Waktu Solat

Thursday, July 24, 2008

serangan virus, malware dan spyware

Internet pada masa kini merupakan satu media yang amat penting sebagai penyebaran atau mendapatkan maklumat dan berita semasa dan terkini. Semua maklumat yang terdapat dalam internet atau cerita serta gambar dan video tidaklah seharusnya diterima 100% betul dan ini memerlukan pertimbangan yang sewajarnya daripada pencari dan pembaca maklumat tersebut untuk menentukannya.

Keseronokan untuk mendapatkan maklumat daripada laman-laman web atau blog merupakan satu cara komputer pengguna menerima ancaman dan serangan daripada virus, malware dan juga spyware. Ini berlaku disebabkan ada sesetengah laman web atau blog itu telah diserang oleh virus dan lainnya, dan apabila kita membuka laman atau blog ini secara tidak langsung pengguna telah memuat-turun anasir ini ke dalam komputer mereka. Ini kerana semasa kita membuka laman web tersebut, semua kandungan yang terdapat dalam laman web itu akan disimpan sementara ke dalam komputer pengguna.

Begitulah juga dengan kegemaran pengguna memuat-turun gambar, lagu, videof dan fail daripada internet merupakan satu cara komputer pengguna mendapat serangan anasir jahat ini.

Oleh yang demikian, pengguna haruslah bersedia melakukan apa sahaja dan menerima hakikat bahawa komputer pengguna sentiasa terdedah kepada serangan virus, malware dan spyware dan lain-lainnya. Antaranya, pengguna kenalah mempastikan antivirus yang terdapat pada komputer pengguna sentiasa update (kalau guna yg pirate itulah padahnya, gunalah yang original ...) .

Kalau sudah tidak dapat ditangani masalah serangan ini,bersedialah untuk format komputer tersebut.

Kesimpulannya, berhati-hati apabila melawat laman web atau blog yang diingini dan ketika memuat-turun fail yang diingini.


sardotcom@yahoo.com

No comments: