Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.
"Dasar ini yang juga kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari sebelum ini menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana untuk menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
Click Here
"Dasar ini akan menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid," katanya ketika melancarkan dasar itu di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDEC), Datuk Badlisham Ghazali.
Muhyiddin berkata, dasar itu akan menjadikan amalan di negara maju sebagai penanda aras untuk memastikan segala komponen ICT dalam pendidikan di negara ini mampu mencapai taraf piawaian antarabangsa.
Katanya, dengan menjadikan dasar itu sebagai rujukan dan panduan, pelaksanaan semua program ICT di kementerian akan menjurus kepada sasaran yang sama iaitu mempertingkatkan pencapaian murid dan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.
"Dengan pengenalan dasar ini juga, sebarang inisiatif ICT di bawah kementerian tidak lagi akan dilaksanakan secara terpisah daripada inisiatif lain, sekaligus akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan penjimatan sumber," katanya.
Empat asas utama menjadi teras dasar itu, iaitu pembangunan modal insan secara berterusan, penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan menggunakan ICT.
"Saya amat berharap agar dasar ini mampu membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara dan seterusnya melonjakkan kualiti pendidikan bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bakal memacu usaha mencapai status negara maju menjelang 2020".
sumber: http://www.bharian.com.my
Waktu Solat
Showing posts with label ict. Show all posts
Showing posts with label ict. Show all posts
Tuesday, October 12, 2010
Monday, June 16, 2008
blog untuk hebahan dan perkongsian maklumat tentang ICT
Blog ini dibina adalah untuk memudahkan pelajar ICT semekta mendapatkan maklumat dan tugasan yang akan diberikan secara online kepada pelajar.
Di samping itu perkongsian maklumat dan petua berkaitan dengan ICT kepada mereka yang berminat, blog ini ada memuatkan perkara sedemikan walaupun tidak terkini dan secara menyeluruh.
Sebarang komen adalah dialu-alukan.
Terima kasih
sardotcom
Di samping itu perkongsian maklumat dan petua berkaitan dengan ICT kepada mereka yang berminat, blog ini ada memuatkan perkara sedemikan walaupun tidak terkini dan secara menyeluruh.
Sebarang komen adalah dialu-alukan.
Terima kasih
sardotcom
Subscribe to:
Posts (Atom)