Waktu Solat

Monday, January 26, 2009

Hilangkan Iklan dalam aplikasi percuma

Aplikasi percuma dari Yahoo, seperti Yahoo! Mail dan Yahoo! Messenger, sentiasa dihiasi iklan. Ini seperti yang anda boleh lihat di bahagian atas Yahoo! Mail Classic. Lihat juga Yahoo! Mail Beta di bahagian kanan. Di Yahoo! Messenger pula di bahagian bawah tetingkap aplikasi.
Kalau mahu, anda boleh menghilangkan iklan ini supaya bandwidth Internet anda tidak “dimakan” oleh iklan. Caranya dengan bertukar ke aplikasi Yahoo! Mail versi premium.
Tapi, di Yahoo! Messenger, dengan percuma pun anda boleh bebas dari iklan. Anda hanya perlu menaipkan skrip yang seterusnya akan diubah ke file batch. Mari kita buat skripnya:
1. Buka aplikasi Notepad yang anda miliki.
2. Taipkankan skrip di bawah.

@ECHO OFF
TITLE Penghapus Iklan YM

> %TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO REGEDIT4
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO.
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO [HKEY_CURRENT_USER-Software-Yahoo-Pager-YUrl]
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Messenger Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Upload Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad Big”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Webcam Viewer Ad Medium”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Change Room Banner”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Conf Adurl”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Chat Adurl”=”*”
>>%TEMP%.-hapusIklanYM.reg ECHO “Y Content”=”*”
REGEDIT /S %TEMP%.-hapusIklanYM.reg
DEL %TEMP%.-hapusIklanYM.reg

ATTRIB -R “%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”
ECHO “” >”%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”
ATTRIB +R “%PROGRAMFILES%-Yahoo!-Messenger-Cache-urls.xml”

3. Simpan dengan nama apa saja, tapi yang penting ubah Save as type menjadi [All Files] pada menu drop down. Seterusnya berikan sambungan BAT pada akhir nama file.
4. Sebelum menjalankan file batch, pastikan Yahoo! Messenger tidak berjalan. Setelah yakin, jalankan file batch yang baru kita buat.
5. Buka kembali aplikasi Yahoo! Messenger dan lakukan sign in. Apa iklannya masih ada?

Selamat mencuba..

sumber:http://www.sabahdaily.com/2009/01/hilangkan-iklan-dalam-aplikasi-percuma/

Install semula Office tanpa proses pengaktifan

Setelah meng-install semula Windows, tentunya anda perlu melakukan install semula aplikasi-aplikasi lain yang diperlukan. Proses install semula tidak akan menyusahkan apabila aplikasi yang anda install itu adalah aplikasi-aplikasi standart. Yang akan menjadi masalah adalah ketika anda meng-install semula aplikasi lain yang mengharuskan pengaktifan seperti yang harus dilakukan ketika meng-install Windows. Salah satu aplikasi yang akan meminta pengaktifan semasa anda melakukan install semula adalah Microsoft Office.
Seperti pada Windows, anda juga bisa menggunakan Office agar activation semula tidak perlu dilakukan. Secara dasarnya langkah-langkah yang diperlukan juga sama, yaitu dengan melakukan back-up data aktivation dan me-restore-nya sesuai proses install semula Windows dan Office. Perbezaannya terletak pada lokasi dan file yang harus di back-up.
Untuk lebih jelasnya, ikuti langkah-langkah berikut sebelum anda meng-install semula Windows:
1. Jalankan Windows Explorer melalui menu [Start] > [All Programs] > [Accessories] > [Windows Explorer].
2. Buat sebuah folder baru untuk menyimpan file backup. Jika anda ingin melakukan backup di disket, masukkan disket anda ke disk drive.
3. Masuklah ke folder C:-Documents and Settings-All Users-Application Data-Microsoft-Office-Data-.
4. Pada folder Data akan muncul dua file dengan nama data.dat dan data.bak. Salin kedua file ini ke folder yang baru anda buat atau ke disket yang telah disiapkan.

Setelah langkah-langkah diatas dilakukan, anda dapat meng-install semula Windows dan dilanjutkan dengan installation Office. Di akhir installation Office, anda akan diminta untuk melakukan restart Windows. Sampai di sini anda masih belum boleh menjalankan aplikasi-aplikasi Office kerana anda belum me-restore file aktivation.

Maka dari itu, ikuti permintaan restart dari program installer. Selanjutnya:
1. Jalankan Safe Mode Windows.
2. Masuklah ke folder tempat anda back-up kedua file diatas, kemudian salin kembali ke folder C:-Documents and Settings-All Users-Application Data-Microsoft-Office-Data-.
3. Semasa muncul konfirmasi untuk melakukan overwrite, jawab dengan [Yes].
4. Terakhir, restart PC dan aplikasi-aplikasi Office anda tidak akan meminta aktivasi untuk yang kedua kalinya.

Harus diingat, trik ini bukan untuk melakukan crack terhadap aktivation Office, melainkan untuk menggunakan Office agar anda tidak perlu melakukan aktivation secara berulang. Jadi, anda tidak dapat menggunakan trik ini apabila sebelumnya tidak pernah melakukan proses aktivation.

sumber: http://www.sabahdaily.com/2009/01/install-semula-office-tanpa-proses-pengaktifan/

Tuesday, January 20, 2009

Sumber rujukan terpantas

Wikipedia merupakan satu sumber rujukan terpantas yang berada di hujung jari kita secara online. Kemudahan yang disediakan dalam wikipedia ini tidak dapat digambarkan melainkan kita sendiri menggunakannya barulah kita mengetahui sejauh mana kebolehcapaian maklumat dalam web ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page

Saturday, January 10, 2009

NUTP syor guru kegiatan luar diberi subsidi minyak

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran memberikan subsidi petrol dan diesel khusus kepada guru yang terpaksa membawa murid di luar kawasan sekolah.
Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata kini guru terpaksa menanggung perbelanjaan mengisi minyak kenderaan bagi membawa murid terutama untuk aktiviti di luar kawasan sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan khas disediakan. Katanya, ini jelas membebankan guru dan walaupun mereka boleh membuat tuntutan semula terhadap perbelanjaan itu, prosesnya mengambil masa panjang dengan guru tidak boleh bertahan menunggu pembayaran tuntutan semula itu.
“Kita minta subsidi diesel dan petrol daripada kerajaan bertujuan meringankan beban guru, terutama yang mengajar di kawasan kurang pengangkutan awam atau sekolah tiada bas sendiri seperti di pedalaman.
“Mereka terpaksa membawa murid ke sesebuah destinasi atau menghantarnya pulang berikutan ketiadaan pengangkutan. “Guru di bandar tidak mengalami masalah seperti ini kerana kemudahan (pengangkutan) mencukupi,” katanya di sini.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, pihaknya mencadangkan dua pendekatan digunakan kerajaan bagi membolehkan penjimatan dilakukan walaupun pemberian subsidi itu diberikan kepada guru terbabit.
“Satu, subsidi hanya diberikan kepada guru mengajar di sekolah tidak mempunyai bas sendiri atau tiada pengangkutan awam.
“Mereka memerlukannya kerana terpaksa menggunakan kenderaan sendiri berikutan situasi dihadapi. “Langkah kedua dengan membekalkan sebuah bas dilengkapi pemandu kepada sekolah mempunyai lebih 1,000 orang dan ‘coaster’ kepada sekolah kurang 1,000 pelajar.
“Dua pendekatan itu boleh diambil kerana tidak semua sekolah sesuai serta boleh dibekalkan bas yang bergantung kepada bentuk geografi kawasan,” katanya.

sumber:http://www.nutp.org

Satu Yahoo! Messenger, Banyak ID

Ada orang yang mempunyai lebih dari satu Yahoo! ID untuk Yahoo! Messenger. Untuk membolehkan semua Yahoo! ID itu boleh diguna pada masa yang sama, anda boleh download dan memasang Yahoo! Multi Messenger.
Sebenarnya, anda tidak perlu download Yahoo! Multi Messenger jika di komputer anda sudah ada Yahoo! Messenger versi 8. Hanya dengan registry via Registry Editor, anda sudah dapat fungsi baru di Yahoo! Messenger 8 anda.
Kalau anda memilih yang cara pertama, ikuti langkah-langkah berikut…:
1. Jalankan Registry Editor dengan cara mengklik [Start] > [Run], taipkan “regedit”, dan tekan [Enter].
2. Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, masuklah ke HKEY_CURRENT_USER-Software-Yahoo-pager.
3. Klik kanan, pilih [New] > [DWORD Value], beri nama “Plural”, klik [OK].
4. Klik dua kali value yang baru anda buat tadi, beri nilai value data-nya 1 dan tekan [Enter] atau klik [OK].
5. Seterusnya jalankan Yahoo! Messenger anda untuk melihat hasilnya.

sumber: http://www.sabahdaily.com/

Microsoft Live tampil lebih setempat

MICROSOFT Corporation memperkenalkan perkhidmatan Windows Live generasi baru yang menambah keupayaan berkomunikasi kepada pengguna selain perkongsian maklumat dengan mudah.Berita baik kepada pengguna negara ini apabila Windows Live ditawarkan dalam bahasa Melayu yang menjadi satu daripada 48 bahasa disediakan.
Perkhidmatan terbabit membolehkan kesepaduan dalam berkomunikasi kepada empat juta pengguna perkhidmatan Windows Live di negara ini.Kemudahan lebih selesa itu kini menampilkan ciri tempatan bagi menarik minat pengguna selain menyediakan perkhidmatan selaras permintaan penduduk negara ini melalui perkongsian gambar, e-mel, mesej pantas dan banyak lagi.Ia disediakan secara percuma dan boleh dipindah turun di alamat URL http://download.live.com/



sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090107123525/Article/indexv_html

Salin foto daripada fail PDF

DOKUMEN PDF amat penting memandangkan ia digunakan dalam transaksi data besar yang memudahkan pengguna mengurangkan saiz fail yang disertakan.Namun kadang-kadang ketika kita perlu menyalin sebarang grafik yang terkandung dalam dokumen PDF, ia mungkin menggusarkan kepala tetapi usah risau kerana ada kaedah ringkas menyalin foto atau visual menggunakan kaedah berikut:
1. Buka mana-mana fail yang disimpan.
2. Gunakan 'SnapShoot Tool' terletak di tengah-tengah antaramuka Adobe Reader.
3. Klik pada ikon kamera itu dan pilih visual yang hendak digunakan.
4. Kemudian hanya tampal di mana-mana dokumen seperti Microsoft Word, Paint dan sebagainya.

sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090107125232/Article/indexv_html

Bina website dengan jomla

Ini merupakan satu perisian percuma mesra pengguna yang disediakan untuk membina website dan mempunyai banyak fungsi dan nampak menarik serta mudah dipelajari..

Cubalah ..

http://www.joomla.org/

Wednesday, January 7, 2009

PPSMI masih perlu kajian teliti

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kementerian Pelajaran perlu membuat kajian mendalam berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) supaya ia dilihat adil bagi semua pihak.
Tokoh pendidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sebarang keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI perlu dikaji dengan sedalam-dalamnya tanpa bersandar pada satu pencapaian peperiksaan semata-mata.
''Pencapaian menerusi satu peperiksaan besar sahaja tidak cukup untuk membuktikan PPSMI telah menemui kejayaannya.
''Kita tidak boleh tergopoh-gopoh untuk membuat satu dasar hanya berpandu pada satu kejayaan sahaja, saya sendiri berasa sangsi jika ia diteruskan tanpa ada penelitian yang lebih terperinci,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 51.2 peratus berbanding 21.5 peratus pada tahun 2007 bagi subjek Sains dalam Bahasa Inggeris manakala subjek Matematik naik 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus pada tahun 2007.
Selain itu, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar juga semakin kecil terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Menurut Nik Safiah, kerajaan juga perlu mengkaji implikasi dan kesan pelaksanaan PPSMI terhadap pelajar luar bandar sekiranya ia diteruskan memandangkan masih ramai di kalangan mereka kurang berkeupayaan untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
''Berbanding di luar bandar, pelajar di kawasan bandar mempunyai pelbagai kemudahan selain pendedahan yang luas berhubung penggunaan bahasa Inggeris.
''Maka diharapkan kerajaan dapat membuat satu keputusan yang adil bagi isu ini kerana PPSMI bukan perkara main-main, ia melibatkan soal masa depan anak bangsa,'' katanya.
Sementara itu, seorang lagi tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berpendapat, kementerian wajar meletakkan matlamat dengan menumpu pada salah satu subjek sama ada bagi subjek Bahasa Inggeris atau Sains dan Matematik.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan menyasarkan matlamat supaya anak-anak berupaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik, objektif dasar wajar memfokus pada subjek itu tanpa melibatkan subjek Sains dan Matematik.
''Soalnya mana satu yang menjadi keutamaan pihak kementerian menerusi pelaksanaan PPSMI? Mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris atau Sains dan Matematik?.
''Tidak dinafikan kedua-duanya sama penting tetapi biarlah fokus ditumpukan satu persatu supaya semua pihak tidak berasa terbeban dengan tanggungjawab masing-masing, baik golongan pendidik mahupun pelajar sendiri,'' katanya.

Disediakan oleh: Mohd Zubir
Isnin, 05 Januari 2009

SUKATAN PELAJARAN

Dapatkan sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah yang terkini di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui alamat berikut :

http://www.moe.gov.my/bpk/

Saturday, January 3, 2009

Selamat Menempuh Persekolahan 2009

Selamat Tahun Baru 2009 dan selamat bertugas semula kapada rakan-rakan guru. Begitu juga dengan para pelajar, selamat memulakan sesi persekolahan 2009. Kuatkan azam dan tekad untuk maju dan berjaya dalam pelajaran serta bahagia hendaknya dalam kehidupan seharian.