Waktu Solat

Monday, August 23, 2010

Elak perut terkejut

PASTI ramai antara kita yang culas menye diakan hidangan bersahur kerana tidak biasa menyediakan sajian awal pagi lalu memilih santapan ringkas seperti bijirin tiga dalam satu yang hanya memerlukan air panas untuk menikmatinya.


TINGGI SERAT...antara makanan yang perlu diambil ketika bersahur untuk elak cepat lapar.
sebelum - selepas



PENTING...jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang Ramadan.
Namun, Pakar Pemakanan Kanan, Pusat Perubatan Sunway, Ho Wan Mi tidak menggalakkan umat Islam bersahur dengan cara itu memandangkan ia tidak mendatangkan kebaikan untuk tubuh kerana ia kekurangan khasiat sepatutnya.

“Bukan tidak boleh, tetapi lebih baik mengambil hidangan pejal daripada bijirin segera kerana ia kurang memberi zat dan nutrien yang diperlukan tubuh bagi menghadapi puasa.


“Bijirin segera itu sebenarnya kurang oat, tetapi mempu nyai lebih banyak gula, jadi sememangnya ia tidak sesuai dijadikan sebagai makanan untuk bersahur.


“Ini kerana tubuh memerlukan serat dan protein bagi mengelakkan mudah rasa lapar.


“Seelok-eloknya, bancuh sendiri oat dan hidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, strawberi, barli dan aprikot. Itu jauh lebih baik dan lebih berkhasiat,” katanya.


Tambah Ho, tiada zat atau nutrien khusus yang perlu diambil untuk mengelakkan lapar, tetapi ia bergantung kepada diet keseluruhan yang diambil ketika bersahur.


“Untuk bersahur biasanya kami sarankan mengambil makanan yang mampu memberi tenaga tahan lama seperti makanan tinggi kandungan serat serta protein.


“Serat mengambil masa yang lama untuk dihadam. Oat misalnya, segera memberikan rasa penuh ketika mengambilnya, tapi jarang membuatkan kita berasa cepat lapar. “Namun pada masa sama, pentingkan juga diet pemakanan seimbang. Kalau boleh lebih baik dalam setiap hidangan itu mempunyai karbohidrat, protein, serat dan vitamin,” ujarnya.


Antara hidangan mudah yang disarankan Ho ialah campuran oat bersama susu rendah lemak dan kurma. Kurma juga boleh digantikan dengan buah-buahan lain mengikut selera masing-masing.


Bagi yang gemar mengambil hidangan nasi ketika bersahur, cuba gantikan nasi putih dengan nasi perang dan dimakan bersama hidangan sayur-sayuran serta protein seperti ikan.

sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elakperutterkejut/Article/index_html

Kisah Rasul: Nabi Yusuf tafsir mimpi

PADA suatu hari, pembesar, penasihat dan orang arif dan bijaksana berkumpul di istana raja Mesir. Mereka diundang untuk memberi tafsir mimpi yang sering merunsing kan hatinya.

Dia bermimpi seakan-akan melihat tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus. Di samping itu dia melihat dalam mimpinya tujuh butir gandum hijau di samping tujuh butir lain yang kering.

Tidak seorang pun daripada pembesar yang didatangkan itu yang dapat memberi tafsiran bagi mimpi raja itu bahkan sebahagian daripada mereka menganggapnya mimpi kosong. Pelayan raja, pemuda teman Yusuf dalam penjara, pada masa pertemuan Raja dengan tetamunya, kemudian teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia akan dikeluarkan dari penjara dan bahawa tafsir yang diberikan oleh Nabi Yusuf bagi mimpinya adalah tepat.


Ia terjadi sebagaimana yang ditakdirkan. Lalu dia memberanikan diri menghampiri raja dan berkata: “Wahai tuanku! Hamba mempunyai seorang teman kenalan di dalam penjara yang pandai mentafsir mimpi. Dia adalah seorang yang cekap, ramah dan berbudi pekerti luhur. “Dia tidak berdosa dan tidak melakukan kesalahan. Dia dipenjara kerana fitnah dan tuduhan palsu. Dia memberi tafsiran bagi mimpiku sewaktu hamba berada dalam tahanan bersamanya.


