Waktu Solat

Showing posts with label Technorama-IT. Show all posts
Showing posts with label Technorama-IT. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Technorama-IT 2008




Aktiviti Technorama IT peringkat daerah Kota Marudu telah berjalan pada 10 Julai 2008, bertempat di Makmal Komputer SMK Tandek. Pemenang tempat pertama dimeangi oleh Team 6 yang dianggotai oleh Maxie Rinah Abd Ghani, Nee Khadijah Nee Musa, Nurainie Mohd Satree dan Sairil Janioh. Tempat kedua, Team 1 ; Dowini binti James Rubinsin, Wilfred bin Jobily, Arif Kindih dan Angilica Lee. Tempat ketiga Team 10; Andy wedly Sinty, Rosmawati Masalan, Rennysia Sinuar dan Azmi Ismail. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai , Pertama RM400.00, Kedua RM200.00 dan ketiga RM100.00.


Penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Pengarah, Unit Kemajuan IT Sabah, En. Bruno Vun.



*************************


Thursday, June 19, 2008

Technorama-IT 2008 peringkat Kota Marudu



Progaram ini anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sumber Manusia melalui agesinya iaitu Unit Kemajuan IT Negeri Sabah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Antara objektif utama Technorama-IT ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara pelajar-pelajar yang berlainan sekolah melalui IT, menggalakkan semangat belajar dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta untuk mededahkan aktiviti pembelajaran yang berkait rapat dengan nilai kekeluargaan.

Pada tahun ini, SMK Tandek, Kota Marudu menjadi tuan rumah bagi peringkat daerah Kota Marudu dan sekolah yang terlibat adalah SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu 2 dan SMK Langkon serta tuan rumah SMK Tandek. Setiap sekolah menghantar seramai 10 orang pelajar dan dua orang guru pengiring. Program ini dijalankan pada 10 Julai 2008 bertempat di Makmal Komputer SMK Tandek.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah menghantar butir-butir peserta (Nama sekolah, nama dan e-mail peserta, telefon, faks dan guru yang terlibat) satu minggu (3 Julai 2008) sebelum program dijalankan kepada Unit Kemajuan IT Negeri melalui email kit@sabah.gov.my atau faks 088248916.