Syarikat-syarikat Internet didakwa menggunakan aplikasi telefon pintar yang diberikan secara percuma, untuk mengintip mesej, memintas panggilan dan menjejaki lokasi pengguna.
Keadaan itu berlaku selepas pengguna menerima terma dan syarat yang jarang dibaca oleh mereka ketika memuat turun aplikasi menyebabkan pembangun aplikasi itu diberi kebenaran untuk mengambil maklumat peribadi.