“Ternyata tafsirannya tepat dan benar sesuai dengan apa yang hamba alami. Jika Tuanku berkenan, hamba akan pergi mengunjunginya di penjara untuk menanyakan dia berkenaan mimpi tuanku.” Dengan izin Raja, pelayan itu pergi mengunjungi Nabi Yusuf dalam penjara. Dia menyampaikan kepada Nabi Yusuf kisah mimpi raja.


Tidak seorang pun daripada anggota dan penasihatnya dapat memberikan tafsiran yang dapat melegakan hati raja berkenaan. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf bahawa jika raja berpuas hati dengan tafsir mimpinya, mungkin dia akan dikeluarkan dari penjara. Dengan demikian akan berakhirlah penderitaan yang dialami selama bertahun-tahun Nabi Yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf menguraikan mimpi Raja: “Negara akan menghadapi masa makmur, subur selama tujuh tahun, di mana tumbuh-tumbuhan dan semua tanaman gandum, padi dan sayur-mayur akan mengalami masa menuai yang baik yang membawa hasil makanan berlimpah-ruah.


“Kemudian masuk musim kemarau selama tujuh tahun berikutnya di mana Sungai Nil tidak memberi air yang cukup bagi ladang yang kering, tumbuh-tumbuhan dan tanaman rosak dimakan hama sedang persediaan bahan makanan, hasil tuaian selama bertahun subur sudah habis dimakan.” Akan tetapi, Nabi Yusuf melanjutkan keterangannya, setelah mengalami kedua musim tujuh tahun itu akan tibalah tahun basah di mana hujan akan turun dengan lebatnya menyirami tanah yang kering dan kembali menghijau menghasilkan bahan makanan dan buah-buahan yang lazat.


Maka jika tafsiranku ini menjadi kenyataan, Nabi Yusuf berkata: “Seharusnya kamu menyimpan baik-baik apa dihasilkan dalam tahun-tahun subur serta berjimat dalam pemakaiannya untuk persiapan menghadapi masa kering, agar supaya rakyat terhindar daripada bencana kelaparan dan kesengsaraan.” Apa yang diceritakan nabi Yusuf berkenaan mimpinya, berasakan bahawa tafsir yang didengar itu masuk akal dan boleh dipercayai.


Apa yang diramalkan Yusuf menjadi kenyataan. Tafsiran Nabi Yusuf adalah tepat kerana dia seorang yang pandai dan bijaksana dan sangat berguna untuk negara. Maka raja menyuruh pelayannya ke penjara untuk membawa Yusuf menghadapnya di istana. Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai orang tahanan dalam penjara itu bagaimanapun enggan keluar sebelum tuduhan serta fitnah yang dikenakan ke atas dirinya diterangkan. Nabi Yusuf ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci daripada dosa. Raja Mesir yang sudah banyak kali mendengar kehebatan Nabi Yusuf mentafsir mimpi mula berasa hormat kepadanya dan mendengar tuntutan nya agar diselesaikan lebih dahulu. Ia adalah tuduhan dan fitnah yang dilemparkan atas dirinya. Tuntutan Nabi Yusuf diterima raja Mesir dan segera dikeluarkan dari penjara.


Kemudian raja memerintah kan supaya mengumpulkan wanita yang menghadiri jamuan makan Zulaikha yang terhiris hujung jari tangan masing-masing ketika melihat wajahnya. Di hadapan raja mereka menceritakan apa yang mereka lihat dan alami. Mereka menyatakan Nabi Yusuf se orang yang jujur, soleh, bersih dan bukan dialah yang salah dalam peristiwa dengan Zulaikha. Zulaikha pun dalam pertemuan itu, mengakui memang dialah yang berdosa dalam kejadian dengan Yusuf. Dialah yang menyuruh suaminya agar memenjarakan Yusuf untuk memberikan gambaran palsu kepada masyarakat dialah yang salah dan memperkosa kehormatannya.


