Waktu Solat

Sunday, October 26, 2008

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi mendapatkan data dan maklumat yang tersebut di atas, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah telah diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM. Pihak pengurusan KPM seterusnya akan membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskinikan semua maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat. Pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan membantu pihak sekolah berhubung bantuan teknikal serta pengisian maklumat.
Sebarang pertanyaan serta bantuan yang tidak mampu dijawab oleh PKG bolehlah diajukan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri masing-masing. Sekiranya perlu, pihak BTP juga boleh membantu.




laman web :





..

Bengkel SSQS 2008


SENARAI GURU YANG TERLIBAT DENGAN BENGKEL SSQS

TARIKH : 28 OKTOBER 2008
TEMPAT : BILIK GERAKAN
MASA : 12.00 TENGAH HARI


1 -7611 -PENTADBIR -PENTADBIR -pengetua
2 -4647 -GURU ICT -PENYELARAS BESTARI -sanaleh
3 -7840 GURU BAHASA INGGERIS 1 GURU -edditha
4 -0189 GURU BAHASA INGGERIS 2 GURU -Siti liah
5 -6468 GURU BAHASA INGGERIS 3 GURU -margaret
6 -8085 GURU BAHASA INGGERIS 4 GURU -joanes
7 -0962 GURU BAHASA INGGERIS 5 GURU -feliciti
8 -2852 GURU BAHASA MALAYSIA 1 GURU -Abdul rahim
9 -3461 GURU BAHASA MALAYSIA 2 GURU -Norlaila
10 -0650 GURU BAHASA MALAYSIA 3 GURU -george
11 -6927 GURU BAHASA MALAYSIA 4 GURU -maldin
12 -6764 GURU BAHASA MALAYSIA 5 GURU -jaymon
13 -0067 GURU MATEMATIK 1 GURU -fauziah
14 -7887 GURU MATEMATIK 2 GURU -patrick
15 -2151 GURU MATEMATIK 3 GURU -Abdul malik
16 -2013 GURU MATEMATIK 4 GURU -jaffreson
17 -6026 GURU MATEMATIK 5 GURU -molison
18 -6248 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 1 GURU -masyitah
19 -7796 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 2 GURU -yusliza
20 -1344 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 3 GURU -robert
21 -4853 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 4 GURU -joda
22 -1752 GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 5 GURU -lucy
23 -6213 GURU SAINS 1 GURU -rujinah
24 -3598 GURU SAINS 2 GURU -faridah
25 -9111 GURU SAINS 3 GURU -grace
26 -3360 GURU SAINS 4 GURU -majaron
27 -5537 GURU SAINS 5 GURU -Yap
28 -8693 GURU SEJARAH 1 GURU -keple
29 -9751 GURU SEJARAH 2 GURU -harisan
30 -6967 GURU SEJARAH 3 GURU -zulaffandi
31 -3505 GURU SEJARAH 4 GURU -latifah
32 -7399 GURU SEJARAH 5 GURU -norbon


33 -0320 MURID BAHASA INGGERIS 1 MURID -edditha
34 -1635 MURID BAHASA INGGERIS 2 MURID -Siti liah
35 -8512 MURID BAHASA INGGERIS 3 MURID -margaret
36 -6293 MURID BAHASA INGGERIS 4 MURID -joanes
37 -8567 MURID BAHASA INGGERIS 5 MURID -feliciti
38 -7226 MURID BAHASA MALAYSIA 1 MURID -Abdul rahim
39 -5676 MURID BAHASA MALAYSIA 2 MURID -Norlaila
40 -1401 MURID BAHASA MALAYSIA 3 MURID -george
41 -2207 MURID BAHASA MALAYSIA 4 MURID -maldin
42 -5534 MURID BAHASA MALAYSIA 5 MURID -jaymon
43 -2173 MURID MATEMATIK 1 MURID -fauziah
44 -8521 MURID MATEMATIK 2 MURID -patrick
45 -3790 MURID MATEMATIK 3 MURID -Abdul malik
46 -4666 MURID MATEMATIK 4 MURID -jaffreson
47 -6674 MURID MATEMATIK 5 MURID -molison
48 -5131 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 1 MURID -masyitah
49 -9971 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 2 MURID -yusliza
50 -9451 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 3 MURID -robert
51 -5558 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 4 MURID -joda
52 -9211 MURID PENDIDIKAN ISLAM/MORAL 5 MURID -lucy
53 -9052 MURID SAINS 1 MURID -rujinah
54 -4763 MURID SAINS 2 MURID -faridah
55 -7677 MURID SAINS 3 MURID -grace
56 -8529 MURID SAINS 4 MURID -majaron
57 -4932 MURID SAINS 5 MURID -Yap
58 -9099 MURID SEJARAH 1 MURID -keple
59 -4105 MURID SEJARAH 2 MURID -harisan
60 -7222 MURID SEJARAH 3 MURID -zulaffandi
61 -0689 MURID SEJARAH 4 MURID -latifah
62 -6124 MURID SEJARAH 5 MURID -norbon


KEHADIRAN GURU YANG TERSENARAI ADALAH WAJIB.
Harap maklum.

Laman web ssqs http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

..

Hapus Jejak Ber-internet

Windows Vista mempunyai fungsi yang secara automatik melengkapi alamat laman web yang sedang kita taip. Informasi alamat laman web ini dapat dilihat dari file bernama index.bat yang mempunyai alamat-alamat web yang pernah kita kunjungi.
Bagi orang yang sensitif terhadap masalah privasi, fungsi ini boleh menjadi masalah. Dari senarai ini, orang lain boleh mengetahui laman web yang pernah anda kunjungi. Untuk mengatasinya, anda boleh menghapuskan file index.dat.
Menghapus file index.dat tidak semudah menghapus file lain. Sebab, file ini digunakan sepanjang sesi sistem dan file yang sedang digunapakai tidak boleh dihapuskan.
Jika anda ingin index.dat dinyahkan dari sistem anda, lakukan langkah-langkah ini:
1. Restart komputer anda dan tekan butang [F8] di keyboard beberapa kali di awal-awal boot untuk menampilkan menu menuju Safe mode.
2. Pilih [Safe Mode with Command Prompt], dan tekan [Enter]. Windows akan melanjutkan loading Windows.
3. Semasa muncul tetingkap login, masukkan nama pengguna komputer tersebut. Akaun yang digunakan ini harus administrator.
4. Setelah tetingkap Command Prompt aktif, anda berada di folder C:-Users-user name anda. Masuklah ke C:-Users-User name Anda-AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies dengan mennaipn perintah “cd AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies” diikuti dengan menekan [Enter].
5. Taipkan perintah “del index.dat” pada Command Prompt. Tekan [Enter].
6. Restart Windows.
7. Sekembalinya ke Windows, anda akan kembali melihat file index.dat. Namun file itu kosong—Windows yang membuat file itu.

sumber & berita lain : http://www.sabahdaily.com/2008/10/hapus-jejak-ber-internet/

