Waktu Solat

Thursday, November 6, 2008

Tahniah pada rakan guru

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan guru semekta yang telah berjaya melengkapkan soal selidik SSQS.

SETIA GIGIH JAYA

Sunday, November 2, 2008

MAKLUMAN UNTUK RAKAN GURU SEMEKTA

Untuk makluman rakan-rakan guru semekta, saya terlibat dengan pengendalian kursus Peercoaching ICT seperti butiran berikut;

Tarikh: 2-6 Nov 2008
Tempat : Hotel Ceylin, City Mall,KK

Sekiranya ada masalah berkaitan dengan SSQS, sila berhubung dengan Cikgu Majaron atau Cikgu Abdul Malik.

Sekian. TQ

Sunday, October 26, 2008

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi mendapatkan data dan maklumat yang tersebut di atas, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah telah diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM. Pihak pengurusan KPM seterusnya akan membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskinikan semua maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat. Pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan membantu pihak sekolah berhubung bantuan teknikal serta pengisian maklumat.
Sebarang pertanyaan serta bantuan yang tidak mampu dijawab oleh PKG bolehlah diajukan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri masing-masing. Sekiranya perlu, pihak BTP juga boleh membantu.




laman web :





..

Bengkel SSQS 2008


SENARAI GURU YANG TERLIBAT DENGAN BENGKEL SSQS

TARIKH : 28 OKTOBER 2008
TEMPAT : BILIK GERAKAN
MASA : 12.00 TENGAH HARI


1 -7611 -PENTADBIR -PENTADBIR -pengetua
2 -4647 -GURU ICT -PENYELARAS BESTARI -sanaleh
3 -7840 GURU BAHASA INGGERIS 1 GURU -edditha
4 -0189 GURU BAHASA INGGERIS 2 GURU -Siti liah
5 -6468 GURU BAHASA INGGERIS 3 GURU -margaret
6 -8085 GURU BAHASA INGGERIS 4 GURU -joanes
7 -0962 GURU BAHASA INGGERIS 5 GURU -feliciti
8 -2852 GURU BAHASA MALAYSIA 1 GURU -Abdul rahim
9 -3461 GURU BAHASA MALAYSIA 2 GURU -Norlaila
10 -0650 GURU BAHASA MALAYSIA 3 GURU -george
11 -6927 GURU BAHASA MALAYSIA 4 GURU -maldin
12 -6764 GURU BAHASA MALAYSIA 5 GURU -jaymon
13 -0067 GURU MATEMATIK 1 GURU -fauziah
14 -7887 GURU MATEMATIK 2 GURU -patrick
15 -2151 GURU MATEMATIK 3 GURU -Abdul malik
16 -2013 GURU MATEMATIK 4 GURU -jaffreson
17 -6026 GURU MATEMATIK 5 GURU -molison
18 -6248 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 1 GURU -masyitah
19 -7796 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 2 GURU -yusliza
20 -1344 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 3 GURU -robert
21 -4853 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 4 GURU -joda
22 -1752 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 5 GURU -lucy
23 -6213 GURU SAINS 1 GURU -rujinah
24 -3598 GURU SAINS 2 GURU -faridah
25 -9111 GURU SAINS 3 GURU -grace
26 -3360 GURU SAINS 4 GURU -majaron
27 -5537 GURU SAINS 5 GURU -Yap
28 -8693 GURU SEJARAH 1 GURU -keple
29 -9751 GURU SEJARAH 2 GURU -harisan
30 -6967 GURU SEJARAH 3 GURU -zulaffandi
31 -3505 GURU SEJARAH 4 GURU -latifah
32 -7399 GURU SEJARAH 5 GURU -norbon


33 -0320 MURID BAHASA INGGERIS 1 MURID -edditha
34 -1635 MURID BAHASA INGGERIS 2 MURID -Siti liah
35 -8512 MURID BAHASA INGGERIS 3 MURID -margaret
36 -6293 MURID BAHASA INGGERIS 4 MURID -joanes
37 -8567 MURID BAHASA INGGERIS 5 MURID -feliciti
38 -7226 MURID BAHASA MALAYSIA 1 MURID -Abdul rahim
39 -5676 MURID BAHASA MALAYSIA 2 MURID -Norlaila
40 -1401 MURID BAHASA MALAYSIA 3 MURID -george
41 -2207 MURID BAHASA MALAYSIA 4 MURID -maldin
42 -5534 MURID BAHASA MALAYSIA 5 MURID -jaymon
43 -2173 MURID MATEMATIK 1 MURID -fauziah
44 -8521 MURID MATEMATIK 2 MURID -patrick
45 -3790 MURID MATEMATIK 3 MURID -Abdul malik
46 -4666 MURID MATEMATIK 4 MURID -jaffreson
47 -6674 MURID MATEMATIK 5 MURID -molison
48 -5131 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 1 MURID -masyitah
49 -9971 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 2 MURID -yusliza
50 -9451 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 3 MURID -robert
51 -5558 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 4 MURID -joda
52 -9211 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 5 MURID -lucy
53 -9052 MURID SAINS 1 MURID -rujinah
54 -4763 MURID SAINS 2 MURID -faridah
55 -7677 MURID SAINS 3 MURID -grace
56 -8529 MURID SAINS 4 MURID -majaron
57 -4932 MURID SAINS 5 MURID -Yap
58 -9099 MURID SEJARAH 1 MURID -keple
59 -4105 MURID SEJARAH 2 MURID -harisan
60 -7222 MURID SEJARAH 3 MURID -zulaffandi
61 -0689 MURID SEJARAH 4 MURID -latifah
62 -6124 MURID SEJARAH 5 MURID -norbon


KEHADIRAN GURU YANG TERSENARAI ADALAH WAJIB.
Harap maklum.

Laman web ssqs http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

..

Hapus Jejak Ber-internet

Windows Vista mempunyai fungsi yang secara automatik melengkapi alamat laman web yang sedang kita taip. Informasi alamat laman web ini dapat dilihat dari file bernama index.bat yang mempunyai alamat-alamat web yang pernah kita kunjungi.
Bagi orang yang sensitif terhadap masalah privasi, fungsi ini boleh menjadi masalah. Dari senarai ini, orang lain boleh mengetahui laman web yang pernah anda kunjungi. Untuk mengatasinya, anda boleh menghapuskan file index.dat.
Menghapus file index.dat tidak semudah menghapus file lain. Sebab, file ini digunakan sepanjang sesi sistem dan file yang sedang digunapakai tidak boleh dihapuskan.
Jika anda ingin index.dat dinyahkan dari sistem anda, lakukan langkah-langkah ini:
1. Restart komputer anda dan tekan butang [F8] di keyboard beberapa kali di awal-awal boot untuk menampilkan menu menuju Safe mode.
2. Pilih [Safe Mode with Command Prompt], dan tekan [Enter]. Windows akan melanjutkan loading Windows.
3. Semasa muncul tetingkap login, masukkan nama pengguna komputer tersebut. Akaun yang digunakan ini harus administrator.
4. Setelah tetingkap Command Prompt aktif, anda berada di folder C:-Users-user name anda. Masuklah ke C:-Users-User name Anda-AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies dengan mennaipn perintah “cd AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies” diikuti dengan menekan [Enter].
5. Taipkan perintah “del index.dat” pada Command Prompt. Tekan [Enter].
6. Restart Windows.
7. Sekembalinya ke Windows, anda akan kembali melihat file index.dat. Namun file itu kosong—Windows yang membuat file itu.

sumber & berita lain : http://www.sabahdaily.com/2008/10/hapus-jejak-ber-internet/