Hasil pertemuan raja de ngan wanita-wanita itu, dihebahkan agar seluruh lapisan masyarakat mengetahui hal yang sebenarnya. Dengan demikian tersingkaplah cerita sebenar peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha. Atas perintah raja, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara secara hormat, bersih dari segala tuduhan. Beliau kemudian pergi ke istana bagi memenuhi undangannya.

Friday, August 6, 2010

SAMBUTAN HARI JADI STAF PPD KOTA MARUDU 2010


Pada 6 Ogos 2010 bersamaan hari Jumaat, satu majlis ringkas bagi merayakan Hari Jadi untuk semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu diadakan kepada mereka yang lahir pada 1 Januari - 31 Julai. Seramai 32 orang staf yang diraikan sempena majlis ini.

Friday, July 30, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2010











KHAMIS, 29 Julai: Sambutan hari guru ini diadakan di Dewan Komuniti, Kota Marudu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga Ahli Parlimen P168 Kota Marudu.

Dalam sambutan ini beberapa anugerah diberikan kepada guru-guru yang telah bersara dan telah meninggal dunia(Anugerah Jasamu Dikenang), Anugerah Kurikulum dan Kokurikulum dan Tokoh Guru.

PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG
1. En Musli @ Awang Muin (Bersara) -Guru saya semasa di SK Bengkongan, Kota Marudu (1984-1985)
2. En. Eric Sungkit Gilong (Bersara)
3. En. Jumanis Husin (Meninggal Dunia)
4. En. Mohd Yusof Ismail (Meninggal Dunia)
5. Ust Mohd Khanafi Kassim (Meninggal Dunia)

PENERIMA AUGERAH KOKURIKULUM
1. SMK KOTA MARUDU 2 (Peringkat Negeri)
2. SMK Bandau (Peringkat Kebangsaan)

PENERIMA ANUGERAH SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH
1. SK Tanjung Batu
2. SK Panaitan
3. SK Pekan Kota Marudu

PENERIMA ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG
1. SK Masalog

PENERIMA ANUGERAH PPDa
1. SK Kota Marudu 2

PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULIM UNIT BERUNIFORM SR
1. SK Tigaman - TKRS

PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULIM UNIT BERUNIFORM SM
1. SMK Kota Marudu - KRS

PENERIMA ANUGERAH TOKOH GURU 2010
Pn. Winnie Voo Nyuk Yung (Mantan Pengetua SMK Kota Marudu)

Selamat hari guru kepada semua guru-guru.

Tuesday, July 20, 2010

BERPINDAH KE PPD KOTA MARUDU



Khamis, 15 Julai 2010: Saya melapor diri untuk bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan bertugas di Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Selama setahun tiga bulan saya bertugas di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, banyak pengalaman dan kenangan yang saya lalui. Pada 16 Julai adalah saat yang tidak dapat saya lupakan kerana pada tarikh tersebut tepat pukul 4.30 petang adalah kali terakhir saya ketik kad perakam waktu di SPA. Ramai rakan-rakan yang bersama-sama. Cukup terharu dengan penghargaan mantan rakan-rakan sepejabat. Abg Ramlee, Sufri, maksum, Hjh Sharifah Norkaya, Hjh.Norul Ashikin, Hjh. Ben dan lain-lainnya.

Rakan-rakanku, selama pergaulan dan gurauan serta kerjasama kita selama bekerja bersama akan menjadi kenangan terindah dalam ingatan..

Sunday, May 23, 2010

Pesta Kaamatan Kota Marudu 2010


Ahad, 23 Mei 2010: Pesta Kaamatan peringkat Kotta Marudu bagi tahun 2010 diadakan dengan penuh meriah dengan pelbagai acara. Antaranya pameran, persembahan nyanyian dan unduk ngadau.
Persembahan nyanyian antaranya, Riana dari WP Labuan, Lah Ahmad, Stacy menyanyikan 3 buah lagu dan penyanyi duo dari Singapura.

