Waktu Solat

Wednesday, October 20, 2010

CALON KURSUS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Semua sekolah rendah dalam daerah Kota Marudu perlu mengemukakan cadangan calon 2 orang guru untuk mengikuti kursus seperti di atas kepada Unit Pentaksiran, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu selewat-lewatnya 25 Oktober 2010.

Kriteria calon adalah seperti berikut:
1. Guru yang mengajar Tahun 1
2. Boleh menyampaikan/menjalankan inhouse training di sekolah sekembali dari kursus
3. opsyen tidak dititikberatkan.

Tarikh dan tempoh kursus akan dimaklumkan kemudian.

sekian, harap maklum.

Thursday, October 14, 2010

Tuntutan Perjalanan semasa menghadiri Taklimat PKKw Daerah Kota Marudu

Makluman kepada rakan-rakan Pentaksir Kawasan (PKKw) dan Negeri (PKN) PMR yang telah menghadiri taklimat di SMT Likas yang baru lalu, sila buat dan hantar tuntutan perjalanan tersebut sepertimana yang telah dimaklumkan melalui surat Ruj:PPD(KM)1200/3/3( ) bertarikh 11 Oktober 2010.

Semua tuntutan atau Lampiran P/1 hendaklah dihantar ke PPD Kota Marudu, selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2010 UP: Unit Pentaksiran. Sekiranya terdapat pertanyaan, sudilah menghubungi talian telefon 088 661205, HP : 0195319272 atau email sardocom@yahoo.com

* Rakan-rakan yang terlibat:

1. En. Juanis Miro - SMK Tandek
2. Pn. Faridah Mohd Rah - SMK Tandek
3. En. Keflee Abas - SMK Tandek
4. En. Jaymon Kassim - SMK Tandek
5. Pn. Dosoying Masubail - SMK Tandek
6. En. Walter Ariffin - SMK Bandau
7. En. Liew Yun Chin - SMK Bandau
8. En. Masri Mustapha - SMK Bengkongan
9. En. Bilhorn Dafrin - SMK Kota Marudu 2
10. Ustaz Yukarmi Yusuf - SMK Bandau
11. Ustazah Noraini Zakaria - SMK Kota Marudu


harap maklum.

Tuesday, October 12, 2010

ICT jadi pengupaya utama proses pelajaran

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.
"Dasar ini yang juga kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari sebelum ini menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana untuk menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
Click Here
"Dasar ini akan menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid," katanya ketika melancarkan dasar itu di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDEC), Datuk Badlisham Ghazali.

Muhyiddin berkata, dasar itu akan menjadikan amalan di negara maju sebagai penanda aras untuk memastikan segala komponen ICT dalam pendidikan di negara ini mampu mencapai taraf piawaian antarabangsa.

Katanya, dengan menjadikan dasar itu sebagai rujukan dan panduan, pelaksanaan semua program ICT di kementerian akan menjurus kepada sasaran yang sama iaitu mempertingkatkan pencapaian murid dan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.
"Dengan pengenalan dasar ini juga, sebarang inisiatif ICT di bawah kementerian tidak lagi akan dilaksanakan secara terpisah daripada inisiatif lain, sekaligus akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan penjimatan sumber," katanya.

Empat asas utama menjadi teras dasar itu, iaitu pembangunan modal insan secara berterusan, penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan menggunakan ICT.

"Saya amat berharap agar dasar ini mampu membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara dan seterusnya melonjakkan kualiti pendidikan bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bakal memacu usaha mencapai status negara maju menjelang 2020".

sumber: http://www.bharian.com.my

Malaysia punyai rakan digital paling ramai

Rakyat Malaysia mempunyai rakan paling ramai dan pengguna utama di rangkaian laman sosial di dunia.

Ini adalah berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh firma pemasaran antarabangsa, TNS yang memantau gelagat dan tabiat orang ramai di internet.

Rakayat Malaysia secara purata mempunyai 233 rakan digital dan ini diikuti 231 di Brazil dan 217 di Norway.

Mereka yang paling kurang rakan digital adalah di Jepun dengan hanya 29 kawan diikuti dengan 38 di Tanzania dan 50 di Korea Selatan.

Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt berkata keputudsan itu mungkin menunjukkan 'budaya yang tidak ramai rakan tetapi persahabatan yang erat” di negara-negara berkenaan.

“Pengguna China pula secara purata mempunyai 68 kawan di rangkaian mereka di sebalik merupakan pengguna utama di laman sosial,” Froggatt.

Selain mempunyai rakan yang paling ramai, rakyat Malaysia juga menghabiskan masa yang paling lama di internet - purata sembilan jam setiap minggu melayari laman sosial berkenaan.

Warga Russia menduduki tangga kedua dengan purata 8.1 jam setiap minggu dan dikuti oleh rakyat Turki dengan 7.7 jam setiap minggu.

Malaysiakini, portal berita utama negara ini, sehingga hari ini mempunyai 72,954 peminat Facebook dengan seksyen bahasa Cina mempunyai 36,022 pengikut dan disusuli oleh laman berbahasa Melayu (22,131) dan bahasa Inggeris (13,901).

sumber: http://malaysiakini.com

KURSUS INTAN SABAH

11 Oktober 2010, Selasa: Hari ini saya mengikuti kursus Multimedia Video Editing di INTAN Sabah sehingga 15 Oktober 2010.

Sunday, October 10, 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

sumber :http://www.bharian.com.my

Saturday, October 9, 2010

Tahniah Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yussin


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yussin yang dianugerahkan gelaran Datuk sempena hari jadi TYT yang baru lalu. Semoga dengan penganugerahan ini akan dapat memberikan semarak usaha dan komitmen dalam pengurusan tertinggi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Tahniah sekali lagi.

Thursday, October 7, 2010

Mantan Pensyarah Maktab Kent


Saya terjumpa mantan pensyarah saya semasa belajar di Maktab Perguruan Kent, Tuaran pada 1993-1995. Encik Fakaruddin Hj. Mamat, dulu sebagai pensyarah Bahasa Melayu yang kini bertugas di SMK Pekan Kudat.

Pertemuan tak disangka tu berlaku semasa dia hendak menghadiri taklimat biasiswa di PPD Kota Marudu, tapi taklimat tu dibatalkan pulak. Sekejap ja dapat jumpa dia.

Tuesday, October 5, 2010

Radio Sabahan Online

http://xat.com/kinabalufm

Penilaian Kendiri Pengurusan Fail PBS Sekolah Rendah PPD Kota Marudu

Tujuan penilaian kendiri ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap pengurusan dan kesediaan guru dan pentadbir serta pihak sekolah dalam mengurus serta melaksanakan Pentaksrian Berasaskan Sekolah ini di sekolah masing-masing.

Sasaran aktiviti ini adalah semua sekolah rendah dalam daerah Kota Marudu terlibat dalam penilaian ini, iaitu sebanyak 33 buah sekolah rendah. Manakala mata pelajaran yang terlibat adalah mengikut peringkat peperiksaan seperti berikut :
UPSR
i. Bahasa Melayu (Ujian Lisan)
ii. Bahasa Inggeris (Ujian Lisan)
iii. Sains (PEKA)
iv. Pendidikan Agama Islam (PAFA)

Pelaksanaan penilaian kendiri ini adalah untuk peperiksaan UPSR bagi sekolah rendah sahaja. Penilaian kendiri ini akan dilakukan oleh Ketua Guru Pentaksir bagi setiap mata pelajaran yang terlibat di semua sekolah rendah. Penolong Kanan 1 merupakan pegawai yang telah dilantik dan diamanahkan oleh jabatan (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) untuk mempastikan pentaksiran ini berjalan dengan lancar di sekolah serta sebagai pegawai penilai penyelarasan markah pelajar di peringkat sekolah.

Tempoh pelaksanaan penilaian ini adalah dari 11 – 31 Oktober 2010.

Instrumen yang digunakan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
i. INSTRUMEN PEMANTAUAN PBS BI_SR
ii. INSTRUMEN PEMANTAUAN PBS BM_SR
iii. INSTRUMEN PEMANTAUAN PBS PAFA_SR
iv. INSTRUMEN PEMANANTAUAN PeKA SAINS_SR

Muat turun instrumen melalui pautan ini (copy paste)
http://free-uploading.com/killq697glm9/InstrumenPemantauanPBS_SR.zip.html

Monday, October 4, 2010

Majlis Hari Raya dan Kesyukuran Sempena Pelancaran CyberSAFE in schools


4 Oktober 2010, Isnin: Saya dan rakan-rakan dari PPD Kota Marudu telah menghadiri majlis ini yang diadakan di Dewan Perdana, SMK Tandek, Kota Marudu. Majlis ini bermula pada pukul 11.30 pagi.
Semua yang terlibat semasa majlis pelancaran ini pada 24 September 2010 yang lalu turut hadir antaranya, pihak Cybersecuriti, penaja-penaja dan jawatankuasa majlis pelancaran tersebut.

KE30


Kereta jenis KE 30 yang telah saya jual pada 2 Oktber 2010 kepada En. Joulan.

Friday, October 1, 2010

Pemakaian tali leher yang betul

· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.

· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.

· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.

· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.

· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.

· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna terang.

· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.

· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.

sumber:www.sabah.gov.my

Thursday, September 30, 2010

Wajah Seorang Nenek


Nenek inilah yang memberikan saya kehidupan, kebahagian dan keamanan selama ini. Nenek inilah yang menjadikan saya seorang yang berguna dan berjaya dalam hidup. Nenek inilah yang menjadikan kami penerus kepada generasi masa kini dan juga pada masa akan datang.
Wajah seorang nenek yang kami sayangi dan kasihi...

Majlis Sambutan Hari Raya SMK Kota Marudu 2


30 Sept. 2010, Khamis: Saya dan rakan-rakan dari PPD Kota Marudu telah menghadiri Majlis sambutan hari raya diadakan di SMK Kota Marudu 2 yang dikelolakan oleh semua warga SMK Kota Marudu 2.Majlis ini turut dihadiri semua pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah yang berhampiran.

