SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti
http://www.spr.gov.my/images/stories/berita_semasa/FAKTA_SEBENAR_DI_SEBALIK_DAKWAAN_BURUK_TERHADAP_SPR.pdf
Waktu Solat
Thursday, May 10, 2012
Kerajaan beri keutamaan tingkat mutu capai bertaraf dunia
USAHA meningkatkan kualiti sistem pendidikan supaya bertaraf dunia menjadi keutamaan kerajaan bagi memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan di sesebuah negara perlu terus berkembang untuk kekal bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah selain berupaya memenuhi aspirasi negara. “Sebagai pemimpin hari ini, menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan generasi muda hari ini dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Label:
kpm,
pendidikan,
sekolah
Sunday, May 6, 2012
Riadah PPDKM vs SK Teringai
Saturday, May 5, 2012
Sekolah, PPD dapat autonomi
Kementerian Pelajaran bercadang memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menentukan hala tuju pendidikan menjadi lebih mantap dan bermutu serta setanding dengan negara maju.
Monday, April 30, 2012
Warisan : Kota Klias kekal ke hari ini
Pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyaiketua digelar Sultan Awang Betatar Bonian Mas Kayangan yang memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran Sultan Mohamad Shah pada 1363 Masihi.
Pada tahun itu, Sultan Mohamad Shah melantik anak lelakinya bernama Sultan Awang Koyoh Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu.
Pada tahun itu, Sultan Mohamad Shah melantik anak lelakinya bernama Sultan Awang Koyoh Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu.
Friday, April 20, 2012
Panduan Pelepasan Cukai
Bil.
|
Jenis Potongan Individu
|
Amaun (RM)
|
1
|
Individu dan saudara tanggungan
|
9,000
|
2
|
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
|
5,000 (Terhad)
|
3
|
Peralatan Sokongan Asas
|
5,000 (Terhad)
|
4
|
Individu Kurang Upaya
|
6,000
|
5
|
Yuran Pendidikan (Sendiri)
|
5,000 (Terhad)
|
6
|
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
|
5,000 (Terhad)
|
7
|
Pemeriksaan perubatan penuh
|
500 (Terhad)
|
8
|
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
|
1,000 (Terhad)
|
9
|
Pembelian komputer peribadi untuk individu
|
3,000 (Terhad)
|
10
|
Tabungan bersih dalam skim SSPN
|
3,000 (Terhad)
|
11
|
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
|
300 (Terhad)
|
12
|
Yuran langganan Jalur Lebar
|
500 (Terhad)
|
13
|
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan: (i) pemastautin warganegara Malaysia; (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. Di mana: (a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan (b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: A x B C Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu |
10,000
(Terhad) |
14
|
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
|
3,000 (Terhad)
|
15
|
Suami/Isteri kurang upaya
|
3,500
|
16
|
Anak di bawah umur 18 tahun
|
1,000
|
17
|
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa
|
1,000
|
18
|
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
|
4,000
|
19
|
Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan |
5,000
|
20
|
Insuran nyawa dan KWSP
|
6,000 (Terhad)
|
21
|
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa)
|
1,000 (Terhad)
|
22
|
Insurans pendidikan dan perubatan
|
3,000 (Terhad)
|
sumber: hasil.gov.my
Wednesday, April 18, 2012
Taklimat Ganguan Sex Di Tempat Kerja
Taklimat ini telah diadakan pada 5 April 2012 di Bilik Gerakan, PPD Kota Marudu disampaikan oleh Pn Lily Johari dari Sektor Psikologi dan Kaunseling.
Forum Remaja Peringkat Daerah Kota Maudu
syukur alhamdulillah selesai Perasmian Penutupan Forum Remada Peringkat Daerah Kota Marudu yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Bengkongan pada 18 april 2012 pukul 2.00 petang.
Label:
forum,
kota marudu,
remaja
Friday, April 13, 2012
Riadah Kelab Staf PPDKM
Aktiviti permainan bola sepak antara staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu di padang SK Kota Marudu 2
Label:
kelab,
kota marudu,
staf
Tuesday, April 10, 2012
PIBG SMK Langkon rayu pembinaan bangunan sekolah dipercepatkan
TERIMA KASIH...Solingkoi (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Sanaleh
Yang Dipertuanya (YDP) Ronney Sigoh selepas mesyuarat agung persatuan itu baru-baru ini berkata, tuntutan berkenaan merupakan antara usul dikemukakan ibu bapa pelajar di sini semasa mesyuarat berkenaan.
Sunday, April 1, 2012
Thursday, March 29, 2012
Bahaya duduk lama
Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!
Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.
Mantan Pensyarah
Saya bersyukur kerana berkesempatan menziarah mantan pensyarah (En. Ejos Flavian Siarus) saya sewaktu menjadi pelatih di Maktab Perguruan Kent (Institut Perguruan Kampus Kent, Tuaran) pada 28 Mac 2012 lalu. Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani sesi 1993-1995.
Sekarang beliau telah diserang strok sejak 8 bulan lalu. Namun syukur sekarang sudan boleh menggerakkan anggota badan dan sudah boleh duduk.
Bersama En. Ejos yang sudah boleh duduk di kerusi roda.
Peta lokasi rumah En. Ejos di Kg. Serusup Tuaran
Friday, March 23, 2012
MENURUN SEDIKIT Keputusan SPM Sabah 2011 dengan 13 pelajar terbaik
Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk Sabah menurun sedikit dengan 0.82 peratus kepada 94.05 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2010.
“Meskipun demikian masih mengatasi 2.98 peratus pencapaian kebangsaan iaitu 91.07 peratus,” kata Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin ketika mengumumkan keputusan itu di SMK Majakir di sini kelmarin.
Thursday, March 15, 2012
Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
Label:
ranking,
universiti,
university
Sunday, March 11, 2012
Sistem baharu STPM tarik minat ke tingkatan 6
Sistem baharu pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mampu menarik minat lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian ke tingkatan enam.
Segerakan pelarasan gaji baharu guru
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)






