dalam sesuatu pentaksiran yang sedemikian kewibawaan peperiksaan itu perlu diutamakan tanpa wujud kesangsian, persoalan tentang kesahihan keputusan peperiksaan itu.

Sistem pentaksiran seperti diagnostik dan ujian turut digunakan secara meluas di sekolah agar guru tahu kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Sebenarnya, usaha ke arah itu telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu apabila kementerian memperkenalkan pendekatan baru dalam pelaporan keputusan semua peperiksaan awam dengan hanya melaporkan pencapaian setiap mata pelajaran dan prestasi cemerlang calon.

Pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah akan turut memberi cabaran besar kepada program latihan guru.

Aspek penggubalan kurikulum latihan guru juga sedang dikaji bagi memberi kelancaran dalam P&P di sekolah.

Malah sistem pentaksiran itu membawa sekali perubahan terhadap buku-buku teks sama ada untuk pelajar mahupun guru.

Usaha mengurangkan pendidikan berorientasikan peperiksaan turut mengambil kira cadangan lain lain seperti termaktub dalam hala tuju Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Antaranya, melihat semula sistem penggal dan menggantikannya dengan sistem semester, mengubah cara menilai dalam pembelajaran, sesuai dengan perkembangan kehendak dunia.

Ini melalui mengubah penekanan dalam peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan kepada berasaskan kemahiran atau bersifat ujian pencapaian kepada bersifat kebolehan am.

Selain itu, cadangan mencari kaedah pentaksiran yang mampu menggalakkan pembinaan karaktor dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.

Serta mengubah pendekatan P&P misalnya dengan memperbanyakkan pendekatan pengurusan projek.

Jika ini diperbanyakkan, kaedah penilaian dan pentaksiran yang bersesuaian untuk menilai pencapaian pelajar juga dirangka.

Atas keperluan ini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berusaha menyediakan aspek pembangunan prasarana yang teliti.

Perubahan yang dilakukan amat luas dan menyeluruh merangkumi banyak pihak dan aspek, maka setiap perubahan perlu dilakukan secara berperingkat.

Apabila mahu menggubal sistem ini, kegiatan kokurikulum pelajar turut ditekankan mengambil kira kepentingan modal insan.

Akan diwujudkan suatu kurikulum bagi memantau pelajar dalam kokurikulum yakni setiap aktiviti yang disertai sama ada kelab atau permainan sukan mempunyai pentaksiran dan markah yang tersendiri.

Sejak dua tahun lalu, kementerian telah menetapkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum melalui memorandum kepada Jemaah Menteri sebagai salah satu merit bagi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah teknik, program matrikulasi dan institut perguruan.

Antara yang menarik ialah pembinaan sekolah seni sama ada pelaksanaan diadakan mengikut kriteria ataupun secara modular.

Antara mata pelajaran seni yang dirancang ialah muzik, seni visual, teater, drama, tarian, penulisan kreatif dan sinematografi.

Apabila pentaksiran dilakukan sekolah sebagai asas modal insan dapat membentuk suatu `mind set' dalam kalangan pelajaran dan ibu bapa sebagai pusat ilmu.

Pelajar tidak lagi ke sekolah hanya kerana peperiksaan tetapi sebagai pusat ilmu untuk menjalani suatu proses menjadikan mereka individu yang mempunyai asas kukuh dalam kehidupan di samping untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi.

Sistem pentaksiran itu tidak sama sekali bermaksud memansuhkan peperiksaan tetapi merupakan usaha membangunkan sistem yang menggalakkan pelajar mencintai ilmu.

Di samping itu ia bertujuan membangunkan budaya persekitaran kurikulum amat mantap dan artistik tanpa terlalu diberi keutamaan terhadap peperiksaan.

Apa yang berlaku sekarang iaitu tumpuan hanya kepada peperiksaan memperlihatkan kurikulum yang tidak dibangunkan secara holistik.

Kesimpulannya, pentaksiran perlu diinsankan dan dimesrakan, pentaksiran bukan menghukum.


Sumber : http://www.tutor.com.my

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Ganti Peperiksaan Awam

Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

"Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.

"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama.

“Bagaimana kita hendak nilai sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Sumber :http://www.jpnns.gov.my

Tuesday, August 24, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah










24/08/2010, Selasa : Sambutan hari kemerdekaan telah diadakan di Dewan Komuniti, Kota Marudu yang bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Maximus J.Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu.

Sebanyak 40 kontinjen daripada Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta NGO dan sekolah menyertai sambutan ini.

Sempena sambutan tersebut, pertandingan perbarisan diadakan mengikut kategori Jabatan Kerajaan, Sekolah dan NGO.

