Waktu Solat

Showing posts with label bankrap. Show all posts
Showing posts with label bankrap. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

25 bank biaya golongan muda beli rumah

Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Thursday, March 3, 2011

1,086 penjawat awam bankrap

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.