Waktu Solat

Friday, September 28, 2012

KITA SEMAKIN MANTAP


Kota Marudu, 27 September 2012- Pasukan kita semakin mantap, begitulah komen Sanaleh, Pengurusi Biro Futsal Kelab Staf PPD Kota Marudu yang juga merangkap pengurus pasukan sebaik sahaja pasukannya tewas 13-17 menentang Jabatan Tanah Dan Ukur Kota Marudu malam tadi. Kenyataan ini ada benarnya jika diukur pada kekuatan lawan yang baru menjuarai kejuaraan futsal daerah minggu lalu. Malahan Kelab Staf PPD dapat mengimbangi lawan sehingga tiga perempat masa perlawanan apabila kedua pasukan saling berbalas gol. Satu ketika pasukan lawan kelihatan resah selepas ketinggalan 4-5 kepada pasukan PPD yang turun bergaya dengan jersi baru. 


Kelab Staf PPD telah menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan ini yang terdiri daripada gabungan pemain terbuka dan veteran. Rentak menyerang pantas dan bertukar-tukar hantaran pendek sedikit dapat mengelirukan lawan sehingga membuka peluang jaringan. Sanaleh muncul penjaring terbanyak PPD apabila penyerang yang tersenarai dalam skuad bola sepak terbuka PSKPPS Kota Marudu ke Pitas itu banyak memanafatkan hantaran silang Rozaini dan Norebet. Di barisan pertahanan, seperti biasa kehadiran Teddy dapat menyerap serangan pantas Jabatan Tanah Dan Ukur yang diketuai star ternama daerah iaitu Jerry.

Keampuhan pasukan PPD diharap dapat berterusan untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan yang bakal muncul minggu depan termasuk saingan dari Bank Rakyat Kota Marudu selain SK Panaitan yang mempelawa cabaran di pentas bola sepak padang besar.

Oleh: kandawai2@yahoo.com

No comments: