Waktu Solat

Showing posts with label password. Show all posts
Showing posts with label password. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Panduan Membina Kata Laluan

Beberapa panduan boleh diikuti untuk membina kata laluan iaitu:-

* Tidak menggunakan maklumat peribadi seperti nama, nombor plat kereta dan lain-lain.
* Tidak menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam sesuatu bahasa seperti buku, sekolah dan lain-lain.
* Pastikan perkataan yang dibina untuk kata laluan menggabungkan pelbagai jenis aksara seperti huruf, simbol dan angka.
* Pastikan kata laluan yang dibina tidak digunakan oleh aplikasi atau sistem komputer yang lain.
* Pertukaran kata laluan yang digunakan bagi setiap 30 atau 60 hari sekali.
* Menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak lain.
* Panjang aksara yang digunakan untuk satu kata laluan adalah antara 12 hingga 15 aksara. Lebih panjang lebih baik kerana ia lebih sukar untuk dipecah masuk.
* Kata laluan yang dibina boleh menjadi satu singkatan bagi satu ayat yang panjang bagi memudahkan untuk mengingatinya

Sumber:Bernama

Tuesday, July 22, 2008

PERLINDUNGAN KATA LALUAN

Kata laluan adalah perkataan rahsia atau koda yang digunakan sebagai ukuran keselamatan daripada akses yang tidak sah kepada maklumat.

Beberapa petua untuk anda melindungi kata laluan anda dan bagai mana untuk mencipta kata laluan yang kukuh:

1. Jangan memberitahu kata laluan anda kepada sesiapa pun.

2. Cipta kata laluan menpunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dengan simbol dan nombor.

3. Elak daripada menggunakan kata-kata yang biasa dijumpai di dalam kamus.

4. Jangan gunakan apa-apa perkataan atau istilah yang berkaitan dengan dri anda sebagai kata laluan.

5. Ubah kata laluan anda dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

6. Anda sepatutnya menggunakan kala laluan yang berbeza untuk setiap laman web atau setiap akaun yang anda akses.


srdotcom@yahoo.com