Waktu Solat

Sunday, October 26, 2008

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi mendapatkan data dan maklumat yang tersebut di atas, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah telah diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM. Pihak pengurusan KPM seterusnya akan membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskinikan semua maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat. Pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan membantu pihak sekolah berhubung bantuan teknikal serta pengisian maklumat.
Sebarang pertanyaan serta bantuan yang tidak mampu dijawab oleh PKG bolehlah diajukan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri masing-masing. Sekiranya perlu, pihak BTP juga boleh membantu.




laman web :





..

1 comment:

BUNG ADI said...

Syabas cikgu! usaha cikgu memberi informasi berkaitan ICT dan perkomputeran sangat baik dan mesti diteruskan.