Waktu Solat

Friday, September 28, 2012

KITA SEMAKIN MANTAP


Kota Marudu, 27 September 2012- Pasukan kita semakin mantap, begitulah komen Sanaleh, Pengurusi Biro Futsal Kelab Staf PPD Kota Marudu yang juga merangkap pengurus pasukan sebaik sahaja pasukannya tewas 13-17 menentang Jabatan Tanah Dan Ukur Kota Marudu malam tadi. Kenyataan ini ada benarnya jika diukur pada kekuatan lawan yang baru menjuarai kejuaraan futsal daerah minggu lalu. Malahan Kelab Staf PPD dapat mengimbangi lawan sehingga tiga perempat masa perlawanan apabila kedua pasukan saling berbalas gol. Satu ketika pasukan lawan kelihatan resah selepas ketinggalan 4-5 kepada pasukan PPD yang turun bergaya dengan jersi baru. 

Saturday, September 22, 2012

Kursus KSSR TAhun 3, 2012

Derma Ku

Derma Darah di Hospital Kota Marudu pada 4 Sept 2012

PsKPPS Kota Marudu 2012


PSKPPS Peringkat Daerah Kota Marudu 2012 berlalu dengan kesan catatan prestej kejohanan. Rasanya buat pertama kali saya nampak setiap zon bersaing untuk maruah dan kemenangan. Buktinya penganjur dihujani dengan bantahan teknikal semata-mata untuk melihat pasukan beraksi di pentas akhir. Pengurus tak kisah bayar wang bantahan sampai rm200. Tak kurang juga pertikai keputusan pengadil kerana keciwa pasukan kecundang awal. Saya melihat ini semua adalah prestej kejohanan, pasukan berlumba-lumba nak menang dengan mempergunakan semua laluan yang ada. Tahniah kepada semua pasukan..seronok lihat pasukan tonjolkan keseragaman dan jersi baru..saya tabik pengurusan bola sepak terbuka zon 3. seragam, datang awal, membuat warm up (ada kelas). Tahniah sekali lagi SMK 2 sebagai penganjur.

Pasukan PPD dikeciwakan SMK KM. sepatutnya berita ditulis begini ..1. PAINALTI KONTERVERSI RANAPKAN IMPIAN ZON 9 2. BOLA SEPAK TERBUKA ZON 6 BUKAN LAWAN KAMI 3. TERIO LIBAS SMK AIBKAN PPD. dan banyak tajuk lagi ..tapi dek kerana badan yang seakan dah patah tulang kerana penat satu berita pun tak tertulis..ditambah lagi dengan igauan gagal ke pentas akhir mod menulis pun hilang tiba-tiba he he

oleh:kandawai2

Saturday, September 8, 2012

Kurikulum baru Sejarah harus terap jati diri Malaysia sebagai asas bina negara


Kurikulum baru subjek Sejarah di peringkat sekolah menengah yang sedang dirangka harus mampu menerapkan semangat pembinaan jati diri sebagai asas perpaduan kepada pembinaan sebuah negara, kata Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena).

Derma Darah

Di Hospital Lotong, Kota Marudu pada 4 Sept 2012