Dalam PRK Batu Sapi, Tenang, Merlimau, dan banyak lagi PRK serta sekarang ini yang terkini PRU Sarawak. Semua menjanjikan pembangunan bernilai jutaan ringgit. Kenapa perlu tunggu pilihanraya baru bagi?
" Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyindir parti pembangkang sebagai memiliki tongkat sakti atau lampu ajaib kerana sewenang-wenangnya menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat."
"“Kami (Barisan Nasional) bukan seperti pembangkang yang hanya tahu membuat pelbagai janji seolah-olah mereka ada tongkat sakti atau lampu ajaib,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN ketika berucap pada Majlis Tinjauan Mesra di Rumah Joshua Lipa, Skim Skrang, di sini, semalam.
Beliau berkata, BN juga tidak menjanjikan peruntukan hanya menjelang pilihan raya kerana sudah terbukti ia dilaksanakan sepanjang masa bagi menjaga kebajikan rakyat. "
Berita Harian
Janji oh janji..
"peruntukan RM1.7 juta kepada 172 rumah panjang di sini dan Batang Ai bagi membaiki kerosakan kediaman masyarakat Iban itu selain RM1 juta untuk melaksanakan projek mengatasi masalah banjir kilat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dan RM1 juta untuk DUN Batang Ai serta geran projek kecil luar bandar RM2.57 juta untuk diagihkan di dua DUN terbabit"
No comments:
Post a Comment