Monday, May 17, 2010

Penghargaan Sekolah-sekolah PPD Kota Marudu

Isnin, 17/05/2010; Saya menghadiri mesyuarat kurikulum di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu bersama semua guru besar dan pengetua yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, En. Jainim Samaron.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak perkara berkaitan dengan perkembangan dan permasalahan pendidikan di daerah dibincangkan.

Dalam mesyuarat ini juga, saya mengambil kesempatan untuk menerangkan perisian kutipan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun SR dan SM. Saya juga telah menyampaikan sijil penghargaan bagi pihak jabatan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya mengatasi peratusan kelulusan Negeri Sabah dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2009.

Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut;

1. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNSUI
2. SEKOLAH KEBANGSAAN MANGIN
3. SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN
4. SEKOLAH KEBANGSAAN TUMUNDA SALIMANDUT
5. SEKOLAH KEBANGSAAN TANDEK
6. SEKOLAH KEBANGSAAN TALANTANG
7. SEKOLAH KEBANGSAAN MAGANDAI
8. SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKON
9. SK KOTA MARUDU 2
10.SMK BANDAU
11.SMK KOTA MARUDU

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan kepada sekolah-sekolah yang kurang pencapaian prestasinya, agar dapat berusaha untuk masa-masa yang akan datang.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Mak cakap CIKGU macam MAGGI, masa susah, ayah cakapCIKGU macam D'SEKERS menakutkan, atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada, tapi anak saya cakap CIKGU macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga!

"REACHER'S REPORT CARD"

Patience - A+
Commitment - A+
Dedication - A+
Inspiration - A+


SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan seperjuangan.

HARI LAHIR YANG KE 37


Hari ini genap umurku 37 tahun. Tambah lagi setahun.

Monday, May 10, 2010

SMK Tenghilan, Tuaran



Isnin, 10/5/2010; Saya ke SMK Tenghilan, Tuaran untuk melihat sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Rendah Tahun 2010. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang dibincangkan dengan Pengetua Pn. Lee Kui Len terutamanya penjelasan beliau mengenai keadaan sekolah yang sedang dalam pembaikan. Pertama kali tengok sekolah ini dari dekat, takut juga kerana keadaan koridornya yang terlalu banyak tongkat sokongan daripada kayu. Tapi inilah keadaan dan situasi sebenar, kata Pengetau.

Saya berjumpa dengan Penyelaras Tingkatan 6, En. Podolius berkaitan dengan sesi pendaftaran dan orientasi pelajar.
Pada keseluruhannya semua berjalan seperti yang ditetapkan.

Kempen Derma Darah

Pada Ahad (9/5/2010), saya ke tamu Kota Marudu dan dalam perjalanan nampak pula ramai orang di padang pekan, tengok-tengok macam ada kempen derma darah pulak. Pergi tamu dulu dan beli-beli keperluan terus balik rumah hantar dahulu keperluan yang sudah dibeli tu. Lepas tu saya datang semula ke padang untuk sama-sama derma darah bagi membantu orang yang memerlukan darah.

Kalau masuk kali ini saya sudah menderma darah kali yang ke-13 lah....saya ni pantang nampak kempen derma darah, saya akan turut derma kalau dah cukup tempohla....3 bulan sekali ba...SETITIK DARAH BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA....

Wednesday, May 5, 2010

SMK Tulid Keningau


Rabu, 5/5/2010 : Saya bersama En. Maksum Y Sharifuddin dan En. Isip ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid, Keningau. Kami bertolak daripada Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi. Setelah selesai semua urusan kami bertolak pada pukul 2.15 petang dan sampai di rumah pada pukul 7.00 malam.
Penat rasanya menempuh perjalalan yang jauh dan lama. Tapi rasa puas kerana banyak dapat membantu pihak sekolah. Satu pengalaman yang menarik sebab kali pertama melalui jalan Kimanis Keningau. Sebelum ini dengar cerita daripada rakan-rakan sahaja tentang jalan ini yang mempunyai cerita tersendiri.

