Waktu Solat
Saturday, December 31, 2011
Selamat Tahun Baharu 2012
Selamat tahun baharu 2012 kepada semua yang mengenali saya semoga tahun baharu ini lebik baik dari tahun sebelumnya .
Saturday, December 17, 2011
Portal SBPA
http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/index.php
Portal SBPA ini untuk kakitangan kerajaan yang akan menerima SBPA
Portal SBPA ini untuk kakitangan kerajaan yang akan menerima SBPA
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/. Untuk memasuki sistem SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.
2. Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.
3. Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-
Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel : 03-8884 7137/7189/7038
Emel : sbpa@moe.gov.my
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my
Sekian dan terima kasih.
sumber; www.moe.gov.my
Sunday, December 11, 2011
Berjimat rawat penyakit kanser
Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Friday, December 9, 2011
Mesyuarat Pengurusn dan Peningkatan Profesionalisme Staf PPD 2011
Mesyuarat pengurusan dan peningkatan profesionalisme staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu telah diadakan di Hotel Tang Dynasty, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu pada 9 - 11 Disember 2011. Seramai 50 orang staf Profesional (DG) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) terlibat dalam mesyuarat ini.
Label:
kota marudu,
sardotcom,
tang dynasty
Wednesday, December 7, 2011
Mesyuarat Kajian validasi Standard Kompetensi
Mesyuarat ini dijalankan pada 6-7 Disember 2011 bertempat di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM
Label:
kompetensi,
prospek,
sardotcom
Sunday, December 4, 2011
Milimewa Kota Marudu Anjur Derma Darah
Milimewa Kota telah menganjurkan kempen derma darah pada 4 Disember 2011 bertempat di kakilima kedai.
Syukur saya dapat tumpang sekaki.
Label:
derma darah,
marudu,
sardotcom
Friday, December 2, 2011
Gaji SBPA 2012.Apa Kata Semua Penjawat Awam?
Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)