Thursday, October 16, 2008

Status Cybercenter tingkat kemudahan ICT

SELEPAS pengiktirafan beberapa Cybercentre (pusat siber) sebelum ini, Mid Valley City merupakan penerima terbaru Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diisytiharkan baru-baru ini.Pengiktirafan tersebut merupakan langkah strategik kerajaan, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan juga IGB Corporation Berhad (IGB) bagi menawarkan persekitaran yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur ICT khusus untuk kegunaan orang ramai dan juga syarikat berstatus MSC Malaysia.
Selari dengan agenda kerajaan, pemberian status tersebut mengembangkan lagi spektrum ICT bagi kawasan Lembah Klang sekali gus menjadikan ia sebagai bandar metropolitan yang menjadi pusat untuk para pekerja berpengetahuan (K-workers) serta perniagaan untuk bertapak.
Penganugerahan tersebut secara tidak langsung menambah bilangan pusat siber keseluruhannya kepada 15 di seluruh negara setakat ini.
Sejajar dengan pengiktirafan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, mengucapkan tahniah kepada IGB kerana berjaya mengemudikan perkembangan pembangunan Mid Valley City untuk memenuhi kriteria sebagai pusat siber berstatus MSC Malaysia selain menyokong perkembangan industri ICT tempatan.
''Mid Valley City berada dalam lokasi strategik yang memiliki permintaan tinggi oleh pengguna ICT termasuk dari kawasan Bangsar dan Petaling Jaya.''Sehubungan itu, ia mampu menawarkan persekitaran berkualiti untuk membolehkan syarikat berstatus MSC beroperasi di Mid Valley City,'' katanya ketika majlis pengiktirafan Mid Valley City sebagai Pusat Siber (Cybercentre) MSC Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi penganugerahan tersebut, Mid Valley City kini menawarkan 300,000 kaki persegi kawasan pejabat kepada syarikat berstatus MSC untuk beroperasi di situ.
Sebagai tambahan, pusat siber terbaru itu turut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang terbaik termasuk bekalan elektrik yang tinggi, sambungan fiber optik, perkhidmatan telekomunikasi terkini, sistem keselamatan, Pusat Data Internet khas dan juga Pusat Maklumat yang sudah mula beroperasi.Di samping itu, orang ramai turut berpeluang untuk menggunakan kemudahan sambungan WiFi berkelajuan tinggi yang tersedia disekeliling kawasan berkenaan.Pengiktirafan Mid Valley City sebagai pusat siber menjadikan ia sebagai edisi terbaru kepada kewujudan pusat siber yang terdapat di Lembah Klang seperti di Pusat Membeli-Belah KLCC, Menara TM, Taman Teknologi Park Malaysia, KL Sentral dan juga Bandar Utama.
Turut hadir ketika majlis penganugerahan itu ialah Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Padillah Yusof, Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengarah IGB Corporation Bhd., Tan Lei Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley City Sdn. Bhd., Anthony Barragry.

Sumber:

UTUSAN MALAYSIA
16 OKTOBER 2008

Capaian jalur lebar wayarles dengan satu klik

TEKNOLOGI capaian internet dan akses data wayarles bagi jarak jauh merupakan perkhidmatan yang memberi banyak kemudahan kepada pengguna.
Untuk tujuan itu, Green Packet Bhd. (Green Packet) telah melancarkan Peralatan Premis Pelanggan WiMAX (WiMAX CPE) sebagai penyelesaian komunikasi secara bersepadu di peringkat antarabangsa melalui pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Dengan pelancaran tersebut, Green Packet menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam generasi jalur lebar wayarles dan penyelesaian rangkaian mobiliti serta menjadi syarikat ICT pertama yang membekalkan peralatan WiMAX atau Saling Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Gelombang Mikro.Menurut Pengarah Urusan Green Packet, Kelvin Lee, kejayaan tersebut dicapai melalui pembangunan strategi bersama rakan niaganya dalam penyelesaian aplikasi WiMAX dari banyak negara di Asia Tenggara, China, Asia Timur, Asia Barat, Afrika dan Amerika Selatan.
"Menerusi perkhidmatan ini, kami berharap agar syarikat telekomunikasi (telco), pembekal perkhidmatan internet (ISPs) dan pembuat peralatan jalur lebar akan mendapat manfaat bersama,'' katanya.
Pelancaran WiMAX CPE itu termasuk modem luar dan dalam serta beberapa produk komunikasi dan interaksi yang terlibat seperti perisian dan perkhidmatan nilai tambah.
Kesemua produk tersebut direka untuk memenuhi kehendak pengguna, pembuat peralatan jalur lebar, Telcos dan ISPs.
Ia menawarkan platform yang fleksibel untuk memberi pengguna pengalaman aplikasi WiMAX yang menarik.
"Produk Green Packet menjanjikan pengguna kemudahan mengakses aplikasi jalur lebar tanpa wayar pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada.
"Dengan hanya satu klik mudah, pengguna akan dapat mengakses rangkaian seperti WiFi, GPRS, 3G dan juga WiMAX,'' jelasnya.
Menurut Lee lagi, aplikasi tersebut juga bakal memberi faedah kepada rakan niaganya menerusi integrasi rangkaian WiMAX yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Produk tersebut juga sebenarnya telah diuji keupayaannya oleh Packet One Networks (P1) yang merupakan pembekal komersial pertama perkhidmatan WiMAX di Malaysia.

