Malware boleh merebak ke komputer pengguna melalui storan USB dan menjejaskan prestasi komputer pengguna. Fail "autorun.inf" selalunya diperalatkan oleh malware ini untuk mengaktifkan dirinya apabila pengguna membuka pemacu USB tersebut dengan cara mengklik ikonnya Tanpa disedar oleh pengguna, mereka telah melaksanakan arahan 'perintah yang merbahaya' yang tersimpan atau dilampirkan dalam fail "autorun" tadi.
Pengguna boleh mengelakkan atau mencegah jangkitan ini dari storan USB dengan menggunakan salah satu perisian yang boleh berfungsi mencegah malware ini seperti Ninja Pendisk. Ia merupakan satu perisian percuma dan beroperasi secara senyap di bahagian System Tray untuk membuat imbasan.
Selain dari itu, ia juga berfungsi mematikan fungsi fail "autorun.inf" yang berisiko, sekaligus mendedahkan kehadiran fail melware yang memperalatkannya.
Perisian ini boleh pengguna download menerusi laman web berikut;
http://nunobrito.eu/ninja/
http://www.softpedia.com
*********
No comments:
Post a Comment