Waktu Solat

Tuesday, February 22, 2011

Syivero Patrick dari SMK Kota Marudu Pelajar Terbaik Luar Bandar STPM 2010

Kesempitan hidup memaksa Syivero Patrick, 20 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah bekerja separuh masa setiap kali cuti hujung minggu bagi mencari duit poket dan perbelanjaan menampung kos persekolahannya.
Satu-satunya penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Malaysia Timur itu berjaya mencatat keputusan 4A dengan memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B dalam mata pelajaran Sejarah.




Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, dia perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan belajar supaya tidak tercicir dalam pelajaran bahkan perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Walaupun saya tinggal di luar bandar dan jauh dari arus pembangunan namun, saya sedar hanya ilmu dan pendidikan yang mampu mengubah nasib saya serta keluarga yang sekian lama hidup dalam kesusahan,” katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi akauntan atau guru berazam mahu membantu ibu bapa dan adik beradiknya selepas menamatkan pengajian nanti.



Ketika ditanya petua kejayaan yang diperoleh, Syivero berkata, dia hanya memperuntukkan dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain daripada memberi tumpuan di dalam kelas.

“Saya terpaksa curi-curi masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana selain bekerja sebagai tukang rumah, saya juga turut membantu ayah bekerja di kebun sayur bagi mendapatkan pendapatan yang lebih daripada biasa,” katanya.

Sumber:bernama

No comments: