Bagi memudahkan anda mendapatkan imej yang difikirkan perlu daripada satu tayangan video anda boleh menggunakan beberapa perisian yang dibina khas dan boleh digunakan secara percuma. Antara perisian tersebut adalah SMPlayer.
Perisian ini boleh memainkan pelbagai audio atau video. Selain sesuai memainkan DVD atau aliran video dari Internet, ia juga turut dilengkapi dengan fungsi sampingan seperti memotong(snapshot) paparan video menjadi imej, menyokong sari kata dan menyimpan ketetapan video. Ia juga boleh mengekstrak babak video (menjadi format JPEG) dengan lebih mudah dan pantas.
Download perisian tersebut di laman web berikut;
http://smplayer.sourceforge.net
http://www.softpedia.com
**************
sardotcom@yahoo.com
1 comment:
Macamana kalau nak tukar format lagu yang ada kat VCD ke fail MP3?
layari http://shamazafsainsri.blogspot.com
Post a Comment