Waktu Solat

Monday, March 28, 2011

Selamat Bersara Puan Tan Poh Choo



Satu majlis meraikan persaraan Pengetua SMK Kota Marudu, Puan Tan Poh Choo telah diadakan pada 28 Mac 2011 pukul 7.30 malam bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu.

Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah, SMK Kota Marudu yang dipengerusikan oleh En Jason Majimal. Turu hadir pada malam tersebut adalah Ketua-ketua Unit, PPD Kota Marudu; Pengerusi dan AJK PIBG;Ketua-ketua Jabatan, semua guru-guru dan pelajar SMK Kota Marudu.

Bengkel Kutipan Laporan Suku Pertama 2011 Aset Alih Dan Stok Kerajaan PPD Kota Marudu

28 Mac 2011, Isnin : Bengkel untuk kutipan laporan aset telah dijalankan oleh Unit Perolehan dan Aset, PPD Kota Marudu yang diadakan di Bilik Gerakan, PPD Kota Marudu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang.

Sunday, March 27, 2011

JAMINAN KPM AMBIL ANAK TEMPATAN JADI GURU DISAMBUT BAIK

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times bertarikh 23 Februari 2011 – Jaminan KPM ambil anak tempatan jadi guru disambut baik.

KPM sedia melatih calon guru apabila ada keperluan dan perjawatan. Setiap calon yang memohon program KPLI perlu mengikuti prosedur pemilihan yang ditetapkan iaitu:
1. Ujian Kelayakan atau Malaysian Teachers Selection test (MTeST)
2.ProsesTemuduga
3.Proses Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan      

GURU RAYU KEMBALIKAN ELAUN PERTUKARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Semporna, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2011 – Guru rayu kembalikan elaun pertukaran.

Elaun tuntutan perpindahan dan pertukaran merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan kepada aduan ini didapati bahawa, pengadu bercadang untuk memohon pertukaran dari Sabah ke Semenanjung bagi mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengadu dimaklumkan tiada peruntukan disediakan bagi elaun pertukaran sesi Jun 2011.

Masalah pada ikon Windows

Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.

Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.

Cuepacs cadang Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.

Thursday, March 24, 2011

Lawatan Kerja Pengarah Pelajaran Sabah Ke SMK Kota Marudu






Pada 24 Mac 2011, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yussin, telah melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu.Turut hadir bersama Datuk Pengarah ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Puan Hajah Maimunah Hj. Suhaibul; Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Aslie Sahat; Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, En. Md. Nor Bin Md. Sharif; Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, En. Mohd Makhtar Hj. Nor; KPP Sektor Pengurusan Akademik, En. Awang Jaya Awang Damit.

Pemantauan Ke SK Temuno Teringai Darat, Kota Marudu

Pada sebelah pagi tadi, saya bersama Ketua Unit ICT, PPD Kota Marudu En. Rodzainie Matimpan dan Ketua Pembantu Tadbir, En. James Yunsai telah menjalankan pemantauan berkaitan dengan pengurusan aset kerajaan dan pengurusan ICT sekolah serta pengurusan pentadbiran di SK Temuno Teringai Darat..

Perkara yang menjadi tumpuan saya semasa pemantauan adalah berkaitan dengan dokumen pengurusan aset alih dan stor kerajaan. Antaranya pembentukan jawatankuasa JKPAK sekolah, pelaksanaan menyuarat, pelantikan dalaman jawatankuasa aset sekolah, penyediaan dokumen KEW.PA dan KEW.PS serta tagging dan label "Hak Kerajaan" untuk semua inventori dan aset yang ada di sekolah.

Sunday, March 20, 2011

Janji Oh Janji

Pemimpin  mudah memberikan janji tidak kira pembangkang atau kerajaan. Semua boleh bercakap untuk berikan ini dan itu dalam setiap kali perjumpaan dengan rakyat. Lebih-lebih jika perjumpaan itu ada kepentingan kerjaya atau masa depan seseorang pemimpin itu. Lebih ketara jika ada pilihanraya, sama ada kecil atau besar.

