Waktu Solat

Monday, November 29, 2010

Dataran Bengkoka, Pitas

Kawasan ini cukup menarik kerana pesisiran pantainya. Ramai pengunjung yang datang pada waktu petang dan sebagai perbandingan, anggaran saya pada petang tersebut sebanyak 30 buah kenderaan berada di Dataran Bengkoka ini. Ini menujukkan kawasan ini menjadi tumpuan pada waktu petang dan hujung minggu.

Tapi sayangnya, kunjungan saya ke Dataran Bengkoka pada 27 November 2010 yang lalu disambut dengan deretan dan longgokan sampah serta najis lembu yang bertaburan. pada pendapat saya, sampah ini bertaburan di sekeliling tong sampah kerana sudah lama tidak dikutip oleh pihak yang bertanggungjawab. Begitu juga dengan najis lembu yang bertaburan di pondok-pondok tidak dibersihkan atau dibuang sehinggakan najis lembu ini sudah kering dan sekeras batu.

Agak menyedihkan kawasan rekreasi tumpuan ramai ini dibiarkan begitu sahaja.

Tuesday, November 16, 2010

MAPC SK Samparita

16 Nov 2010, Selasa: Saya merasmikan MAPC SK Samparita, Kota Marudu bagi tahun 2010. Sekolah ini telah melahirkan seorang pelajar cemerlang 5A dan 4 orang 4A1B pada peperiksaan UPSR yang beru lalu. MAPC sekolah ini diadalah buat pertama kalinya di bangunan sekolah baru yang besar dan serba indah.

Ibubapa memberikan sokongan yang kuat dengan kehadiran mereka dalam aktiviti ini bagi memberikan sokongan kejayaan anak-anak dalam bilang akademik, kokurikulum dan sahsiah mereka.

Syabas dan tahniah kepada Guru Besar En. Greg Doukim Limpat dan juga para guru yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini sehingga ke akhirnya.

Sukan MSRR SMK Kota Marudu 2

15 Nov 2010, Isnin: Saya menghadiri majlis perasmian penutupan sukan sekolah peringkat sekolah di SMK Kota Marudu 2 yang dirasmikan oleh En. Mat Rudin, Pegawai Belia dan Sukan Zon Utara.

Pengetua, Tuan Hj. Marmoh Kasman memaklumkan bahawa walau usia sekolah ini baru menjangkau lima tahun tetapi sudah mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lama yang ditubuhkan di daerah ini. Sekolah ini berjaya menduduki tempat kedua semasa sukan peringkat daerah pada awal tahun ini.

Semasa merasmikan sukan ini, En Mat Rudin memaklumkan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersedia untuk bekerjasama dalam memajukan sukan di daerah ini. Mereka bersedia membantu dari segi kejurulatihan dan peralatan ang diperlukan dengan syarat memgemukakan permohonan kepada Kementerian melalui Pegawai Belia dan Sukan Daerah masing-masing.

Saturday, November 13, 2010

MAPC SK Tandek

10 Nov 2010, Rabu: Saya menghadiri MAPC Sekolah Kebangsaan Tandek tahun 2010 bertempat di dewan terbuka AK Tandek, Kota Marudu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Umni Bahagian P168 Kota Marudu, En. Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri.

Monday, November 8, 2010

Jalan-jalan Di Ranau

5-6 Nov. 2010: Semepena cuti Deepavali, saya dan keluarga pergi bercuti di Ranau. Berjalan-jalan di sekitar Kundasang dan Ranau. Ke Ladang Teh Sabah dan Kg. Luanti, sungai tagal yang mempunyai ikan kelah yang mengurut badan.
Kami menginap di Chalet Sungai Biru Lohan Ranau. Ada kolam untuk mandi-manda dan kolam memancing ikan.

Wednesday, November 3, 2010

Kursus Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan Peringkat Daerah Kota Marudu

3 Nov 2010, Rabu: Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat, Timbalan perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran berkaitan dengan penambahbaikan UPSR yang akan diganti dengan PBS pada 2016. Lembaga Peperiksaan mengorak langkah untuk memantapkan modul pentaksiran PBS bagi dilaksanakan untuk guru-guru Tahun 1 bermula 2011. Sehubungan dengan itu, kursus tersebut akan di laksanakan di peringkat daerah Kota Marudu seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11-12 Nov 2010
Masa : 7.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana. SMK Kota Marudu 2.

Jika terdapat peserta yang sama menghadiri kursus ini dan kursus yang lain, pihak sekolah dibenarkan untuk membuat pertukaran peserta kursus pentaksiran ini dengan syarat pengganti mestilah mengajar Tahun 1.

Monday, November 1, 2010

Penghantaran Laporan Penilaian Kendiri Pengurusan Pentadbiran PBS

1 Nov 2010, Isnin: Hari ini adalah hari terakhir penghantaran Laporan Penilaian Kendiri Pengurusan Fail PBS Sekolah Rendah PPD Kota Marudu. Adalah diharapkan semua pentadbir terutamanya Penolong Kanan 1 semua sekolah rendah daerah Kota Marudu dapat mengambil tindakan dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Kursus Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan di Kota Kinabalu

1 Nov 2010, Isnin: Pada hari ini saya berkursus di Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) Sembulan Kota Kinabalu sehingga 2 Nov. 2010.