Waktu Solat

Wednesday, May 25, 2011

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

Tuesday, May 24, 2011

Resolusi ringankan beban guru

Bagi menangani isu beban tugas guru, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG). JKMIBTG telah mengenal pasti 14 faktor yang menyebabkan guru-guru terbeban dan telah mencadangkan 28 perakuan untuk menangani isu beban tugas guru ini. Daripada 28 perakuan tersebut, ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan ada yang memerlukan jangka masa panjang untuk dilaksanakan.

Satu Jawatakuasa Kerja Pelaksana yang terdiri daripada Bahagian-bahagian di KPM juga telah ditubuhkan untuk memastikan perakuan-perakuan tersebut dilaksanakan. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan di mana status pelaksanaan perakuan-perakuan ini akan dilaporkan.

Saturday, May 21, 2011

Cara guna enjin carian

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Revolusi komputer Acer

Sejajar dengan permintaan pelanggan terhadap komputer tablet yang semakin meningkat, pembekal komputer terkemuka negara ini, Acer Sales & Services Sdn Bhd memeriahkan lagi dunia pengkomputeran.

Bertempat di Plaza Low Yat - pusat gajet Kuala Lumpur, sempena dengan siri jelajah pengguna, Acer melancarkan tiga produk baru.

Di majlis berkenaan, produk yang menjadi tumpuan adalah Tablet Dua Skrin Sentuh Acer ICONIA 484G64, Tablet ICONIA TAB W500 yang menggantikan Acer Aspire Timeline Series dan Aspire TimelineX 4830TG.

Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn Bhd, Ricky Tan berkata, sempena pelancaran berkenaan, Acer Malaysia menawarkan rangkaian produk mudah alih yang lengkap bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

Kaji Insentif Untuk Guru Terlibat Kejohanan Sukan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran mengkaji bentuk insentif dan pengiktirafan yang boleh diberikan kepada guru yang terlibat menguruskan pasukan dan menjadi pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Timbalan Perdana Menteri berkata pengiktirafan perlu diberikan kepada golongan guru sebagaimana diberikan kepada para atlet.

Monday, May 16, 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru. 

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik, "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" penyuntik semangan kepada kita semua dalam menjalankan tugas. Walaupun tugas makin bertambah itulah seorang GURU. Sama-samalah kita nantikan kejutan yang dikatakan oleh MENTERI PENDIDIKAN.

Singgah Jalan Taman Kinabalu

Sungai Biru, Lohan Ranau


1 Mei 2011

Taman Bunga Kundasang


Jalan2 di Kundasang pada 1 Mei 2011


Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Kota Marudu




Terima kasih kepada semua warga SK Tanjung Batu, Kota Marudu terutamanya Guru Besar, En Japar Sidik Aliuddin kerana sudi menjemput saya untuk memberikan teklimat berkaitan dengan pengurusan aset pada 13 Mei 2011 yang lalu.

Sekolah Kebangsaan Koromoko, Kota Marudu


Kerja-kerja luar di SK Koromoko bagi membantu mana-mana bahagian yang memerlukan bantuan untuk kita perbaiki  bersama rakan-rakan pada 12 Mei yang lalu. Terima kasih kepada semua warga SK Koromoko .

Taklimat Aset Di Sekolah Kebangsaan Masalog, Kota Marudu


Terima kasih kepada semua warga SK Masalog, Kota Marudu terutamanya Guru Besar En. Maidin Awang kerana sudi menjemput untuk menyampaikan taklimat berkatian dengan pengurusan aset kerajaan pada 5 Mei 2011 yang lalu.

Kementerian kaji kelas tambahan BI

Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut maka kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di Kuantan, hari ini.

Sunday, May 8, 2011

HARI IBU ADALAH "HARAM" menurut ISLAM

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Friday, May 6, 2011

Taklimat Pengurusan Aset di SK Masalog

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Masalog, En Maidin Awang dan guru-guru kerana menjemput saya untuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan pengurusan aset dan stor pada hari Khamis yang lalu (5/5/2011).

Banyak perkara yang telah dikongsikan bersama pengurusan sekolah dan guru-guru sekolah yang banyak memberikan maklumbalas mengenai perkara-perkara yang menjadi keraguan dikalangan mereka dalam menjalankan tugas di sekolah dalam bidang pengurusan aset.

Tuesday, May 3, 2011

Mesyuarat

Hari ini 3 Mei 2011, saya menghadiri Meyuarat JKPAK Bil.2/2011 di JPNS pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Saga 1.