Wednesday, September 29, 2010

Otak manusia gerakkan PC

MASA depan perkomputeran kini lebih kepada pembantu peribadi berbanding komputer tradisional dipacu perkakasan yang memenuhi keperluan individu, menasihatkan serta memberi arahan sepanjang hari anda.

Pangarah Makmal dan Ketua Pegawai Teknologi Intel, Justin Rattner, memaklumkan, perkakasan berasaskan 'konteks-sedar' yang membantu kehidupan seharian.

"Perkomputeran konteks-sedar ialah kombinasi antara pengesan perkakasan dan perisian yang membuka peluang baru kepada pembangun untuk mencipta produk generasi masa depan berasaskan platform Intel," katanya.


Menurut Rattner, perkomputeran konteks-sedar berbeza dengan asas aplikasi berasaskan pengesan yang ada sekarang.

"Contohnya, koordinat GPS dan kompas tidak memberitahu telefon pintar maklumat sebenar berkaitan kita.

"Manakala perkomputeran konteks-sedar menggabungkan pengesan maklumat padat seperti di mana kamu tidur dan cuaca di persekitaran yang digabungkan dengan pengesan biasa seperti kalendar atau rangkaian sosial," katanya.

Menurutnya, masa depan perkakasan bergantung kepada kepintaran menilai kehidupan manusia seterusnya memberi keputusan tepat untuk menguruskannya.

"Bayangkan PC menasihatkan anda untuk keluar rumah 10 minit lebih awal berbanding hari sebelumnya selepas menilai keadaan trafik pada hari terbabit? Itulah keadaan perkomputeran konteks-sedar yang menjana manusia pada masa depan," katanya ketika Forum Pembangun Intel 2010 di San Francisco, baru-baru ini.

Beliau berkata, makmalnya kini berusaha keras untuk merealisasikan teknologi masa depan perkomputeran konteks-sedar dengan kerjasama agensi lain yang menjurus ke arah pembangunan inovasi dalam tempoh terdekat.

"Kami kini dalam perancangan membangunkan antaramuka komputer berasaskan otak manusia yang membolehkan manusia menggunakan minda mereka untuk memberi arahan kepada komputer dan perkakasan mudah alih pada masa akan datang," katanya.

Bagi tujuan terbabit, Intel bekerjasama dengan Universiti Carnegie Mellon dan Universiti Pittsburgh untuk penyelidikan aktiviti neural manusia yang mempengaruhi pemikiran kognitif mereka dalam tindak balas.

sumber : http://www.hmetro.com.my

Pindah data laju dengan Kingston

KELAJUAN pemindahan data amat kritikal kepada pengguna memerlukan penghantaran maklumat pantas dari satu peranti ke peranti lain.

Menyedari hakikat itu, peneraju dunia dalam industri memori Kingston Digital Inc mengumumkan penghantaran pertama produk pemacu USB DataTraveler Ultimate Flash Drive format 3.0 yang memindahkan data sepuluh kali ganda lebih laju berbanding 2.0.

DataTraveler Ultimate mempunyai kelajuan membaca 80 megabit sesaat (Mbps) dan menulis pada kelajuan 60Mbps.

Melalui kapasiti storan 16GB, 32GB dan 64GB, ia dikatakan sepadan memindahkan fail besar termasuk muzik, foto dan video.

Ujian dalaman dijalankan Kingston menunjukkan pemindahan data untuk filem dengan masa satu jam 44 minit bersaiz 3.9GB berupaya dipindahkan ke pemacu terbabit dalam masa satu minit 13 saat.

Begitu juga pemindahan data dari DVD selama dua jam 23 minit bersaiz 4.4GB ke pemacu yang memakan masa hanya satu jam 23 saat.

sumber: http://www.hmetro.com.my

Tuesday, September 28, 2010

Penghantaran Laporan PBS BM dan BI Tahun 1 - 5

Laporan seperti di atas hendaklah sampai ke Unit Pentaksiran, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu selewat-lewatnya pada 30 September 2010.

Laporan yang dihantar hendaklah menggunakan borang yang sama sepertimana yang digunakan untuk pelaporan pentaksiran bagi pelajar Tahun 6 yang baru lalu.

Ke SK Sampir, Kota Marudu


28/09/2010, Selasa: Saya bersama En. George Bungas ke Sekolah Kebangsaan Sampir, Kota Marudu untuk menjalankan tugas atas aduan yang telah dikemukakan oleh seorang ibu kepada pelajar di sekolah ini berkaitan dengan peperiksaan UPSR. Sekolah ini terletak di kawasan bukit sejauh 32 km daripada pekan Kota Marudu.

Bilangan pelajar seramai 90 orang dan guru seramai 16 orang sahaja.

Friday, September 24, 2010

Pastikan sumber maklumat daripada Internet tepat, sahih: Muhyiddin

KOTA MARUDU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya memastikan sumber maklumat yang diperolehi menerusi internet datang daripada sumber tepat dan sahih.

Beliau berkata, ia kerana peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh mewujudkan persekitaran negatif, termasuk ancaman ke atas guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kafe Siber di Sekolah peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek di sini, sebentar tadi.

Sumber : http://www.bharian.com.my