Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia di bawah jurulatih Ong kim Swee kerana berjaya mengekang asakan pasukan Pakistan dalam perlawanan kelayakan olimpik semalam di Lahore. Tapi sayangnya tiada siaran langsung disiarkan pulak.
Harap-harap perlawanan akan datang adalah siaran langsung setiap kali pasukan Malaysia beraksi.
Waktu Solat
Thursday, March 10, 2011
Pelajar Ugut Bunuh Guru
Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.
Label:
samseng,
sardotcom,
ugut bunuh
Tema Hari Guru 2011
Tema hari guru bagi tahun 2011 adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN sepertimana pemakluman oleh Ketua Nazir, JNJK, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat Ruj: KP(JNJK)100-56(68) bertarikh 2 Mac 2011.
Label:
2011,
sardotcom,
TEMA HARI GURU
Wednesday, March 9, 2011
25 bank biaya golongan muda beli rumah
Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.
Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.
Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.
Friday, March 4, 2011
13,000 GSTT terus tugas
Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan rayuan serta kewajaran dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua GSTT terbabit dalam tempoh terdekat.
Label:
gstt,
GSTT terus tugas,
penyambungan gstt,
sardotcom
Guru Besar DG44?
Contoh Pelabelan Aset dan Inventori Peralatan Kerajaan
(i) | Kod Kementerian | = | Berasaskan sistem fail yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) |
(ii) | Kod Jabatan/Bahagian | = | |
(iii) | Kod Kumpulan Aset sama ada: Harta Modal Inventori | = | (H) (I) |
(iv) | Tahun Pembelian | ||
(v) | Nombor Siri | = | Diwujudkan secara berturutan |
Contoh : JPNS/PPDKM/153/I/2011/1(1)
Sumber: PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.5 TAHUN 2007
Contoh Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stok Kerajaan di sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan ............................ 2011
Pengerusi : Guru Besar/Pengetua
Tim. Pengerusi : PK1
Pegawai Aset : Guru
Pengurus Aset : PT
Pemeriksa Harta Modal & Inventori : 2 org GURU
Pemeriksa Pelupusan : 2 orang GURU
Penyiasatan : 2 orang GURU
Jawatankuasa Pengurusan Stor Kerajaan ................................. 2011
Pengerusi : GURU BESAR
Tim. Pengerusi : PK1
Pegawai Stor : PT
Pegawai Pemverifikasi : 2 orang GURU
Rekod : PT
Pihak sekolah perlu mengeluarkan surat lantikan dalam (Guru Besar/Pengetua) bagi jawatankuasa ini bagi pengesahan pembentukan jawatankuasa di peringkat sekolah.
Untuk bermesyuarat, semua ketua panitia/ketua bidang adalah secara automatik menjadi AJK dan hadir bersama semasa mesyuarat JKPAK peringkat sekolah dilaksanakan.
Instrumen Pemantauan Pengurusan Aset Kerajaan
Instrumen pemantauan pengurusan aset kerajaan boleh dimuat-turun dalam blog ini di ruangan "Muat-turun". Pihak sekolah boleh menggunakan instrumen ini untuk tujuan penilaian kendiri pengurusan aset di sekolah lebih awal sebelum pemantauan oleh pihak PPD dibuat.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Thursday, March 3, 2011
Bebaskan komputer daripada virus
Beberapa langkah yang boleh diambil
* Pastikan anda menggunakan filem, lagu, permainan, perisian atau program komputer yang tulen.
Ini termasuk bahan yang mengandunginya seperti DVD, CD dan lain-lain.
Berkemungkinan besar bahan-bahan yang tidak tulen tersebut juga mempunyai virus komputer.
Kes tipu perbankan Internet
Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.
Label:
penipuan internet,
perbankan online,
sardotcom
KESAN SISA PLUMBUM AMAT BERBAHAYA
Saya terpaku melihat video mengenai penggunaan plumbum menerusi bateri untuk tujuan mengecas dan menjana tenaga solar.
Lebih lagi mengejutkan saya ialah ia digunakan secara meluas di sekolah-sekolah rendah di sana sehingga begitu ramai kanak-kanak terdedah secara langsung terhadap bahaya plumbum.
Label:
kesan plumbum,
sardotcom,
sisa toksik,
solar hybrid
1,086 penjawat awam bankrap
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.
Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.
Label:
bankrap,
penjawat awam,
sardotcom
Pemantauan ke SK Tigaman, Kota Marudu
Rabu, 02/03/2011 : Saya bersama Ketua Unit ICT, PPD Kota Marudu En. Rodzainie Matimpan telah menjalankan pemantauan berkaitan dengan pengurusan aset kerajaan dan pengurusan ICT sekolah.
Perkara yang dipantau adalah berkaitan dengan dokumen pengurusan aset alih dan stor kerajaan. Antaranya pembentukan jawatankuasa JKPAK sekolah, pelaksanaan menyuarat, pelantikan dalaman jawatankuasa aset sekolah, penyediaan dokumen KEW.PA dan KEW.PS serta tagging dan label "Hak Kerajaan" untuk semua inventori dan aset yang ada di sekolah.
Perkara yang dipantau adalah berkaitan dengan dokumen pengurusan aset alih dan stor kerajaan. Antaranya pembentukan jawatankuasa JKPAK sekolah, pelaksanaan menyuarat, pelantikan dalaman jawatankuasa aset sekolah, penyediaan dokumen KEW.PA dan KEW.PS serta tagging dan label "Hak Kerajaan" untuk semua inventori dan aset yang ada di sekolah.
Label:
JKPAK,
pemantauan,
pengurusan aset kerajaan,
sardotcom
Tuesday, March 1, 2011
SABAH AKAN HARAMKAN PLUMBUM?
KERAJAAN Negeri Sabah berkemungkinan akan mengikuti langkah negeri Perak yang mengharamkan ‘Plumbum’ jika mendapati dasar dan perundangan yang diguna pakai di Perak serasi dengan Sabah.
Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, ketika dihubungi Sabahkini.net berkata pihaknya masih dalam peringkat kajian dan telah mengambil langkah berjaga-jaga ekoran penggunaan meluas bateri asid plumbum di sekolah rendah luar bandar Sabah.
Label:
sabah haram plumbum,
sardotcom,
solar hybrid
Buktikan kuarters sekolah milik Umno
Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Ganjaran guru besar bulan depan(Mac)
Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.
Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.
Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.
Label:
ganjaran,
guru besar,
new deals,
NKRA,
sardotcom,
tawaran baharu
Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini.
Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.
Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.
Matlamat Kerajaan Laksana Sistem Persekolahan Satu Sesi
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Label:
sardotcom,
sekolah satu sesi
Subscribe to:
Posts (Atom)