Sumber:
UTUSAN MALAYSIA
16 Oktober 2008 / 16 Syawal 1429

by: sardotcom

Monday, September 22, 2008

MAKLUMAT TERKINI VIRUS

Dapatkanlah maklumat jenis-jenis virus terkini yang berkemungkinan boleh menyerang komputer anda yang sering menggunakan internet.

Kunjungilah laman web trend micro di http://www.trendmicro.com/ atau http://www.sabah.net.my/virus/default.asp .

Saturday, September 20, 2008

Kesan Free WiFi kepada Penduduk.

UTUSAN MALAYSIA (JUMAAT)

PULAU PINANG 19 Sept. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri menghentikan projek Penang Free WiFi kerana dipercayai berpotensi tinggi untuk mengancam kesihatan orang awam.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, memandangkan projek itu akan menghasilkan kabus WiFi meliputi seluruh negeri, maka tidak ada penduduk di Pulau Pinang yang akan terlepas daripada kesan negatifnya.
''Projek ini juga akan menyaksikan peningkatan menara telekomunikasi WiFi sedangkan menara yang sedia ada sudah pun menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk berhampiran.
''Malah teknologi WiFi akan berfungsi hampir menyamai penggunaan telefon bimbit yang beroperasi di bawah spektrum gelombang antara 900 Mhz dan 2.4Ghz," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng melancarkan Penang Free WiFi bagi memberikan perkhidmatan tanpa wayar percuma kepada penduduk di Pulau Pinang.
S.M. Mohamed berkata, pakar genetik biofizik terkenal, Dr. Mae Wan Ho sebelum ini pernah menyatakan bahawa kesan kesihatan akibat gelombang tanpa wayar hampir menyamai dan hampir teruk seperti merokok.
''Terdapat bukti yang menunjukkan orang ramai menderita akibat simptom kemurungan apabila terdedah kepada radiasi elektro magnetik dan keadaan itu dikenali sebagai elektro sensitif," katanya.
Selain itu, S.M. Mohamed berkata, Pengerusi Program Penyelidikan Kesihatan Telekomunikasi Telefon Bimbit Britain, Profesor Lawrie Challis juga telah memberi amaran bahawa kesan WiFi ke atas kanak-kanak juga perlu dipantau dengan serius.
''Tidak seperti merokok, pendedahan kepada gelombang yang menghasilkan radiasi elektromagnet adalah sukar untuk dielakkan sekiranya WiFi meliputi seluruh Pulau Pinang," katanya.
S.M. Mohamed turut memberi contoh langkah yang diambil kerajaan tempatan Salzburg, Austria yang telah memberikan amaran kepada pihak sekolah untuk tidak memasang WiFi manakala di Britain pula kebanyakan sekolahnya telah menghentikan talian berkenaan.
''WiFi di Universiti LakeHead di Ontorio, Kanada juga telah dialihkan kerana Naib Canselornya mahukan bukti yang kukuh menunjukkan teknologi tersebut selamat," ujarnya.
Justeru dalam hal ini, katanya, CAP mencadangkan supaya projek tersebut dihentikan sehingga kerajaan negeri boleh membuktikan perkhidmatan itu selamat digunakan.

Monday, September 15, 2008

LATIHAN PENGENDALIAN PERALATAN ICT DALAM P&P

Latihan ini akan diadakan kepada guru-guru di bawah Gabungan Kota Marudu seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 17 - 24 Sept & 20 - 22 Okt 2008
Masa : 8.00 - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SMK Tandek.

