Waktu Solat

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baharu 2012

Selamat tahun baharu 2012 kepada semua yang mengenali saya semoga tahun baharu ini lebik baik dari tahun sebelumnya .

Saturday, December 17, 2011

Portal SBPA

http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/index.php

Portal SBPA ini untuk kakitangan kerajaan yang akan menerima SBPA

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:- 
                                    ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
                                    Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS 
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. 
2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing. 
3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:- 
Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel                               : 03-8884 7137/7189/7038
Emel                           : sbpa@moe.gov.my 
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi     : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server       : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal           : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my                            
 
Sekian dan terima kasih.


sumber; www.moe.gov.my

Sunday, December 11, 2011

Berjimat rawat penyakit kanser

Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Friday, December 9, 2011

Mesyuarat Pengurusn dan Peningkatan Profesionalisme Staf PPD 2011

Mesyuarat pengurusan dan peningkatan profesionalisme staf Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu telah diadakan di Hotel Tang Dynasty, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu pada 9 - 11 Disember 2011. Seramai 50 orang staf Profesional (DG) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) terlibat dalam mesyuarat ini.

Wednesday, December 7, 2011

Mesyuarat Kajian validasi Standard Kompetensi

Mesyuarat ini dijalankan pada 6-7 Disember 2011 bertempat di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM

Sunday, December 4, 2011

Milimewa Kota Marudu Anjur Derma Darah

Milimewa Kota telah menganjurkan kempen derma darah pada 4 Disember 2011 bertempat di kakilima kedai.

Syukur saya dapat tumpang sekaki.

Friday, December 2, 2011

Gaji SBPA 2012.Apa Kata Semua Penjawat Awam?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.