Tuesday, May 4, 2010

Bimbingan Sekolah Program Intervensi Kecemerlangan Akademik, SK Natai Telipok, Kota Kinabalu


Saya bersama rakan-rakan; Suhaimi, Ramlee, Maksum, Wanda Maria, Noorartini dan Hjh. Bernedette ke sekolah ini pada 29 April 2010 hari Khamis. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sekolah ini mengmbil masa 1 jam 30 minit.
Banyak perkara yang dikongsikan bersamaa sekolah ini yang berjaya mengekalkan prestasi peperiksaan UPSR 100% dari 2007-2009 dan pada tahun lalu mendapat tempat ke-13 kebangsaan. Kekalkan usaha untuk meningkatkan prestasi lebih cemerlang. Tahniah!!!

Seminar Sehari SSQS Bahagian Kota Kinabalu


Seminar ini telah dianjurkan oleh BTPN Sabah pada 4 April 2010 di Bilik Orchid, BTPN Sabah, Penampang dari pukum 8.00 - 4.30 petang.
Antara tujuan utama seminar ini adalah menerangkan peranan dan fungsi serta penggunaan SSQS dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.
Saya terlibat menyampaikan ceramah bertajuk Amalan Terbaik Pengintegrasian ICT dalam P&P.

Tuesday, September 29, 2009

Freeware sukar dipercayai


SALAH satu aspek keselamatan yang kurang dititikberatkan termasuk pengguna perisian keselamatan percuma di kalangan pengguna di Malaysia.Mungkin sekarang anda menggunakan perisian terbabit dan pada masa sama membuka akaun Maybank2u untuk menghantar duit ke kampung ketika musim perayaan ini, adakah anda rasa selamat?

Tidak dinafikan banyak perisian keselamatan percuma boleh dipindah turun, namun mampukah ia dipercayai 100 peratus? Sedangkan insurans nyawa anda pun perlu dibayar!Pengguna kini sudah aktif beronline dengan pelbagai aktiviti seperti e-mel, penukaran fail, pindah turun, mesej pantas (IM), laman web sosial, permainan online dan perkongsian foto.Di sebalik aktiviti terbabit, lonjakan motivasi penggodam turut meningkat dengan modus operandi lebih terjurus mendapatkan keuntungan berbanding hanya suka-suka sebelum ini.
Naib Presiden Perniagaan Pengguna, Symantec Asia Pasifik dan Jepun, David Freer, berkata pengguna menghadapi pelbagai risiko sekiranya menggunakan perisian keselamatan freeware yang dipindah turun menerusi Internet."Pengguna jangan hanya memikirkan faktor kewangan semata-mata dengan memindah turun perisian percuma kerana ia mengandungi risiko yang akan menyebabkan sesal pada masa depan," katanya.Beliau berkata, pengguna akan berdepan risiko seperti buli siber, phishing, reputasi terjejas, kecurian pengenalan, kehilangan data dan sebagainya sekiranya terus mempercayai perisian percuma tanpa usul periksa."Pengguna perlu sedar perkara ini memandangkan 97 peratus serangan jenayah siber tertumpu ke arah berbanding sektor perniagaan kerana tidak mementingkan faktor keselamatan," kata Freer.
Freer menjelaskan, terdapat fakta menunjukkan komputer peribadi (PC) akan diserang sehingga 20 kali sehari manakala satu antara lima orang akan menjadi mangsa jenayah siber di seluruh dunia termasuk kecurian kata laluan atau nombor akaun."Tidak cukup dengan itu, identiti pengguna akan dicuri secara online pada setiap enam saat dan jumlah kerugian akibat penjualan kad kredit tidak sah di pasaran gelap mencecah RM23 bilion," katanya.
Menurutnya, kajian Symantec terhadap 1,000 responden di Malaysia menunjukkan 76 peratus bergantung kepada perisian freeware untuk melindungi PC mereka."Ia statistik menakutkan, apatah lagi serangan seperti 'malware' semakin bertambah setiap hari menerusi kod tertentu yang tidak mampu dikesan perisian percuma," katanya.
Katanya, rekod menunjukkan 1.3 juta ancaman sudah dikesan sehingga kini berbanding 1.69 juta pada tahun lalu dengan 2.4 bilion malware dihalang memasuki PC pengguna sepanjang tempoh 24 bulan lalu."Adakah kita masih mahu mempercayai perisian keselamatan freeware?" soal Freer.
sumber:http://www.hmetro.com.my

Thursday, September 10, 2009

Bertugas Di Tempat Baru

Sebelum ni saya bertugas di SMK Tandek, Kota Marudu, dan pada 1 Mac 2009 ni saya dah bertugas di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu.

Ditawarkan sebagai Penolong Pengarah, Unit ICT dan Pengkomputeran. Ingin mendalami bidang pentadbiran dan pengurusan untuk menambah pengalaman. Bukan sahaja pengalaman sebagai guru sebelum ini.

Sekarang ini saya sedang bercuti sehingga 14 sept 2009, dan akan kembali bertugas pd 14 dan 15 sept nanti.

Wednesday, March 18, 2009

Tahniah kepada pelajar ICT 07-08 semekta

Sekalung tahniah kepada semua pelajar ICT SPM 2007-2008 SMK Tandek, kerana telah lulus semuanya dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Sekian

Friday, March 6, 2009

pelajar ICT semekta

Assalamualaikum wtb...
Bagaiana dengan pembelajaran ict korang semua. dah ada guru baru yang mengajar kah/harap-harap dah ada guru yang mengajar.....

Salam jumpa lagi..

Tuesday, February 24, 2009

Monday, January 26, 2009

Hilangkan Iklan dalam aplikasi percuma

Aplikasi percuma dari Yahoo, seperti Yahoo! Mail dan Yahoo! Messenger, sentiasa dihiasi iklan. Ini seperti yang anda boleh lihat di bahagian atas Yahoo! Mail Classic. Lihat juga Yahoo! Mail Beta di bahagian kanan. Di Yahoo! Messenger pula di bahagian bawah tetingkap aplikasi.
Kalau mahu, anda boleh menghilangkan iklan ini supaya bandwidth Internet anda tidak “dimakan” oleh iklan. Caranya dengan bertukar ke aplikasi Yahoo! Mail versi premium.
Tapi, di Yahoo! Messenger, dengan percuma pun anda boleh bebas dari iklan. Anda hanya perlu menaipkan skrip yang seterusnya akan diubah ke file batch. Mari kita buat skripnya:
1. Buka aplikasi Notepad yang anda miliki.
2. Taipkankan skrip di bawah.

@ECHO OFF
TITLE Penghapus Iklan YM

> %TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO REGEDIT4
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO.
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO [HKEY_CURRENT_USER-Software-Yahoo-Pager-YUrl]
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Messenger Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Upload Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad Big”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad Medium”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Change Room Banner”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Conf Adurl”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Chat Adurl”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Y Content”=”*”
REGEDIT /S %TEMP%.-hapusIklanYM.reg
DEL %TEMP%.-hapusIklanYM.reg

ATTRIB -R “%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”
ECHO “” >”%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”
ATTRIB +R “%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”

3. Simpan dengan nama apa saja, tapi yang penting ubah Save as type menjadi [All Files] pada menu drop down. Seterusnya berikan sambungan BAT pada akhir nama file.
4. Sebelum menjalankan file batch, pastikan Yahoo! Messenger tidak berjalan. Setelah yakin, jalankan file batch yang baru kita buat.
5. Buka kembali aplikasi Yahoo! Messenger dan lakukan sign in. Apa iklannya masih ada?

Selamat mencuba..

sumber:http://www.sabahdaily.com/2009/01/hilangkan-iklan-dalam-aplikasi-percuma/