Thursday, October 16, 2008

Status Cybercenter tingkat kemudahan ICT

SELEPAS pengiktirafan beberapa Cybercentre (pusat siber) sebelum ini, Mid Valley City merupakan penerima terbaru Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diisytiharkan baru-baru ini.Pengiktirafan tersebut merupakan langkah strategik kerajaan, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan juga IGB Corporation Berhad (IGB) bagi menawarkan persekitaran yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur ICT khusus untuk kegunaan orang ramai dan juga syarikat berstatus MSC Malaysia.
Selari dengan agenda kerajaan, pemberian status tersebut mengembangkan lagi spektrum ICT bagi kawasan Lembah Klang sekali gus menjadikan ia sebagai bandar metropolitan yang menjadi pusat untuk para pekerja berpengetahuan (K-workers) serta perniagaan untuk bertapak.
Penganugerahan tersebut secara tidak langsung menambah bilangan pusat siber keseluruhannya kepada 15 di seluruh negara setakat ini.
Sejajar dengan pengiktirafan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, mengucapkan tahniah kepada IGB kerana berjaya mengemudikan perkembangan pembangunan Mid Valley City untuk memenuhi kriteria sebagai pusat siber berstatus MSC Malaysia selain menyokong perkembangan industri ICT tempatan.
''Mid Valley City berada dalam lokasi strategik yang memiliki permintaan tinggi oleh pengguna ICT termasuk dari kawasan Bangsar dan Petaling Jaya.''Sehubungan itu, ia mampu menawarkan persekitaran berkualiti untuk membolehkan syarikat berstatus MSC beroperasi di Mid Valley City,'' katanya ketika majlis pengiktirafan Mid Valley City sebagai Pusat Siber (Cybercentre) MSC Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi penganugerahan tersebut, Mid Valley City kini menawarkan 300,000 kaki persegi kawasan pejabat kepada syarikat berstatus MSC untuk beroperasi di situ.
Sebagai tambahan, pusat siber terbaru itu turut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang terbaik termasuk bekalan elektrik yang tinggi, sambungan fiber optik, perkhidmatan telekomunikasi terkini, sistem keselamatan, Pusat Data Internet khas dan juga Pusat Maklumat yang sudah mula beroperasi.Di samping itu, orang ramai turut berpeluang untuk menggunakan kemudahan sambungan WiFi berkelajuan tinggi yang tersedia disekeliling kawasan berkenaan.Pengiktirafan Mid Valley City sebagai pusat siber menjadikan ia sebagai edisi terbaru kepada kewujudan pusat siber yang terdapat di Lembah Klang seperti di Pusat Membeli-Belah KLCC, Menara TM, Taman Teknologi Park Malaysia, KL Sentral dan juga Bandar Utama.
Turut hadir ketika majlis penganugerahan itu ialah Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Padillah Yusof, Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengarah IGB Corporation Bhd., Tan Lei Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley City Sdn. Bhd., Anthony Barragry.

Sumber:

UTUSAN MALAYSIA
16 OKTOBER 2008

Capaian jalur lebar wayarles dengan satu klik

TEKNOLOGI capaian internet dan akses data wayarles bagi jarak jauh merupakan perkhidmatan yang memberi banyak kemudahan kepada pengguna.
Untuk tujuan itu, Green Packet Bhd. (Green Packet) telah melancarkan Peralatan Premis Pelanggan WiMAX (WiMAX CPE) sebagai penyelesaian komunikasi secara bersepadu di peringkat antarabangsa melalui pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Dengan pelancaran tersebut, Green Packet menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam generasi jalur lebar wayarles dan penyelesaian rangkaian mobiliti serta menjadi syarikat ICT pertama yang membekalkan peralatan WiMAX atau Saling Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Gelombang Mikro.Menurut Pengarah Urusan Green Packet, Kelvin Lee, kejayaan tersebut dicapai melalui pembangunan strategi bersama rakan niaganya dalam penyelesaian aplikasi WiMAX dari banyak negara di Asia Tenggara, China, Asia Timur, Asia Barat, Afrika dan Amerika Selatan.
"Menerusi perkhidmatan ini, kami berharap agar syarikat telekomunikasi (telco), pembekal perkhidmatan internet (ISPs) dan pembuat peralatan jalur lebar akan mendapat manfaat bersama,'' katanya.
Pelancaran WiMAX CPE itu termasuk modem luar dan dalam serta beberapa produk komunikasi dan interaksi yang terlibat seperti perisian dan perkhidmatan nilai tambah.
Kesemua produk tersebut direka untuk memenuhi kehendak pengguna, pembuat peralatan jalur lebar, Telcos dan ISPs.
Ia menawarkan platform yang fleksibel untuk memberi pengguna pengalaman aplikasi WiMAX yang menarik.
"Produk Green Packet menjanjikan pengguna kemudahan mengakses aplikasi jalur lebar tanpa wayar pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada.
"Dengan hanya satu klik mudah, pengguna akan dapat mengakses rangkaian seperti WiFi, GPRS, 3G dan juga WiMAX,'' jelasnya.
Menurut Lee lagi, aplikasi tersebut juga bakal memberi faedah kepada rakan niaganya menerusi integrasi rangkaian WiMAX yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Produk tersebut juga sebenarnya telah diuji keupayaannya oleh Packet One Networks (P1) yang merupakan pembekal komersial pertama perkhidmatan WiMAX di Malaysia.

Sumber:
UTUSAN MALAYSIA
16 Oktober 2008 / 16 Syawal 1429

by: sardotcom