Pada sebelah pagi tadi, saya bersama Ketua Unit ICT, PPD Kota Marudu En. Rodzainie Matimpan dan Ketua Pembantu Tadbir, En. James Yunsai telah menjalankan pemantauan berkaitan dengan pengurusan aset kerajaan dan pengurusan ICT sekolah serta pengurusan pentadbiran di SK Temuno Teringai Darat..
Perkara yang menjadi tumpuan saya semasa pemantauan adalah berkaitan dengan dokumen pengurusan aset alih dan stor kerajaan. Antaranya pembentukan jawatankuasa JKPAK sekolah, pelaksanaan menyuarat, pelantikan dalaman jawatankuasa aset sekolah, penyediaan dokumen KEW.PA dan KEW.PS serta tagging dan label "Hak Kerajaan" untuk semua inventori dan aset yang ada di sekolah.
No comments:
Post a Comment