Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan rayuan serta kewajaran dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua GSTT terbabit dalam tempoh terdekat.