Dalam PRK Batu Sapi, Tenang, Merlimau, dan banyak lagi PRK serta sekarang ini yang terkini PRU Sarawak. Semua menjanjikan pembangunan bernilai jutaan ringgit. Kenapa perlu tunggu pilihanraya baru bagi?

" Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyindir parti pembangkang sebagai memiliki tongkat sakti atau lampu ajaib kerana sewenang-wenangnya menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat."

"“Kami (Barisan Nasional) bukan seperti pembangkang yang hanya tahu membuat pelbagai janji seolah-olah mereka ada tongkat sakti atau lampu ajaib,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN ketika berucap pada Majlis Tinjauan Mesra di Rumah Joshua Lipa, Skim Skrang, di sini, semalam.


Beliau berkata, BN juga tidak menjanjikan peruntukan hanya menjelang pilihan raya kerana sudah terbukti ia dilaksanakan sepanjang masa bagi menjaga kebajikan rakyat. "
Berita Harian

Di Kota Marudu, janji mahu buat sekolah menengah yang dijanjikan pada tahun lalu, iaitu pembinaan akan bermula pada Januari 2011, sampai sekarang pun belum ada angin bertiup.

Janji  oh janji..

"peruntukan RM1.7 juta kepada 172 rumah panjang di sini dan Batang Ai bagi membaiki kerosakan kediaman masyarakat Iban itu selain RM1 juta untuk melaksanakan projek mengatasi masalah banjir kilat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dan RM1 juta untuk DUN Batang Ai serta geran projek kecil luar bandar RM2.57 juta untuk diagihkan di dua DUN terbabit"

Friday, March 18, 2011

Bidang Tugas Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Dan Stok Kerajaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu

1.0 PEGAWAI ASET


1.1   Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Bahagian/Jabatan PTJ.
1.2. Menguruskan aset mengikut Tatacara Aset Kerajaan (TPA)-Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan.
1.3. Menguruskan tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut Tatacara Aset Kerajaan (TPA)-Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan.
1.4. Menyediakan Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori.
1.5. Menyediakan Laporan Suku Tahun Aset Alih dan Stok Kerajaan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) PPD Kota Marudu Bil.1/2011

Semua guru besar dan pengetua sekolah rendah dan menengah daerah Kota Marudu dijemput menghadiri seperti di atas yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

      
 Tarikh : 31 Mac 2011
Tempat : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa : 8.30 pagi – 4.30 Petang

Agenda :

Bengkel Kutipan Laporan Suku Pertama 2011 Aset Alih Dan Stok Kerajaan PPD Kota Marudu

Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu akan mengadakan bengkel di atas seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mac 2011
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tuan dikehendaki untuk membawa beberapa  perkara seperti berikut;



Wednesday, March 16, 2011

Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

Beli kereta tanpa deposit satu kesalahan - FOMCA

Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.

Monday, March 14, 2011

INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

From: Jxxxxxxxxx
Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Facebooking : e_belang@yahoo.com
Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??

Derma Darah

Hari ini saya menderma darah di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Lama juga teringin menderma tapi tiada tempat. Berulang-kali saya pergi ke Hospital Kota Marudu (dalam 4 kali la tu), asyik tiada orang bertugas, akhir sekali tu staf tu kata "kami kelebihan darah, tiada tempat mo simpan"...ba lain kali la saya datang...

Di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas saya kali pertama berurusan untuk menderma darah ni hari. Sebelum ni selalu pergi ke kempen-kempen mereka sekitar kota kinabalu ja...

Alhamdulillah....tertunai hajat untuk membantu orang yang memerlukan setitik darah.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Takziah diucapkan kepada semua rakan-rakan penduduk Jepun yang telah dilanda tsunami pada 11 Mac 2011 pada skala 8.9.  Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.


Ramalan cuaca Kudat, Kota Marudu, Pitas

Sabtu, 12/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Ahad, 13/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Isnin, 14/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Selasa, 15/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Rabu, 16/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Khamis, 17/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Jumaat, 18/03/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C