Waktu Solat

Thursday, July 19, 2012

2-4 BUKAN KEKALAHAN BESAR


Kota Marudu, 17 Julai 2012- Kekalahan 2-4 pasukan Bola Sepak Kelab Staf PPD Kota Marudu kepada pasukan SMK Kota Marudu II petang tadi disifatkan bukanlah satu kekalahan besar kepada pasukan bimbingan Encik Jimson itu. 

Majlis Potong Kek Hari Guru




Majoriti guru tak setuju

Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam.

penyakit selepas tarik tikus dari mulut kucing

Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing. Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang dimakannya.

Wednesday, July 18, 2012

7,975 guru PPPS naik gred

Seramai 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) akan menikmati kenaikan Gred DG41 dalam tempoh terdekat selepas tertangguh dua tahun. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya baru menerima waran kenaikan pangkat bagi Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian PPPS, masing-masing, 23 Mei lalu.

Monday, July 16, 2012

Mini Seminar Penaakulan Data

Satu mini seminar Penaakulan Data Dalam Penyelidikan Pendidikan telah dianjurkan oleh pelajar pascasiswazah jurusan Sarjana Pengurusan Pendidikan, Kumpulan 2 sessi 2011/2012, Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 15 Julai 2012  di Beringgis Beach Resort, Papar .

Mini seminar ini dihadiri oleh semarai 30 orang peserta dan sebanyak  9 kertas kerja telah dibentangkan yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang. Mini seminar tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Yusof Abdullah, Dekan Sekolah Pendidikan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Saturday, July 14, 2012

Etika Dalam Penyelidikan


Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah:

Thursday, July 12, 2012

Sambutan Hari Guru 2012 dan APC Daerah Kota Marudu

Sambutan Hari Guru Tahun 2012 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 telah di adakan di Dewan Komuniti, Kota Marudu pada 12 Julai 2012 bersamaan hari Khamis. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Maximus J. Ongkili, Menteri Sains dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu.

Friday, July 6, 2012

15,000 guru ada sijil, diploma patut naik gred


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kira-kira 15,000 guru lepasan sijil dan diploma perguruan yang berkhidmat lebih 35 tahun dipertimbangkan untuk kenaikan ke gred DG41. Ia dianggap wajar berdasarkan pengalaman dan jumlah tahun mereka berkhidmat sebagai menghargai jasa guru berkenaan. 

Thursday, July 5, 2012

Dinamika Pendidikan : Pasukan



Gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan beberapa kelompok individu yang menjadikan pencapaian matlamat pasukan sebagai satu keutamaan terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai semua ahli yang terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara kolaboratif mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen               terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar.

Kaedah Analisis Data Kualitatif



Bagi penganalisisan kualitatif, data diperiksa untuk menentukan sama adaianya sesuai untuk kategori yang dikehendaki. Melalui proses ini, data akan ditapisdan kemudiannya pembuangan bagi data-data yang tidak berkaitan dilakukan untuk memudahkan analisis kajian. Di dalam kajian ini, soalan temubual yang dijalankanadalah dalam bentuk soalan semi-struktur. Penggunaan pita rakaman audio dancatatan nota tangan digunakan untuk merekod maklum balas daripada responden.Semasa sesi temubual dijalankan, adalah penting bagi pengkaji untuk mendengar dengan jelas segala butiran yang disampaikan oleh responden dan menulis kembalisetiap pita rakaman sebaik sahaja temubual selesai dijalankan. Ini bertujuanmembolehkan pengkaji mengingati segala maklumat yang di berikan kerana ianyamasih segar dalam ingatan pengkaji.Data yang dikumpulkan daripada sesi temubual yang telah dijalankan ke atas pengurus besar, pengurus, eksekutif dan kerani ini perlu diterjemahkan, diinterpretasi dan dianalisis. Kajian ini menggunakan soalan temubual, dokumen dan pemerhatian serta soal selidik sebagai alat pengumpulan data kajian. Semua maklumat yang diperolehi akan ditrigulasikan dengan nota yang diambil semasatemubual, pemerhatian dan pencarian dokumen.

Persahabatan Futsal antara PPD Kota Marudu dan Jabatan Tanah

Perlawanan persahabatan futsan antara staf PPD Kota Marudu dengan Jabatan Tanah Kota Marudu telah diadakan pada 4 Julai 2012 di gelanggang futsal, Dewan Komuniti Kota Marudu.

Tuesday, July 3, 2012

Riadah Sepak Takraw

Ahli kelab staf PPD Kota Marudu telah menjalankan aktiviti riadah sepak takraw sesama ahli kelab yang dijalankan di gelanggang SK Kota Marudu 2

Kem Motivasi UPSR SK Apin-Apin, Keningau

Satu program motivasi UPSR telah dijalankan di SK Apin-apin, Keningau oleh pelajar-pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan, Kumpulan 2, sesi 2011-2013 pada 30 Jun 2012.

Riadah Futsal 4

22 Jun 2012