Waktu Solat

Showing posts with label kent. Show all posts
Showing posts with label kent. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Mantan Pensyarah

Saya bersyukur kerana berkesempatan menziarah mantan pensyarah (En. Ejos Flavian Siarus) saya sewaktu menjadi pelatih di Maktab Perguruan Kent (Institut Perguruan Kampus Kent, Tuaran) pada 28 Mac 2012 lalu. Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani sesi 1993-1995.

Sekarang beliau telah diserang strok sejak 8 bulan lalu. Namun syukur sekarang sudan boleh menggerakkan anggota badan dan sudah boleh duduk.
Bersama En. Ejos yang sudah boleh duduk di kerusi roda.

Peta lokasi rumah En. Ejos di Kg. Serusup Tuaran

Thursday, October 7, 2010

Mantan Pensyarah Maktab Kent


Saya terjumpa mantan pensyarah saya semasa belajar di Maktab Perguruan Kent, Tuaran pada 1993-1995. Encik Fakaruddin Hj. Mamat, dulu sebagai pensyarah Bahasa Melayu yang kini bertugas di SMK Pekan Kudat.

Pertemuan tak disangka tu berlaku semasa dia hendak menghadiri taklimat biasiswa di PPD Kota Marudu, tapi taklimat tu dibatalkan pulak. Sekejap ja dapat jumpa dia.