SK Ulu Lubai antara 23 SBT 2011
o Duduki tempat ke-54 pada 2009o Lonjak ke tempat pertama pada 2010
o Menangi 2 anugerah peringkat antarabangsa 2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.
Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.