Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.
Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.
Di samping itu, dengan cara ini, Windows tidak perlu mengimbas satu demi satu ikon yang akan digunakan di dalamnya pada setiap masa dan ketika.
Kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada fail sistem yang bermasalah bagi Windows untuk melakukan proses caching bagi membolehkan ikon-ikon di dalamnya berfungsi dengan baik.
Apabila proses ini terdapat kecacatan, ia akan menyebabkan ikon-ikon tadi berfungsi dengan tidak baik atau tidak berfungsi langsung. Contohnya ikon-ikon tersebut bertukar-tukar secara rawak setiap kali digunakan.
Kesemua ikon menjadi hitam atau kesemua ikon yang ada menggunakan ikon yang sama, ikon-ikon tersebut bertindihan antara satu sama lain dan sebagainya.
Bagi mengatasi masalah tersebut, bolehlah dilakukan dengan beberapa kaedah seperti yang akan dibincangkan seterusnya iaitu:-
* Menghidupkan kembali atau restart komputer anda. Kadang kala ia berupaya mengatasi banyak masalah komputer selain daripada masalah ikon ini.
* Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.
* Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.
* Membina semula icon-cache dengan membuang sistem icon-cache yang sedia ada.
* Menyahpasangkan program Tweak UI dengan mengunakan fungsi ADD/REMOVE yang terdapat dalam Control Panel Windows.
Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-
* Buka Control Panel dan klik pada butang Display untuk membuka fungsi tersebut.
* Pilih tab Appearance dan klik butang Advance.
* Pada ruangan Item, menyusur ke bawah dan pilih Icon.
* Tingkatkan nilai pada ruangan Size dan klik butang Apply.
* Masukkan kembali nilai pada ruangan Size dengan nilai yang lama dan klik butang Apply.
* Klik butang OK.
Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-
* Klik butang Start dan seterusnya klik butang Run.
* Taip regedit pada ruangan Run dan klik OK.
* Ia akan membuka satu program Registry Windows yang menyimpan segala konfigurasi fail sistem untuk Windows.
Seterusnya, cari baris konfigurasi seperti di bawah dan tetapkan nilai seperti di bawah:-
[HKEY_LOCAL_MACHINE \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion\Explorer]
Max Cached Icons > "8192"
Julat nilai bagi Max Cached Icons adalah di antara 100 hingga 8192. Nilai lalainya yang telah ditetapkan oleh pihak Windows adalah 512. Nilai tersebut boleh diisi dengan nilai kurang daripada nilai 8192. Nilai yang dikatakan berpatutan adalah di antara 2000 hingga 8192.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-
* Buang fail sistem yang tersembunyi iaitu ShellIconCache.
* Bagi Windows yang lama ia tersimpan dalam C:\Windows\ ShellIconCache atau C:\Winnt\ ShellIconCache.
* Bagi sistem Windows yang baru, anda perlu cari fail Iconcache.db. Di mana bagi Windows XP ia terletak di C:\ Documents and Settings\Your User Name\Local Settings\Application Data\Iconcache.db
* Tutup kesemua proses-proses bagi explorer.exe dengan menggunakan Task Manager atau sebagainya.
* Dengan menggunakan Task Manager, buka kembali fail exlorer.exe dengan menekan butang CTRL+SHIFT+ESC atau menekan kembali butang CTRL+ALT+DEL untuk kembali semula ke Task Manager.
* Apabila Windows Explorer dibuka kembali apabila fail explorer.exe dibuka, ia akan membina semula secara betul fungsi bagi fail icon-cache.
Masalah ikon-ikon tidak berfungsi dengan baik atau paparannya bermasalah adalah disebabkan gangguan kepada konfigurasi fail sistemnya di dalam Windows.
Ini boleh terjadi disebabkan oleh ada fail-fail sistem tertentu dibuang atau dikonfigurasikan dengan tidak betul dengan sengaja atau tidak sengaja.
Ia juga boleh disebabkan masalah program pemacu perkakasan (driver) atau komponen-komponen komputer.
Ia perlu dibuat semakan dan sekiranya bermasalah, selesaikan masalah ini terlebih dahulu dengan memasang semula dan sebagainya.
Ia juga boleh disebabkan oleh program malware atau virus yang duduk dalam sistem komputer. Dengan itu, perlu dilakukan langkah-langkah tertentu seperti mengemaskini perisian anti-virus dan Windows, melakukan proses imbas dan perbetulkan dengan perisian anti-virus atau program security fix.
Sumber: utusan
No comments:
Post a Comment