Waktu Solat

Saturday, February 18, 2012

Masyarakat Bisaya


Foto
NAMA mereka bukanlah asing untuk diperkatakan tetapi sejarah dan cara hidup mereka di satu lokasi 90 kilometer (km) di selatan Kota Kinabalu, Sabah, sememangnya menarik untuk dikongsi bersama.
Dalam kelembutan bahasa mereka, sebenarnya tersimpan banyak khazanah misteri yang layak diungkapkan mengenai masyarakat Bisaya yang juga satu etnik Islam dengan majoritinya bertumpu di daerah Beaufort, Sabah. Antara keunikan mereka yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina. Pendek kata, mereka memang cantik.
Sebelum penulis mendekati mereka, rakan-rakan di Kota Kinabalu sudah menitipkan pesanan. Ada gurauan dan tidak kurang juga yang kedengaran serius.

Thursday, February 16, 2012

SumbanganKu

Selepas menderma darah di Tabung darah Hospital Kota Marudu.

Wednesday, February 15, 2012

SBPA Positif

Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!! Tetapi, Kerajaan?

Sekitar seminggu yang lepas, kami ada berkongsi draf sifir SBPA gaji yang dicadangkan oleh Cuepacs sendiri. Dan Cuepacs menjangkakan kemelut SBPA ini akan dapat diselesaikan berkemungkinan lebih awal sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April 2012….

5 Tuntutan Utama Cuepacs – Penambaikan Sifir SBPA Gaji 2012

Monday, February 13, 2012

Kajian pelajar tak minat sains

Masalah kemerosotan ketara minat pelajar dalam jurusan sains di sekolah akan ditangani melalui kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan yang sedang dilakukan dan dijangka siap seawal-awalnya akhir tahun ini.

Sunday, February 12, 2012

Jerayawara SPEED Zon Kota Marudu

Jerayawara SPEED Jabataan Pelajaran Sabah telah diatadakn di Dewan SMK Matunggong kudat.

Friday, February 3, 2012

Lambakan 13,000 guru Sains, Matematik


Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran.
“Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat, keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini semalam. 

Kontrak RM 2 Juta

PEMAIN bola sepak di negara ini wajar mencontohi kejayaan penyerang sensasi Harimau Malaysia, Mohd. Safee Sali yang berjaya mendapat kontrak bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC (Pelita Jaya) di Indonesia.

Bibliografi

Asmawati Desa (2002). Psikologi Untuk Golongan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia). Sdn. Bhd.

Abdul Majid, K. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dean Bahasa dan Pustaka.


Mahmood Nazar & Sabitha Marican (1995). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Utusan Publication & distribution Sdn. Bhd.

Mohd Najib. A.G (1999). Penyelidikan Pendidikan, Johor. University Teknologi Malaysia.

Miles & Huberman, 1994, Kualitative Data Analysis (2nd Ed.). Thousand Oaks, Ca: Sage

Mumtazah Othman (1986). Pengurusan Sumber Keluarga. Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Stephen R. Covey, 1989. The 7 Habites of Highly Effective People. Simon & Schuster, UK.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad (2003). Mengurus Masa Belajar. MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.


Bibliografi

Abd. Rahim, Juhan (1997) Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dan Kepuasan Bekerja Guru- Guru. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Azizah, Ab. Aziz (1999) Pengurus Cemerlang dalam Organisasi Pendidikan. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Sunday, January 29, 2012

Pengurusan Kualiti Menyeluruh


Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming.
Konsep TQM
Terdapat 3 elemen utama dalam TQM iaitu:
1. Falsafah - TQM bertujuan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa bertambaik kualitinya kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
2. Matlamat - Setiap perkhidmatan diberikan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti.
3. Proses - Maklumbalas daripada semua ahli staf diminta dan digunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan kualiti yang berterusan. Ini adalah satu proses yang mengupaya dan melatih ahli staf dalam satu struktur bersistem untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka dalam setiap langkah perkembangan perkhidmatan.

Berikut adalah 8 ciri utama TQM:

Kualiti Dalam Pendidikan


Dalam sistem pendidikan Malaysia tumpuan utama banyak di beri ke atas pembangunan akademik pelajar. Pengembangan ilmu pengetahuan mesti mendapat perhatian sewajarnya kerana dalam sistem penilaian kebangsaan terdapat benchmack dan standard kebangsaan.

Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka.

Jahil Arsenik


Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Saturday, January 28, 2012

Cuepacs kemuka lima perkara utama


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbang dalam semakan semula SBPA.
   
Presidennya Datuk Omar Osman berkata lima perkara itu menumpukan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.

Bayaran gaji Feb penjawat awam berdasarkan SSM


Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
    
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

Monday, January 23, 2012

Presiden Indonesia tidak semestinya keturunan Jawa


Sultan Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X berkata, pandangan bahawa hanya orang Jawa harus menjadi Presiden Indonesia tidak lagi relevan pada masa ini.

Ahli politik kanan parti Golkar, yang juga Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta itu berkata, jawatan ketua negara republik itu boleh disandang oleh mana-mana etnik kerana ia merupakan hak prerogatif seorang warganegara dan para pengundi yang akan menentukan siapa yang akan mereka pilih.

Bayi Paling Kecil


Salah seorang bayi paling kecil di dunia yang terselamat dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menghabiskan hampir lima bulan dalam inkubator, tetapi mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood. 

Memakai topi benang bulu merah jambu dengan selimut merah jambu, Melinda Star Guido disambut dengan rakaman kamera televisyen dan jurugambar di luar Pusat Perubatan USC Los Angeles County.

3 bulan semak SBPA langkah terbaik, adil


CUEPACS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah terbaik dan adil kepada penjawat awam. 

Presidennya, Omar Osman berkata, setiap kali kongres mengadakan taklimat di seluruh negara, kira-kira 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua memang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada.

Beza Gaji Gred PPP


GRED                  BEZA
TANGGA GAJI
DG1-6 320
DG1-5 290
DG1-4 270
DG1-2 250
DG1-1 225
DG2-5 195
DG2-3 165
DG2-2 155
DG2-1 145

Sunday, January 15, 2012

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.