Waktu Solat

Showing posts with label sulu. Show all posts
Showing posts with label sulu. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Kesultanan Sulu .....2

Sekadar renungan dan bacaan....


TIDAK siapa tahu siapakah Sultan Sulu yang sebenar, melainkan Tuhan yang selama ini menguji waris Sultan yang masih menerima RM5,300 sebulan daripada Kerajaan Malaysia?
Namun tidak siapa juga tahu bahawa wang cession berkenaan tidak dapat ditunaikan dan disimpan oleh Pemegang Amanah iaitu Peguam Ulka T.Ulama disebabkan tidak siapapun yang masih hidup diiktiraf sebagai Sulta Sulu yang sah.


WARIS SULTAN SULU

Sekadar renungan dan bacaan.....


Sultan Mohammad Aidal dikategorikan ramai pewaris sebagai Sultan Palsu kerana beliau hanyalah anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila.
Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an.