Sehubungan dengan itu, kepada guru-guru SMK Tandek yang hendak melaksanakan P&P menggunakan makmal tersebut hendaklah mencari alternatif lain untuk tujuan tersebut. Ini termasuklah pembelajaran ICTL dan ICT.

Sekian harap maklum.

Wednesday, August 20, 2008

FORMAT ICT WRITTEN ASSESMENT

Pelajar bolehlah muat-turun fail templat written assesment bagi tajuk Open Sources Operating System dan juga Networking.

klik pautan ini (kalau tak dapat, copy alamat ni kemudian paste pada ruang address di web browser)
http://www.datafilehost.com/download-e5e7c17e.html

SELAMAT HARI MERDEKA 2008

Kepada semua rakyat MALAYSIA, selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2008. Isilah ruang merdeka itu dengan sumbangan yang boleh meneruskan kemerdekaan kita sehingga benar-benar merdeka dalam hakikat yang sebenarnya.

MERDEKA..MERDEKA!! MERDEKA!!

Wednesday, July 30, 2008

PERISIAN MENGENALPASTI KOMPONEN PC

Perisian ini adalah untuk memudahkan pengguna mengetahui ciri dan jenis komponen yang terdapat pada sesebuah komputer. Perisian ini tidak perlu dipasang pada komputer. Ia berfungsi secara langsung apabila anda mengklik ikon fail ini sama ada diletakkan dalam komputer atau storan USB.

Cubalah ketahui rahsia komputer anda sendiri dengan mendapatkan perisian ini pada url berikut http://www.datafilehost.com/download-26070b5a.html


Selamat mencuba..

THUMBDRIVE ANDA MUNGKIN DIANCAM MALWARE

Malware boleh merebak ke komputer pengguna melalui storan USB dan menjejaskan prestasi komputer pengguna. Fail "autorun.inf" selalunya diperalatkan oleh malware ini untuk mengaktifkan dirinya apabila pengguna membuka pemacu USB tersebut dengan cara mengklik ikonnya Tanpa disedar oleh pengguna, mereka telah melaksanakan arahan 'perintah yang merbahaya' yang tersimpan atau dilampirkan dalam fail "autorun" tadi.

Pengguna boleh mengelakkan atau mencegah jangkitan ini dari storan USB dengan menggunakan salah satu perisian yang boleh berfungsi mencegah malware ini seperti Ninja Pendisk. Ia merupakan satu perisian percuma dan beroperasi secara senyap di bahagian System Tray untuk membuat imbasan.

Selain dari itu, ia juga berfungsi mematikan fungsi fail "autorun.inf" yang berisiko, sekaligus mendedahkan kehadiran fail melware yang memperalatkannya.

Perisian ini boleh pengguna download menerusi laman web berikut;

http://nunobrito.eu/ninja/

http://www.softpedia.com


*********

Thursday, July 24, 2008

TENGOK TV ONLINE

Anda nak tengok tv secara online?

Lawatlah laman web ini
http://um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=1
http://freecomputertv.com/


sardotcom@yahoo.com

ISTILAH @ TERMINOLOGI IT

Bahasa atau perkataan yang digunakan dalam komputer adalah dipanggil sebagai terminologi atau istilah. Oleh itu untuk memudahkan kita untuk mengetahui terminologi ini dalam Bahasa Malaysia ada perkhidmatan yang disediakan oleh sebuah agensi kerjaaan iaitu Unit Kemajuan IT Negeri Sabah.

Kunjungilah laman web ini http://www.sabah.edu.my/istilah/istilah01br.asp



sardotcom@yahoo.com

serangan virus, malware dan spyware

Internet pada masa kini merupakan satu media yang amat penting sebagai penyebaran atau mendapatkan maklumat dan berita semasa dan terkini. Semua maklumat yang terdapat dalam internet atau cerita serta gambar dan video tidaklah seharusnya diterima 100% betul dan ini memerlukan pertimbangan yang sewajarnya daripada pencari dan pembaca maklumat tersebut untuk menentukannya.

Keseronokan untuk mendapatkan maklumat daripada laman-laman web atau blog merupakan satu cara komputer pengguna menerima ancaman dan serangan daripada virus, malware dan juga spyware. Ini berlaku disebabkan ada sesetengah laman web atau blog itu telah diserang oleh virus dan lainnya, dan apabila kita membuka laman atau blog ini secara tidak langsung pengguna telah memuat-turun anasir ini ke dalam komputer mereka. Ini kerana semasa kita membuka laman web tersebut, semua kandungan yang terdapat dalam laman web itu akan disimpan sementara ke dalam komputer pengguna.

Begitulah juga dengan kegemaran pengguna memuat-turun gambar, lagu, videof dan fail daripada internet merupakan satu cara komputer pengguna mendapat serangan anasir jahat ini.

Oleh yang demikian, pengguna haruslah bersedia melakukan apa sahaja dan menerima hakikat bahawa komputer pengguna sentiasa terdedah kepada serangan virus, malware dan spyware dan lain-lainnya. Antaranya, pengguna kenalah mempastikan antivirus yang terdapat pada komputer pengguna sentiasa update (kalau guna yg pirate itulah padahnya, gunalah yang original ...) .

Kalau sudah tidak dapat ditangani masalah serangan ini,bersedialah untuk format komputer tersebut.

Kesimpulannya, berhati-hati apabila melawat laman web atau blog yang diingini dan ketika memuat-turun fail yang diingini.


sardotcom@yahoo.com

Wednesday, July 23, 2008

ADAKAH KOMPUTER ANDA DI SERANG MALWARE?

Jika anda mendapati seluruh sistem windows komputer anda telah bertukar dan segala komponen PC anda terganggu, maka PC anda telah diserang oleh malware. Malware akan mengganggu dan mengubahsuai dengan drastik sistem registry windows dan segala komponen tidak dapat dicam oleh sistem komputer.

Salah satu tanda PC anda diserang malware adalah seperti berikut;

Registered to-
SARDOTCOM
ACER Aspire 5571

*******_*********_***

bertukar kepada
JAMBANMUV2
DIE!DIE!DIE!
*******_*********_***

Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan ComboFix, SDFix dan Virus Remover Tool for Win32/Alman daripada AVG.

Gunakan ComboFix terlebih dahulu, kemudian SDFix dan barulah Virus Remover Tool.

Download perisan ini daripada laman web yang disediakan.

ComboFix – http://download.bleepingcomputer.com/sUBs/Combofix.exe
SDFix - http://downloads.andymanchesta.com/RemovalTools/SDFix.exe
Virus Remover Tool- http://free.grisoft.com/doc/29223/us/frt/0/ndi/67799



Selamat mencuba……


sardotcom@yahoo.com

PERISIAN MENYELENGGARA DAN MEMULIHKAN PRESTASI PC

Glary utilities berfungsi sebagi penyelenggaran dan mampu memlihkan prestasi PC yang lembap bekerja, di samaping itu ia juga mampu berfungsi bagi menjamin privasi PC anda.

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh perisian ini adalah, berfungsi untuk membersihkan fail sampah atau jejak internet (cache memory), boleh membuang input registry yang tidak sah, serta boleh mengurus dan memadam ‘komponen tambahan’ pelayar web. Fungsi lainnya adalah, ia mampu mengoptimakan memori dan membuang pintasan windows yang terputus.

Download perisian ini di laman web berikut;

http://www.glarysoft.com
http://www.softpedia.com


**************
sardotcom@yahoo.com

MENUKAR VIDEO KE BENTUK IMEJ

Bagi memudahkan anda mendapatkan imej yang difikirkan perlu daripada satu tayangan video anda boleh menggunakan beberapa perisian yang dibina khas dan boleh digunakan secara percuma. Antara perisian tersebut adalah SMPlayer.

Perisian ini boleh memainkan pelbagai audio atau video. Selain sesuai memainkan DVD atau aliran video dari Internet, ia juga turut dilengkapi dengan fungsi sampingan seperti memotong(snapshot) paparan video menjadi imej, menyokong sari kata dan menyimpan ketetapan video. Ia juga boleh mengekstrak babak video (menjadi format JPEG) dengan lebih mudah dan pantas.

Download perisian tersebut di laman web berikut;

http://smplayer.sourceforge.net
http://www.softpedia.com


**************
sardotcom@yahoo.com