Jabatan Pelajaran Sabah tidak pernah mengeluarkan arahan bahawa ibu bapa dan pelajar mesti mendapatkan pengesahan dokumen seperti kad pengenalan dan surat lahir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum berurusan dengan jabatan itu.
Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, berkata ibu bapa dan pelajar sebaliknya boleh mendapatkan pengesahan itu daripada pegawai kumpulan A atau mana-mana pegawai kerajaan yang dibenar mengesahkan dokumen.