Waktu Solat

Thursday, March 29, 2012

Bahaya duduk lama


Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!

Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.

Mantan Pensyarah

Saya bersyukur kerana berkesempatan menziarah mantan pensyarah (En. Ejos Flavian Siarus) saya sewaktu menjadi pelatih di Maktab Perguruan Kent (Institut Perguruan Kampus Kent, Tuaran) pada 28 Mac 2012 lalu. Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani sesi 1993-1995.

Sekarang beliau telah diserang strok sejak 8 bulan lalu. Namun syukur sekarang sudan boleh menggerakkan anggota badan dan sudah boleh duduk.
Bersama En. Ejos yang sudah boleh duduk di kerusi roda.

Peta lokasi rumah En. Ejos di Kg. Serusup Tuaran

Friday, March 23, 2012

MENURUN SEDIKIT Keputusan SPM Sabah 2011 dengan 13 pelajar terbaik


Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk Sabah menurun sedikit dengan 0.82 peratus kepada 94.05 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2010.

“Meskipun demikian masih mengatasi 2.98 peratus pencapaian kebangsaan iaitu 91.07 peratus,” kata Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin ketika mengumumkan keputusan itu di SMK Majakir di sini kelmarin.

Thursday, March 15, 2012

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia


Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. 

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?

Rumah Terbalik

Kunjungan ke Rumah Terbalik, Kg. Talibong, Tamparuli pada 13 Mac 2012









Sunday, March 11, 2012

Sistem baharu STPM tarik minat ke tingkatan 6

Sistem baharu pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mampu menarik minat lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian ke tingkatan enam.

Segerakan pelarasan gaji baharu guru

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut.