Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah komputer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-
- Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.
- Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.
- Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.
- Masalah dalam konfigurasi BIOS.
- Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.
- Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.
- Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.
Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.
sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment