Waktu Solat

Sunday, February 27, 2011

Masalah Tiada Paparan Login ID

Berikut merupakan balasan email yang telah saya kemukakan kepada pentadbir portal SKPM berikutan ketiadaan paparan di bahagian Login ID sejak petang 26 Feb 2011 sehingga lewat malam.
............
Terima kasih menghubungi kami.  Masalah kesesakan pada server disebabkan semua membuat pengisian disaat akhir.  Untuk makluman sistem tidak akan ditutup sehingga semua sekolah membuat pengesahan.  Tarikh akhir membuat pengesahan online ialah 11 Mac. Sekolah masih boleh pengisian selepas 27 Feb 2011.


Sekian harap maklum.


Noor Lela Omar
Penolong Pengarah
Unit Data & Teknologi Maklumat
Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia

SKPM Online

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah rendah daerah Kota Marudu yang berusaha sedaya upaya untuk mengisi SKPM Online setakat pukul 9.00 pagi 27 Februari 2011. Sekolah yang telah berjaya melengkapkan pengisian tersebut adalah seperti berikut ;
  1. SJK(C) KHOI MING
  2. SK MAGANDAI
  3. SK KOTA MARUDU II
  4. SK BINTASAN
  5. SK LAMPADA
  6. SK MANGIN
  7. SK TUMUNDA SALIMANDUT
  8. SK PANAITAN
  9. SK MANGARIS
  10. SK SUNSUI
  11. SK TIMBANG BATU
  12. SK TIGAMAN
  13. SK TARITIPAN
  14. SK TANDEK
  15. SK POPOK
  16. SK BENGKONGAN

Sekolah yang belum selesai mengisi, teruskan usaha untuk mengisi selewat-lewatnya pada 12.00 tengah malam pada 27 Februari 2011.

Saturday, February 26, 2011

Baik Buruk Minyak Masak

Tanpa disangkal, kita menggunakan minyak masak setiap hari dalam kebanyakan jenis masakan. Goreng, kari, kurma, sup, asam pedas, masak kicap, sebut sahaja apa jenisnya, bahan asasnya adalah minyak. Itu belum dikira lagi kuih muih seperti karipap, donat, pisang goreng dan bermacam lagi yang menggunakan minyak yang banyak ketika dimasak.

Persoalan utama, benarkah minyak masak hanya mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan?

Saiz Badan Jejas Sperma

TIDAK subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri.Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.

Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan di kalangan orang ramai.

Kursus Kenegaraan Dimansuh

Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.

Khidmat Guaman Percuma Bagi Gaji Kurang RM2,000

Warga negara berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang menghadapi perbicaraan mahkamah kini boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma apabila Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), dilancarkan semalam.
Bantuan guaman itu termasuk pesalah kanak-kanak, tertuduh Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan tertuduh bagi jenayah syariah yang sebelum ini disediakan Majlis Peguam menerusi Pusat Bantuan Guaman.

Bank Negara Naik Premium Insurans Kenderaan

Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah. 

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.
“Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam.

Kunjungan Ke Melaka Jun 2010



Pahlawan Sigunting

Panglima si-Gunting pahlawan dari suku kaum Dusun dan dilahirkan di Mumus (Serinsim) dalam tahun 1869. Dalam usia lebih kurang 36 tahun, Si-Gunting telah menjadi Wira dalam pemberontakan menentang penjajah Inggeris. Beliau dan orang-orangnya telah melancarkan Perang Gerila ke atas Inggeris dan berjaya memusnahkan balai polis Inggeris di Serinsim.

Pihak Inggeris mengisytiharkan perang yang dikenali sebagai Perang Si-Gunting sekitar tahun 1894-1901. Selepas 7 tahun berperang akhirnya kedua-dua pihak berdamai dan menandatangani perjanjian daman.

sumber:pejabat daerah kota marudu

Makam Sharif Osman, Kota Marudu

Sejarah Kota Marudu (Bandau) telah bermula pada kurun ke-18 berdasarkan fakta sejarah berikut:-

"Tercetusnya pemberontakan Shariff Osman terhadap Inggeris di Teluk. Shariff Osman merupakan seorang pahlawan Sabah yang telah berkubuh atau berpusat di Teluk yang bernama "Teluk Marudu". Walau bagaimanapun Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya akhirnya telah ditewaskan oleh Angkatan Perang Raja Sarawak iaitu 'James Brooke' dengan bantuan Angkatan Laut DiRaja British HMS IRIS, yang diketuai oleh Kapten Mundy. Peristiwa ini berlaku pada 19.08.1845. Sehingga hari ini, kesan kubu dan makam Lagenda Shariff Osman masih ada di Kampung Marudu"

Sumber; pejabat daerah kota marudu

Asal Usul Nama Kota Marudu

Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

Friday, February 25, 2011

SKPM Versi 2010

Semua sekolah dikehendaki mengisi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) versi 2010 selewat-lewatnya 27 Februari 2011. SKPM perlu diisi secara online di alamat berikut http://www.moe.gov.my/skpm/

Kerajaan Disaran Utamakan Rakyat Sabah Jadi Guru

Kementerian Pelajaran diminta mempertimbangkan cadangan agar rakyat Sabah diberi keutamaan bagi mengikuti kursus perguruan di institut latihan perguruan yang ada di negeri ini.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata cadangan itu bagi mengurangkan kadar penghijrahan guru berkualiti dan berpengalaman dari Sabah.
“Sabah sering kehilangan guru-guru berkualiti dan berpengalaman apabila guru terbabit kembali ke negeri asal mereka di Semenanjung. Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang Sabah menolak kehadiran guru-guru dari Semenanjung untuk mengajar dan menabur bakti dalam bidang pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.

Tuesday, February 22, 2011

Syivero Patrick dari SMK Kota Marudu Pelajar Terbaik Luar Bandar STPM 2010

Kesempitan hidup memaksa Syivero Patrick, 20 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah bekerja separuh masa setiap kali cuti hujung minggu bagi mencari duit poket dan perbelanjaan menampung kos persekolahannya.
Satu-satunya penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Malaysia Timur itu berjaya mencatat keputusan 4A dengan memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B dalam mata pelajaran Sejarah.

Saturday, February 19, 2011

YOMBO INOH

Dalaid rih...
Watan da ulun..
Yombo inoh..
Inantad nyo, suang bioh....

Dalaid rih..
Giaan da ulun,
Balabih nini..
Paduli mai iroh..
Nunuh pandai do..

Dalaid rih..
Anggatun da ulun,
Astaga minang..
Ililih..
Nakuroh iroh noh..

Dalaid rih..
Isada ngaran,
Isa natutunan..
Isa napandayan
Naulakan...

Tapi...Dmanti ti..
Boleh nioh tokiou kumidum..
Tokou galatun
Tabion..kabilangan..

Adai tokou baranti..
Taruso tokou
Damanti tih..suob..
Suob Sumaman..
Lakadai Tokou nioh
Alas..ikum..lakak...

Kidum tokou, tidong tokou
birogod tokou
Aki, odu, minang, inang,
Aka..katabinai,
Adai kou lakak..
Astaga.....
Kandu nioh..kangku nioh..

BISAYA BOLEH !!!

Oleh : Abdul Manap Haji Baradin


sumber: http://www.sabah.org.my/pbbs.ta/

Friday, February 18, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

SK Ulu Lubai antara 23 SBT 2011

o Duduki tempat ke-54 pada 2009o Lonjak ke tempat pertama pada 2010

o Menangi 2 anugerah peringkat antarabangsa 2009


Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.

Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.

Thursday, February 17, 2011

Buka dan Pasang Skrin My Laptop

Laptop saya ni sudah lama pecah skrinnya, apabila cari di kedai harganya skrin ini serendah RM600++.
Nasib ada laptop rakan yang dah x diguna lagi, ada peluang ambil skrin dan tukar. Cuba tukar sendiri, akhirnya berjaya juga buka dan pasang semula....

My Dmax

Akhirnya dapat juga saya memiliki Rim 16 inci untuk D-max yang sudah lama diidamkan...alhamdulillah...

Pengumpulan Data Bagi Kos Pelupusan Stok Bernilai Rendah (Bahan Kimia) Yang Kritikal

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul data kos pelupusan bahan kimia di sekolah-sekolah yang tidak dapat dilaksanakan disebabkan faktor kos pelupusan bahan kimia ini adalah tinggi. Selain itu, bahan kimia tersebut telah usang, luput tarikh penggunaan dan dikhuatiri berbahaya untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar pihak tuan dapat mengemukakan maklumat tersebut menggunakan format Lampiran A yang disertakan bersama-sama surat yang telah diedarkan ke semua sekolah menengah (rujukan: PPD(KM)300/4(9 ) Tarikh : 17 Februari 2011)  sebelum pukul 4.30 petang pada 21 Februari 2011, UP. Unit Perolehan dan Aset, pejabat ini.

Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. SMK Kota Marudu
  2. SMK Kota Marudu 2
  3. SMK Tandek
  4. SMK Langkon
  5. SMK Bandau
  6. SMK Bengkongan


Sekian harap maklum.

Tiada arahan ibu bapa, pelajar perlu sahkan dokumen di JPN

Jabatan Pelajaran Sabah tidak pernah mengeluarkan arahan bahawa ibu bapa dan pelajar mesti mendapatkan pengesahan dokumen seperti kad pengenalan dan surat lahir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum berurusan dengan jabatan itu.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, berkata ibu bapa dan pelajar sebaliknya boleh mendapatkan pengesahan itu daripada pegawai kumpulan A atau mana-mana pegawai kerajaan yang dibenar mengesahkan dokumen.

Wednesday, February 16, 2011

Usaha Kementerian Galak Pemakanan Berkhasiat Kepada Pelajar

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran akan menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata garis panduan itu turut menetapkan minuman berkenaan tidak digalakkan penjualannya di kantin atau koperasi sekolah.
Beliau berkata, penyediaan garis panduan itu akan dimuktamadkan bersama antara kedua-dua kementerian bagi memastikan hanya makanan dan minuman berkhasiat dijual di sekolah. 

Thursday, February 3, 2011

Amaran Hujan Peringkat jingga di Sabah, Sarawak


Jabatan Meteorologi Malaysia meningkatkan amaran hujan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak ke tahap jingga dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga Sabtu ini. 


Menurut kenyataan Jabatan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Sarawak itu membabitkan daerah Kuching, Lundu, Bau, Samarahan, Asa Jaya, Simunjan, Betong, Saratok, Sarikei, Mukah, Dalat, Matu dan Daro.


Di Sabah pula, ia membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Tongod, Pantai Barat Kota Belud, Ranau, Tawau dan Lahad Datu.

Wednesday, February 2, 2011

Jawatankuasa Aset dan Permohonan Baru

Semua sekolah rendah dan menengah daerah Kota Marudu perlu menghantar Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan yang telah dilantik dan permohonan pelantikan yang baru bagi yang belum dilantik dengan menggunakan borang yang disediakan. Borang tersebut boleh diperolehi di bahagian Muat-turun sebelah kanan blog ini yang bertajuk Borang Jawatankuasa Aset Telah Dilantik dan Permohonan Baru


Semua borang tersebut hendaklah di hantar ke Unit Perolehan dan Aset, PPD Kota Marudu pada atau sebelum 9 Februari 2011. Borang perlu dihantar dalam bentuk hardcopy  dan softcopy. Softcopy boleh dihantar menggunakan email ke sardotcom@yahoo.com atau sardotcom@gmail.com

Sekian.