Kategori Jabatan Kerajaan.
1. Jabatan Perhutanan Sabah
2. Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu
2. Pejabat Daerah Kota Marudu

Kategori Sekolah.
1. Pusat Giat Mara
2. PRS SMK Langkon
3. KRS SMK Kota Marudu

Kategori NGO
1. Borneo Samudera
2. UPKO

Monday, August 23, 2010

Elak perut terkejut

PASTI ramai antara kita yang culas menye diakan hidangan bersahur kerana tidak biasa menyediakan sajian awal pagi lalu memilih santapan ringkas seperti bijirin tiga dalam satu yang hanya memerlukan air panas untuk menikmatinya.


TINGGI SERAT...antara makanan yang perlu diambil ketika bersahur untuk elak cepat lapar.
sebelum - selepas



PENTING...jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang Ramadan.
Namun, Pakar Pemakanan Kanan, Pusat Perubatan Sunway, Ho Wan Mi tidak menggalakkan umat Islam bersahur dengan cara itu memandangkan ia tidak mendatangkan kebaikan untuk tubuh kerana ia kekurangan khasiat sepatutnya.

“Bukan tidak boleh, tetapi lebih baik mengambil hidangan pejal daripada bijirin segera kerana ia kurang memberi zat dan nutrien yang diperlukan tubuh bagi menghadapi puasa.


“Bijirin segera itu sebenarnya kurang oat, tetapi mempu nyai lebih banyak gula, jadi sememangnya ia tidak sesuai dijadikan sebagai makanan untuk bersahur.


“Ini kerana tubuh memerlukan serat dan protein bagi mengelakkan mudah rasa lapar.


“Seelok-eloknya, bancuh sendiri oat dan hidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, strawberi, barli dan aprikot. Itu jauh lebih baik dan lebih berkhasiat,” katanya.


Tambah Ho, tiada zat atau nutrien khusus yang perlu diambil untuk mengelakkan lapar, tetapi ia bergantung kepada diet keseluruhan yang diambil ketika bersahur.


“Untuk bersahur biasanya kami sarankan mengambil makanan yang mampu memberi tenaga tahan lama seperti makanan tinggi kandungan serat serta protein.


“Serat mengambil masa yang lama untuk dihadam. Oat misalnya, segera memberikan rasa penuh ketika mengambilnya, tapi jarang membuatkan kita berasa cepat lapar. “Namun pada masa sama, pentingkan juga diet pemakanan seimbang. Kalau boleh lebih baik dalam setiap hidangan itu mempunyai karbohidrat, protein, serat dan vitamin,” ujarnya.


Antara hidangan mudah yang disarankan Ho ialah campuran oat bersama susu rendah lemak dan kurma. Kurma juga boleh digantikan dengan buah-buahan lain mengikut selera masing-masing.


Bagi yang gemar mengambil hidangan nasi ketika bersahur, cuba gantikan nasi putih dengan nasi perang dan dimakan bersama hidangan sayur-sayuran serta protein seperti ikan.

sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elakperutterkejut/Article/index_html

Kisah Rasul: Nabi Yusuf tafsir mimpi

PADA suatu hari, pembesar, penasihat dan orang arif dan bijaksana berkumpul di istana raja Mesir. Mereka diundang untuk memberi tafsir mimpi yang sering merunsing kan hatinya.

Dia bermimpi seakan-akan melihat tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus. Di samping itu dia melihat dalam mimpinya tujuh butir gandum hijau di samping tujuh butir lain yang kering.

Tidak seorang pun daripada pembesar yang didatangkan itu yang dapat memberi tafsiran bagi mimpi raja itu bahkan sebahagian daripada mereka menganggapnya mimpi kosong. Pelayan raja, pemuda teman Yusuf dalam penjara, pada masa pertemuan Raja dengan tetamunya, kemudian teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia akan dikeluarkan dari penjara dan bahawa tafsir yang diberikan oleh Nabi Yusuf bagi mimpinya adalah tepat.


Ia terjadi sebagaimana yang ditakdirkan. Lalu dia memberanikan diri menghampiri raja dan berkata: “Wahai tuanku! Hamba mempunyai seorang teman kenalan di dalam penjara yang pandai mentafsir mimpi. Dia adalah seorang yang cekap, ramah dan berbudi pekerti luhur. “Dia tidak berdosa dan tidak melakukan kesalahan. Dia dipenjara kerana fitnah dan tuduhan palsu. Dia memberi tafsiran bagi mimpiku sewaktu hamba berada dalam tahanan bersamanya.


“Ternyata tafsirannya tepat dan benar sesuai dengan apa yang hamba alami. Jika Tuanku berkenan, hamba akan pergi mengunjunginya di penjara untuk menanyakan dia berkenaan mimpi tuanku.” Dengan izin Raja, pelayan itu pergi mengunjungi Nabi Yusuf dalam penjara. Dia menyampaikan kepada Nabi Yusuf kisah mimpi raja.


Tidak seorang pun daripada anggota dan penasihatnya dapat memberikan tafsiran yang dapat melegakan hati raja berkenaan. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf bahawa jika raja berpuas hati dengan tafsir mimpinya, mungkin dia akan dikeluarkan dari penjara. Dengan demikian akan berakhirlah penderitaan yang dialami selama bertahun-tahun Nabi Yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf menguraikan mimpi Raja: “Negara akan menghadapi masa makmur, subur selama tujuh tahun, di mana tumbuh-tumbuhan dan semua tanaman gandum, padi dan sayur-mayur akan mengalami masa menuai yang baik yang membawa hasil makanan berlimpah-ruah.


“Kemudian masuk musim kemarau selama tujuh tahun berikutnya di mana Sungai Nil tidak memberi air yang cukup bagi ladang yang kering, tumbuh-tumbuhan dan tanaman rosak dimakan hama sedang persediaan bahan makanan, hasil tuaian selama bertahun subur sudah habis dimakan.” Akan tetapi, Nabi Yusuf melanjutkan keterangannya, setelah mengalami kedua musim tujuh tahun itu akan tibalah tahun basah di mana hujan akan turun dengan lebatnya menyirami tanah yang kering dan kembali menghijau menghasilkan bahan makanan dan buah-buahan yang lazat.


Maka jika tafsiranku ini menjadi kenyataan, Nabi Yusuf berkata: “Seharusnya kamu menyimpan baik-baik apa dihasilkan dalam tahun-tahun subur serta berjimat dalam pemakaiannya untuk persiapan menghadapi masa kering, agar supaya rakyat terhindar daripada bencana kelaparan dan kesengsaraan.” Apa yang diceritakan nabi Yusuf berkenaan mimpinya, berasakan bahawa tafsir yang didengar itu masuk akal dan boleh dipercayai.


Apa yang diramalkan Yusuf menjadi kenyataan. Tafsiran Nabi Yusuf adalah tepat kerana dia seorang yang pandai dan bijaksana dan sangat berguna untuk negara. Maka raja menyuruh pelayannya ke penjara untuk membawa Yusuf menghadapnya di istana. Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai orang tahanan dalam penjara itu bagaimanapun enggan keluar sebelum tuduhan serta fitnah yang dikenakan ke atas dirinya diterangkan. Nabi Yusuf ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci daripada dosa. Raja Mesir yang sudah banyak kali mendengar kehebatan Nabi Yusuf mentafsir mimpi mula berasa hormat kepadanya dan mendengar tuntutan nya agar diselesaikan lebih dahulu. Ia adalah tuduhan dan fitnah yang dilemparkan atas dirinya. Tuntutan Nabi Yusuf diterima raja Mesir dan segera dikeluarkan dari penjara.


Kemudian raja memerintah kan supaya mengumpulkan wanita yang menghadiri jamuan makan Zulaikha yang terhiris hujung jari tangan masing-masing ketika melihat wajahnya. Di hadapan raja mereka menceritakan apa yang mereka lihat dan alami. Mereka menyatakan Nabi Yusuf se orang yang jujur, soleh, bersih dan bukan dialah yang salah dalam peristiwa dengan Zulaikha. Zulaikha pun dalam pertemuan itu, mengakui memang dialah yang berdosa dalam kejadian dengan Yusuf. Dialah yang menyuruh suaminya agar memenjarakan Yusuf untuk memberikan gambaran palsu kepada masyarakat dialah yang salah dan memperkosa kehormatannya.


Hasil pertemuan raja de ngan wanita-wanita itu, dihebahkan agar seluruh lapisan masyarakat mengetahui hal yang sebenarnya. Dengan demikian tersingkaplah cerita sebenar peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha. Atas perintah raja, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara secara hormat, bersih dari segala tuduhan. Beliau kemudian pergi ke istana bagi memenuhi undangannya.

Friday, August 6, 2010

SAMBUTAN HARI JADI STAF PPD KOTA MARUDU 2010


Pada 6 Ogos 2010 bersamaan hari Jumaat, satu majlis ringkas bagi merayakan Hari Jadi untuk semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu diadakan kepada mereka yang lahir pada 1 Januari - 31 Julai. Seramai 32 orang staf yang diraikan sempena majlis ini.