Waktu Solat

Showing posts with label kualiti. Show all posts
Showing posts with label kualiti. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Ranking sekolah ikut SKPM supaya lebih tepat, objektif

Ranking sekolah bagi 2013 akan menggunapakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) bertujuan memastikan penilaian prestasi sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan objektif.

Wednesday, May 16, 2012

JELASKAN BUDAYA YANG SESUAI UNTUK PELAKSANAAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM). MENGAPA ANDA BERKATA DEMIKIAN


Setiap organisasi sama ada jabatan kerajaan atau swasta mempunyai satu sistem pengurusan yang tersendiri sama ada dibentuk atau diberikan garis panduan oleh kerajaan atau pengurusan tersendiri. Sistem ini berfungsi sebagai kawalan atau skop tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan satu-satu tugas atau tanggungjawab yang diberikan kepada organisasi tersebut. Oleh yang demikian, sistem pengurusan kualiti menyeluruh digunapakai oleh organisasi atau jabatan kerjaaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Apa yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini adalah berkaitan dengan budaya kerja pengurusan kualiti menyeluruh dalam sesebuah pengurusan organisasi.

Sunday, January 29, 2012

Pengurusan Kualiti Menyeluruh


Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming.
Konsep TQM
Terdapat 3 elemen utama dalam TQM iaitu:
1. Falsafah - TQM bertujuan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa bertambaik kualitinya kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
2. Matlamat - Setiap perkhidmatan diberikan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti.
3. Proses - Maklumbalas daripada semua ahli staf diminta dan digunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan kualiti yang berterusan. Ini adalah satu proses yang mengupaya dan melatih ahli staf dalam satu struktur bersistem untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka dalam setiap langkah perkembangan perkhidmatan.

Berikut adalah 8 ciri utama TQM:

Kualiti Dalam Pendidikan


Dalam sistem pendidikan Malaysia tumpuan utama banyak di beri ke atas pembangunan akademik pelajar. Pengembangan ilmu pengetahuan mesti mendapat perhatian sewajarnya kerana dalam sistem penilaian kebangsaan terdapat benchmack dan standard kebangsaan.

Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka.