Waktu Solat

Sunday, December 12, 2010

Hari Keluarga PPD Kota Marudu Meriah

Hari Keluarga PPD Kota Marudu yang telah diadakan di Dewan Perdana dan tempat letak kereta SMK Kota Marudu 2, berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Aktiviti ini merupakan julung-julung kalinya diadakan yang diketuaikan oleh Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, En. Gulkan Bisari dan dibantu oleh staf yang lainnya. Semangat kekeluargaan dan kekitaan jelas terserlah dikalangan staf dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Friday, December 10, 2010

Takwin Persekolahan 2011 Kumpulan B

Takwin Persekolahan 2011 Kumpulan B;

  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Takwin Persekolahan 2011 Kumpulan A

Takwim Persekolahan 2011 bagi Kumpulan A
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Thursday, December 9, 2010

Kursus Dalaman Staf PPD Kota Marudu 2010

Satu kursus dalam untuk semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;


  • Tarikh     : 10 Disember 2010
  • Masa      :  8.30 pagi - 5.00 petang
  • Tempat   : Bilik Gerakan, PPD Kota Marudu
Kehadiran adalah wajib kepada semua staf PPD Kota Marudu.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 Daerah Kota Marudu

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kota Marudu akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 pada:

  • Tarikh   : 16 Disember 2010
  • Masa    : 9.30 pagi
  • Tempat : Dewan Komuniti, Kota Marudu
Majlis ini akan dirasmikan oleh En. Wetrom Bahanda@Mohd Fikri, Ketua UMNO Bahagian, P168 Kota Marudu.

Seramai 40 orang pelajar cemerlang yang mendapat 5A, 59 orang pelajar mendapat 4A 1B dan 7 orang pelajar mendapat 4A 1C akan menerima anugerah dalam majlis ini.

PELAJAR 5A UPSR DAERAH KOTA MARUDU 2010

Berikut merupakan pelajar sekolah daerah Kota Marudu yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010;

PELAJAR 4A 1B UPSR DAERAH KOTA MARUDU 2010

Berikut merupakan pelajar sekolah daerah Kota Marudu yang berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2010;

PELAJAR 4A 1C UPSR DAERAH KOTA MARUDU 2010

Berikut merupakan pelajar sekolah daerah Kota Marudu yang berjaya mendapat 4A 1C dalam peperiksaan UPSR 2010;

BIL
NAMA PELAJAR
NAMA SEKOLAH
1
FIONA MANSAWARI
SK SAMPIR
2
GIANFRANCO JESTIN
SK SAMPIR
3
KARTINA FARIUS
SK SAMPIR
4
NOR ALFIRA BINTI ALMALIK
SK RANAU
5
NORSYAHIRAH BINTI ABDUL EJA
SK RANAU
6
RAYZIDEAL GOLUHING
SK TAGAROH
7
MOHD RAZMIN BIN RASHID
SK TARITIPAN

Wednesday, December 8, 2010

SUKANEKA HARI KELUARGA PPD KOTA MARUDU

Sambutan Hari Keluarga staf PPD Kota Marudu akan diadakan pada 11 Disember 2010 bertempat di padang SMK Kota Marudu 2 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara acara yang dijalankan adalah seperti berikut;

GARIS PANDUAN PENERIMA APC

Garis panduan penerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ini adalah berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam.

Monday, December 6, 2010

Kenaikan Harga, Implikasinya pada orang kampung

Pada bulan November yang lalu, PM umumkan harga minyak tidak akan dinaikkan dalam tahun ini. Tetapi pada 1 Disember 2010, minyak RON97 telah pun dinaikkan sebanyak 20 sen dan pada 4 Disember 2010 4 jenis barang lagi dinaikkan harga termasuk RON95 dan Diesel. Apa janji atau pengumuman yang dibuat oleh PM dalam beberapa hari itu sekadar untuk mengisi ucapan. Ini penipu maknanya dan cakap tidak serupa bikin.

Sunday, December 5, 2010

Longgokan Sampah Di Belakang Astaka Pekan Kota Marudu

Sewaktu Pesta Jagung 5 Disember 2010, saya "berkunjung" di seberang jalan astaka utama iaitu jalan ke balai polis Kota Marudu. Kunjungan saya itu untuk mengurangkan "air" anak saya memandangkan kemudahan tidak ada dekat situ. 

Anehnya, kawasan tepi jalan @ semak ini jadi tempat pembuangan sampah pulak. Botol plastik, bakul plastik dan sampah-sampah yang lain pun ada. Kalau sekadar lalu di jalan ini memang tidak nampak sebab kedudukannya yang dalam dan semak. Siapakan yang membuang sampah ini di sini? Bukankah ada pekerja Majlis Daerah yang mengutip sampah setiap kali ada acara di padang. Atau untuk mencari jalan mudah, inilah tempatnya.

Adalah diharapkah pihak bertanggungjawab dapat membersihkan sampah-sampah di kawasan ini.


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SALLY & SYAZWAN

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada adik Sally dan suaminya Syazwan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Sally adalah sepupu saya yang telah lama tidak bertemu disebabkan oleh perpisahan ibu dan ayahnya. Ayahnya merupakan abang kepada ibu saya yang sulung. Walau bagaimanapun hubungan bapa anak itu tidak putus selagi hidup.

Selamat menempuh alam keluarga. SALLY (SALIMA HUNI SALIM) 4 Disember 2010

Friday, December 3, 2010

PESTA JAGUNG KOTA MARUDU 2010

Pesta Jagung ini akan diadakan pada 3 – 5 Disember 2010 bertempat di Dewan Komuniti dan kawasan letak kerata serta padang pekan ini.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti
1. Ratu Fesyen Jagung
2. Pereka Fesyen Jagung
3. Masakan Berasaskan Jagung
4. Sukaneka
5. Makan Jagung Paling Ramai. Acara ini akan dicatatkan dalam “Malaysia Book of Records”
6. Persembahan kebudayaan

Pesta ini akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P168 Kota Marudu

BEKALAN AIR MELALUI MESIN “VENDING”(PENAPIS) DI KOTA MARUDU DICEMARI NAJIS MANUSIA????

Benarkah air melalui mesin ini dicemari najis?

Inilah persoalannya yang timbul apabila dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Marudu semasa mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah pada 14 Oktober 2010 yang lalu. Dilaporkan mesin menjual air yang dicemari adalah mesin yang diletakkan di hadapan Restoran Aishah, Pekan Goshen.

Kesultanan Sulu .....2

Sekadar renungan dan bacaan....


TIDAK siapa tahu siapakah Sultan Sulu yang sebenar, melainkan Tuhan yang selama ini menguji waris Sultan yang masih menerima RM5,300 sebulan daripada Kerajaan Malaysia?
Namun tidak siapa juga tahu bahawa wang cession berkenaan tidak dapat ditunaikan dan disimpan oleh Pemegang Amanah iaitu Peguam Ulka T.Ulama disebabkan tidak siapapun yang masih hidup diiktiraf sebagai Sulta Sulu yang sah.


WARIS SULTAN SULU

Sekadar renungan dan bacaan.....


Sultan Mohammad Aidal dikategorikan ramai pewaris sebagai Sultan Palsu kerana beliau hanyalah anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila.
Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an.

Wednesday, December 1, 2010

Pendedahan Wikileaks

Seluruh dunia terutamanya Amerika dikejutkan dengan kebolehan wikileaks mendapatkan maklumat dan dokumen sulit kerajaan dan ketenteraan USA mengenai pentadbiran dan pengurusan ketenteraan. Kelebihan wikileaks menguasai sistem teknologi tercanggih masa kini. Kita semua harus berhati-hati dengan kecanggihan yang ada sekarang ini.

Kolesterol

Semasa saya menderma darah di Hospital Kota Marudu, saya sempat bercerita dengan jururawat mengenai kolesterol. Beliau menunjukkan pada saya artikel mengenai kolesterol dan diet makanan. Di sini saya kongsikan mana yang perlu untuk kesihatan.(kalau saya boleh ikut????)

"Blood Donation"

01 Dis 2010, Rabu : Saya menderma darah di Tabung Darah, Hospital Kota Marudu bagi kali yang ke-16. Syukur dipanjangkan umur untuk memberikan setitis darah kepada mereka yang memerlukan. Terasa segar dan sihat selepas menderma. Mohon kesejahteraan kesihatan dan kehidupan daripada yang Maha Esa.

Amin.