Waktu Solat

Showing posts with label ppd km. Show all posts
Showing posts with label ppd km. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Riadah PPDKM vs SK Teringai

Riadah staf PPDKM bersama SK Teringai Darat, Kota Marudu di padang SK Kota Marudu 2 pada 3 Mei 2012

Monday, March 28, 2011

Bengkel Kutipan Laporan Suku Pertama 2011 Aset Alih Dan Stok Kerajaan PPD Kota Marudu

28 Mac 2011, Isnin : Bengkel untuk kutipan laporan aset telah dijalankan oleh Unit Perolehan dan Aset, PPD Kota Marudu yang diadakan di Bilik Gerakan, PPD Kota Marudu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang.

Wednesday, January 26, 2011

Bekalan Cat dan Jaket Keselamatan Tidak Dituntut

Sekolah yang tersenarai di bawah dikehendaki untuk mengambil bekalan cat dan jaket keselamatan sebelum 9 Februari 2011. Untuk makluman tuan, masa pengeluaran bekalan dalam tempoh tersebut adalah pada pukul 2.00 petang setiap hari bekerja dan berhubung dengan Puan Rapiah A.Ghani terlebih dahulu.  Peralatan tersebut akan diserahkan kepada sekolah lain jika pihak tuan gagal untuk mengambilnya dalam tempoh tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

Bekalan Perabot Pejabat PPD Kota Marudu 2011

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu sedang membuat agihan peralatan pejabat untuk sekolah-sekolah rendah daerah Kota Marudu. Senarai sekolah dan jenis serta kuantiti peralatan adalah sepertimana dalam surat yang telah diedarkan (Ruj:PPD(KM)900/2/8(  ) bertarikh 24 Januari 2011. Pihak sekolah hendaklah menuntut peralatan tersebut selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011. Masa pengambilan peralatan tersebut adalah pada pukul 2.00 petang dengan berhubung dengan En. Zulkifli Salleh terlebih dahulu.
Kegagalan tuan untuk mengambil peralatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan peralatan tersebut akan diserahkan kepada sekolah-sekolah yang juga amat memerlukan.

Muat-turun surat makluman di sini.

Sekian.

Monday, January 17, 2011

Taklimat Pengurusan Aset dan Stok Untuk Pegawai Aset Sekolah

**Tarikh terbaru taklimat ini adalah seperti berikut;
Tarikh              : 1 Februari 2011(Selasa)
Tempat            : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa               : 8.00 Pagi

Harap maklum.
*************************************

Taklimat pengurusan aset alih dan stok khusus untuk Pegawai/Pengurus Aset sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh              : 2 Februari 2011(Rabu)
Tempat            : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa               : 8.30 Pagi

Kehadiran semua Pegawai/pengurus Aset sekolah adalah wajib, kegagalan tuan untuk hadir akan menyebabkan tuan akan dikeluarkan surat tunjuk-sebab atas ketidakhadiran.

Tuan boleh memuat-turun Surat panggilan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

Senarai JKPAK Sekolah-sekolah Daerah Kota Marudu

Semua sekolah rendah dan menengah daerah Kota Marudu dikehendaki menghantar senarai Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) yang telah ditubuhkan dan bagi sekolah yang belum menubuhkan hendaklah berbuat demikian dalam kadar segera.

Senarai tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 2 Februari 2011 ke Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

Tuan boleh memuat-turun surat punca kuasa sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih

Sunday, January 2, 2011

Unit Perolehan, PPD Kota Marudu 2011

Pada tahun 2011 ini, saya diarahkan bertugas di unit baru diwujudkan iaitu Unit Perolehan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

Tugas saya sebelum ini iaitu, Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan diambilalih oleh Pn. Norhaya Labai berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Ini merupakan satu tugas dan tanggungjawab baru yang diamanahkan pada saya dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik yang termampu untuk melaksanakan tugas dan membantu prestasi pejabat ini dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab pada tahun 2011 ini.

Tuesday, December 28, 2010

Mesyuarat Staf PPD Kota Marudu

Mesyarat terakhir untuk staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu untuk tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh    : 30 Disember 2010
Tempat  : Bilik Gerakan, PPD Kota Maruidu
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pakaian : Baju Batik Baru.

Kehadiran adalah wajib. Sekian terima kasih.

Monday, December 20, 2010

Selamat Ulang Tahun


Sambutan sempena Ulang Tahun Kelahiran @ Hari Lahir kepada staf PPD Kota Marudu yang dilahirkan antara bulan Julai - Disember telah diadakan pada pukul 5.00 petang tadi (20/12/2010) di ruang utama pejabat PPD.

Thursday, December 9, 2010

Kursus Dalaman Staf PPD Kota Marudu 2010

Satu kursus dalam untuk semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;


  • Tarikh     : 10 Disember 2010
  • Masa      :  8.30 pagi - 5.00 petang
  • Tempat   : Bilik Gerakan, PPD Kota Marudu
Kehadiran adalah wajib kepada semua staf PPD Kota Marudu.