Waktu Solat

Friday, December 9, 2011

Mesyuarat Pengurusn dan Peningkatan Profesionalisme Staf PPD 2011

Mesyuarat pengurusan dan peningkatan profesionalisme staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu telah diadakan di Hotel Tang Dynasty, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu pada 9 - 11 Disember 2011. Seramai 50 orang staf Profesional (DG) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) terlibat dalam mesyuarat ini.

Wednesday, December 7, 2011

Mesyuarat Kajian validasi Standard Kompetensi

Mesyuarat ini dijalankan pada 6-7 Disember 2011 bertempat di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM

Sunday, December 4, 2011

Milimewa Kota Marudu Anjur Derma Darah

Milimewa Kota telah menganjurkan kempen derma darah pada 4 Disember 2011 bertempat di kakilima kedai.

Syukur saya dapat tumpang sekaki.

Friday, December 2, 2011

Gaji SBPA 2012.Apa Kata Semua Penjawat Awam?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Monday, November 28, 2011

RM500: Kerajaan akan umum proses pendaftaran

Kerajaan akan mengumumkan perincian mengenai proses pendaftaran bagi mengagihkan bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada awal Disember depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses itu untuk membolehkan isi rumah yang benar-benar layak menerima bantuan seperti diluluskan dalam Bajet 2012.

Katanya, bagi membantu melancarkan proses tersebut, kerajaan melantik 2,000 pekerja sambilan untuk membantu mengumpul bagi perincian tersebut selain dibantu oleh Jabatan Kebajikan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Selepas perincian ini siap, isi rumah yang layak boleh mendaftar pertengahan bulan depan dan bantuan dijangka diagihkan pada pertengahan Januari tahun depan," katanya di sini hari ini.

Baucar RM200 boleh guna awal 2012

Baucar buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang diumumkan dalam Bajet 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor.

Beliau berkata, mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucar dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak lama lagi.

Thursday, November 24, 2011

Wee: Tiada arahan SJKC, SJKT sedia makanan halal

Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan arahan kepada pengusaha kantin di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil supaya menyediakan makanan halal, kata Timbalan Menteri Datuk Wee Ka Siong.
    
Beliau berkata SJK yang mempunyai pelajar beragama Islam sentiasa sensitif dengan perkara yang membabitkan makanan pelajar dan mereka selalunya memberi pilihan makanan halal kepada pelajar tersebut.
    
"Amalan ini sudah lama dijalankan atas dasar hormat menghormati.

Cybersecurity: Berhati-hati kongsi maklumat peribadi

CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.


Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

Wednesday, November 2, 2011

Pusat Zakat Sabah Serah Bantuan Kepada Sekolah

Pusat Zakat Sabah etelah memberikan sumbangan bantuan kepada sekolah-sekolah yang terpilih sekitar daerah Kota marudu dan Pitas. Sebanyak 8 buah sekolah iaitu SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu 2, SMK Tandek, SMK Langkon, SK Tanjung Batu, SK Tandek, SK Bengkongan, dan SK Ongkilan manakala SK Pinggan-pinggan dan SMK Pinggan-pinggan dari daerah Pitas.











Monday, October 31, 2011

Makan Malam Bersama Datuk Pengarah

Satu majlis makan malam ringkas antara kakitangan pejabat pelajaran daerah dan beberapa orang penolong kanan sekolah menengah bersama Datuk Pengarah Pelajaran Negi Sabah, Datuk DR Hj. Muhyiddin Yussin yang diadakan di Bilik gerakan pejabat pelajaran daerah.

Sunday, October 30, 2011

Majlis Penerangan Perdana

Majlis ini dirasmikan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadahan di Dewan Kuliah Perdana, UMS pada 30/10/2011.

MAjlis ini dihadiri seramai lebih dari 6,000 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, NGOs, parti politik dan para pelajar IPTA dan IPTS.

Thursday, October 20, 2011

Pemantauan Bersepadu Ke SK Tagibang

Satu pasukan dari Pejabat Pelajaran Daerah yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah, En. Jainim Samaron telah melakukan pemantauan bersepadu ke SK Tagibang, Kota Marudu bersama 11 orang kakitangan pejabat. Perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (Off road) sebanyak 4 buah kenderaan yang bertolak dari pejabat pada 19/10/2011 pukul 9.00 pagi.


Wednesday, October 19, 2011

Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Dapatkan kurikulum standard sekolah rendah di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kamus Online

Kamus terjemahan secara dalam talian yang dibangunkan oleh anak Malaysia.
http://www.citcat.com/

Tuesday, October 18, 2011

Kursus KSSR Pendidikan Kesihatan

Kursus KSSR Pendidikan Kesihatan Peringkat Daerah Kota Marudu di adakan di Bilik Gerakan, SK Kota Marudu 2 pada 17 - 21 Oktober 2011.



Kursus KSSR Dunia Seni Visual

Kursus ini dijalankan pada 17-21 Oktober 2011.

Saturday, October 15, 2011

Kursus KSSR Pendidikan Moral

Dilaksanakan pada 10-14/10/2011

Kursus KSSR Pendidikan Jasmani

Pelaksanaan kursus KSSR PJ diadakan pada 3 - 7 Oktober 2011 bertempat di Bilik Gerakan, Pusat Kegiatan Guru, Kota Marudu.

Wednesday, October 12, 2011

KURSUS KSSR DUNIA MUZIK

Seramai 33 orang guru mata pelajaran dunia muzik sedang mengikuti kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah selama lima hari yang bermuala pada 10-14 Oktober  2011 yang dijalankan di Bilik Muzik, SK Kota Marudu 2, Kota Marudu.





Standard Guru Malaysia

Saya sekarang ini sedang  mengikuti penerangan berkaitan dengan Integrasi ICT Dalam P&P secara dalama talian.

Standard guru malaysia puala adalah aberkaitan dengan  penilaian kendiri atau refleksi diri terhadap kepercayaan diri dan akauntabiliti terhadap tugas.