Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula” dengan menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun. Beliau masih lagi orang terkaya di Malaysia 2010 dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.