Waktu Solat

Thursday, March 29, 2012

Bahaya duduk lama


Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!

Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.

Mantan Pensyarah

Saya bersyukur kerana berkesempatan menziarah mantan pensyarah (En. Ejos Flavian Siarus) saya sewaktu menjadi pelatih di Maktab Perguruan Kent (Institut Perguruan Kampus Kent, Tuaran) pada 28 Mac 2012 lalu. Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani sesi 1993-1995.

Sekarang beliau telah diserang strok sejak 8 bulan lalu. Namun syukur sekarang sudan boleh menggerakkan anggota badan dan sudah boleh duduk.
Bersama En. Ejos yang sudah boleh duduk di kerusi roda.

Peta lokasi rumah En. Ejos di Kg. Serusup Tuaran

Friday, March 23, 2012

MENURUN SEDIKIT Keputusan SPM Sabah 2011 dengan 13 pelajar terbaik


Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk Sabah menurun sedikit dengan 0.82 peratus kepada 94.05 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2010.

“Meskipun demikian masih mengatasi 2.98 peratus pencapaian kebangsaan iaitu 91.07 peratus,” kata Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin ketika mengumumkan keputusan itu di SMK Majakir di sini kelmarin.

Thursday, March 15, 2012

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia


Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. 

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?

Rumah Terbalik

Kunjungan ke Rumah Terbalik, Kg. Talibong, Tamparuli pada 13 Mac 2012









Sunday, March 11, 2012

Sistem baharu STPM tarik minat ke tingkatan 6

Sistem baharu pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mampu menarik minat lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian ke tingkatan enam.

Segerakan pelarasan gaji baharu guru

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut.

Tuesday, February 28, 2012

Telefon pintar jadi alat mengintip



Syarikat-syarikat Internet didakwa menggunakan aplikasi telefon pintar yang diberikan secara percuma, untuk mengintip mesej, memintas panggilan dan menjejaki lokasi pengguna.

Keadaan itu berlaku selepas pengguna menerima terma dan syarat yang jarang dibaca oleh mereka ketika memuat turun aplikasi menyebabkan pembangun aplikasi itu diberi kebenaran untuk mengambil maklumat peribadi.

Takwim Peperiksaan 2012


TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012
UPSR
Ujian Bertulis11- 13 September 2012 (Selasa hingga Khamis)
PMR
Ujian Bertulis9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)
15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)
SPM
Amali

Ujian Bertulis


5 November - 6 Disember 2012 

STPMUjian Lisan
Ujian Bertulis


19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 hari bermula 30 Januari 2012

5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januri 2012 [baharu]
STAM
Ujian Lisan9-12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis




12 - 13 Jun 2012 (Isnin hingga Selasa)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Anda juga boleh melayariLaman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysiauntuk maklumat lanjut.

??????


Monday, February 27, 2012

Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia


Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua tidak sesekali meminta kerajaan Malaysia, menurunkan harga petrol serendah  yang ditawarkan Venezuela kepada rakyatnya. Cukup sekadar harga petrol yang dikenakan tidak menekan dan menyusahkan rakyat bawah. CUKUP!! Sebabnya implikasi dan kesan rantaian yang cukup besar kepada ekonomi Malaysia apabila harga petrol dinaikkan tanpa ada kajian yang terperinci.

Bersama Datuk Masidi Manjun Rakan FB


Perasmi dan AJK MSSD Kota Marudu 2012

Semua Ahli Jawatankuasa MSSD Kota Marudu 2012 bergambar bersama Perasmi, 
YB Datuk Masidi Manjun
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri
Merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah

Kejohanan MSSD Kota Marudu 2012











Bersama Rakan Dari KPM







Thursday, February 23, 2012

Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500

Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Tuesday, February 21, 2012

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!!

Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….

Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Saturday, February 18, 2012

Guru tidak akan naik pangkat secara automatik


Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

Masyarakat Bisaya


Foto
NAMA mereka bukanlah asing untuk diperkatakan tetapi sejarah dan cara hidup mereka di satu lokasi 90 kilometer (km) di selatan Kota Kinabalu, Sabah, sememangnya menarik untuk dikongsi bersama.
Dalam kelembutan bahasa mereka, sebenarnya tersimpan banyak khazanah misteri yang layak diungkapkan mengenai masyarakat Bisaya yang juga satu etnik Islam dengan majoritinya bertumpu di daerah Beaufort, Sabah. Antara keunikan mereka yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina. Pendek kata, mereka memang cantik.
Sebelum penulis mendekati mereka, rakan-rakan di Kota Kinabalu sudah menitipkan pesanan. Ada gurauan dan tidak kurang juga yang kedengaran serius.