Waktu Solat

Monday, July 16, 2012

Mini Seminar Penaakulan Data

Satu mini seminar Penaakulan Data Dalam Penyelidikan Pendidikan telah dianjurkan oleh pelajar pascasiswazah jurusan Sarjana Pengurusan Pendidikan, Kumpulan 2 sessi 2011/2012, Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 15 Julai 2012  di Beringgis Beach Resort, Papar .

Mini seminar ini dihadiri oleh semarai 30 orang peserta dan sebanyak  9 kertas kerja telah dibentangkan yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang. Mini seminar tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Yusof Abdullah, Dekan Sekolah Pendidikan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Saturday, July 14, 2012

Etika Dalam Penyelidikan


Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah:

Thursday, July 12, 2012

Sambutan Hari Guru 2012 dan APC Daerah Kota Marudu

Sambutan Hari Guru Tahun 2012 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 telah di adakan di Dewan Komuniti, Kota Marudu pada 12 Julai 2012 bersamaan hari Khamis. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Maximus J. Ongkili, Menteri Sains dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu.

Friday, July 6, 2012

15,000 guru ada sijil, diploma patut naik gred


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kira-kira 15,000 guru lepasan sijil dan diploma perguruan yang berkhidmat lebih 35 tahun dipertimbangkan untuk kenaikan ke gred DG41. Ia dianggap wajar berdasarkan pengalaman dan jumlah tahun mereka berkhidmat sebagai menghargai jasa guru berkenaan. 

Thursday, July 5, 2012

Dinamika Pendidikan : Pasukan



Gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan beberapa kelompok individu yang menjadikan pencapaian matlamat pasukan sebagai satu keutamaan terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai semua ahli yang terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara kolaboratif mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen               terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar.

Kaedah Analisis Data Kualitatif



Bagi penganalisisan kualitatif, data diperiksa untuk menentukan sama adaianya sesuai untuk kategori yang dikehendaki. Melalui proses ini, data akan ditapisdan kemudiannya pembuangan bagi data-data yang tidak berkaitan dilakukan untuk memudahkan analisis kajian. Di dalam kajian ini, soalan temubual yang dijalankanadalah dalam bentuk soalan semi-struktur. Penggunaan pita rakaman audio dancatatan nota tangan digunakan untuk merekod maklum balas daripada responden.Semasa sesi temubual dijalankan, adalah penting bagi pengkaji untuk mendengar dengan jelas segala butiran yang disampaikan oleh responden dan menulis kembalisetiap pita rakaman sebaik sahaja temubual selesai dijalankan. Ini bertujuanmembolehkan pengkaji mengingati segala maklumat yang di berikan kerana ianyamasih segar dalam ingatan pengkaji.Data yang dikumpulkan daripada sesi temubual yang telah dijalankan ke atas pengurus besar, pengurus, eksekutif dan kerani ini perlu diterjemahkan, diinterpretasi dan dianalisis. Kajian ini menggunakan soalan temubual, dokumen dan pemerhatian serta soal selidik sebagai alat pengumpulan data kajian. Semua maklumat yang diperolehi akan ditrigulasikan dengan nota yang diambil semasatemubual, pemerhatian dan pencarian dokumen.

Persahabatan Futsal antara PPD Kota Marudu dan Jabatan Tanah

Perlawanan persahabatan futsan antara staf PPD Kota Marudu dengan Jabatan Tanah Kota Marudu telah diadakan pada 4 Julai 2012 di gelanggang futsal, Dewan Komuniti Kota Marudu.

Tuesday, July 3, 2012

Riadah Sepak Takraw

Ahli kelab staf PPD Kota Marudu telah menjalankan aktiviti riadah sepak takraw sesama ahli kelab yang dijalankan di gelanggang SK Kota Marudu 2

Kem Motivasi UPSR SK Apin-Apin, Keningau

Satu program motivasi UPSR telah dijalankan di SK Apin-apin, Keningau oleh pelajar-pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan, Kumpulan 2, sesi 2011-2013 pada 30 Jun 2012.

Riadah Futsal 4

22 Jun 2012

Wednesday, June 27, 2012

Ranking sekolah ikut SKPM supaya lebih tepat, objektif

Ranking sekolah bagi 2013 akan menggunapakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) bertujuan memastikan penilaian prestasi sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan objektif.

Saturday, June 23, 2012

Riadah Futsal

Ahli kelab staf menjalankan aktiviti permainan futsal antara sesama ahli di Dewan Komuniti, Kota Marudu.

Riadah Kelab Staf

Ahli kelab staf PPD Kota Marudu telah melakukan riadah sepak takraw pada 19 Jun 2012 di gelanggang sepak takraw SK Kota Marudu 2.

Tuesday, June 12, 2012

5,500 guru interim diserap


Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Wednesday, June 6, 2012

Virus Flame curi rekaan, fail PDF

Virus komputer misteri yang ditemui bulan lalu dan melancarkan serangan siber secara besar-besaran terhadap Iran bertujuan mencuri rekaan dan fail PDF daripada mangsanya, kata sebuah firma di Russia.

Friday, May 18, 2012

Bibliografi


Abu Bakar Nordin. 1991. Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdul Latif Abdul Kadir dan Maimunah Ismail, 1997.Hubungan Keberkesanan Latihan dengan Prestasi Kerja. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol 5(2): 73-82.

Bibliografi


Arden N.F. 1967 Educational Psychology Second Edition:New York.McGraw Hill, Inc.
Atan Long . 1978 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. DBP.

Bibliografi


Aaker & David A. 2001. Strategic Market Management. New York : John Wiley & Sons.
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Bibliografi


Ab Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Selangor : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002. Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial, Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei: Hari Lahir Ku

Terima kasih kepada isteriku kerana menyediakan hadiah kek hari lahir.