Waktu Solat

Showing posts with label pangkat. Show all posts
Showing posts with label pangkat. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Guru tidak akan naik pangkat secara automatik


Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

Friday, August 12, 2011

Semakan Kenaikan Pangkat KPM

Bagi mereka yang ingin membuat semakan permohonan kenaikan pangkat Kementerian Pelajaran Malaysia, boleh berbuat demikian dihttp://www.moe.gov.my/naikpangkat/

Kenaikan Pangkat DG41 ke DG44

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 Dan 2011 di Kementerian Pelajaran Malaysia



Monday, May 16, 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru. 

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.