Waktu Solat

Monday, November 28, 2011

RM500: Kerajaan akan umum proses pendaftaran

Kerajaan akan mengumumkan perincian mengenai proses pendaftaran bagi mengagihkan bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada awal Disember depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses itu untuk membolehkan isi rumah yang benar-benar layak menerima bantuan seperti diluluskan dalam Bajet 2012.

Katanya, bagi membantu melancarkan proses tersebut, kerajaan melantik 2,000 pekerja sambilan untuk membantu mengumpul bagi perincian tersebut selain dibantu oleh Jabatan Kebajikan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Selepas perincian ini siap, isi rumah yang layak boleh mendaftar pertengahan bulan depan dan bantuan dijangka diagihkan pada pertengahan Januari tahun depan," katanya di sini hari ini.

Baucar RM200 boleh guna awal 2012

Baucar buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang diumumkan dalam Bajet 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor.

Beliau berkata, mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucar dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak lama lagi.

Thursday, November 24, 2011

Wee: Tiada arahan SJKC, SJKT sedia makanan halal

Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan arahan kepada pengusaha kantin di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil supaya menyediakan makanan halal, kata Timbalan Menteri Datuk Wee Ka Siong.
    
Beliau berkata SJK yang mempunyai pelajar beragama Islam sentiasa sensitif dengan perkara yang membabitkan makanan pelajar dan mereka selalunya memberi pilihan makanan halal kepada pelajar tersebut.
    
"Amalan ini sudah lama dijalankan atas dasar hormat menghormati.

Cybersecurity: Berhati-hati kongsi maklumat peribadi

CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.


Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

Wednesday, November 2, 2011

Pusat Zakat Sabah Serah Bantuan Kepada Sekolah

Pusat Zakat Sabah etelah memberikan sumbangan bantuan kepada sekolah-sekolah yang terpilih sekitar daerah Kota marudu dan Pitas. Sebanyak 8 buah sekolah iaitu SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu 2, SMK Tandek, SMK Langkon, SK Tanjung Batu, SK Tandek, SK Bengkongan, dan SK Ongkilan manakala SK Pinggan-pinggan dan SMK Pinggan-pinggan dari daerah Pitas.