Waktu Solat

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Dinamika Pendidikan : Pasukan



Gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan beberapa kelompok individu yang menjadikan pencapaian matlamat pasukan sebagai satu keutamaan terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai semua ahli yang terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara kolaboratif mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen               terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar.

Wednesday, May 16, 2012

JELASKAN BUDAYA YANG SESUAI UNTUK PELAKSANAAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM). MENGAPA ANDA BERKATA DEMIKIAN


Setiap organisasi sama ada jabatan kerajaan atau swasta mempunyai satu sistem pengurusan yang tersendiri sama ada dibentuk atau diberikan garis panduan oleh kerajaan atau pengurusan tersendiri. Sistem ini berfungsi sebagai kawalan atau skop tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan satu-satu tugas atau tanggungjawab yang diberikan kepada organisasi tersebut. Oleh yang demikian, sistem pengurusan kualiti menyeluruh digunapakai oleh organisasi atau jabatan kerjaaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Apa yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini adalah berkaitan dengan budaya kerja pengurusan kualiti menyeluruh dalam sesebuah pengurusan organisasi.

Thursday, May 10, 2012

Kerajaan beri keutamaan tingkat mutu capai bertaraf dunia

USAHA meningkatkan kualiti sistem pendidikan supaya bertaraf dunia menjadi keutamaan kerajaan bagi memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan di sesebuah negara perlu terus berkembang untuk kekal bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah selain berupaya memenuhi aspirasi negara. “Sebagai pemimpin hari ini, menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan generasi muda hari ini dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Sunday, July 17, 2011

Pasukan khas teliti format Penyata Razak 1956 sebelum laksana perubahan

KERAJAAN dijangka meneliti laporan awal keperluan untuk mengkaji secara komprehensif sistem pendidikan negara, selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan khas yang ditubuhkan awal tahun ini dan diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud kini meneliti format Penyata Razak 1956 bagi menghasilkan laporan itu.

“Sebaik siap, laporan itu akan dibentangkan ke Kabinet dan jika mendapat kelulusan Perdana Menteri bagi meneruskan kajian itu, aspek yang akan menjadi tumpuan utama serta jangkaan sama ada akan dilakukan perubahan atau rombakan besar-besaran terhadap sistem pendidikan sedia ada akan diketahui,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke sini, semalam. 

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pemimpin Kelab UMNO Indonesia yang turut dihadiri Pengerusi kelab itu, Mohd Feendi Mohd Fauzi Yap. 

Saturday, June 25, 2011

Beri kuasa Jabatan Pelajaran Sabah laksana projek berkaitan pendidikan

Selaras usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya terutama bagi perkara-perkara kecil.