Waktu Solat

Sunday, May 23, 2010

Pesta Kaamatan Kota Marudu 2010


Ahad, 23 Mei 2010: Pesta Kaamatan peringkat Kotta Marudu bagi tahun 2010 diadakan dengan penuh meriah dengan pelbagai acara. Antaranya pameran, persembahan nyanyian dan unduk ngadau.
Persembahan nyanyian antaranya, Riana dari WP Labuan, Lah Ahmad, Stacy menyanyikan 3 buah lagu dan penyanyi duo dari Singapura.

Monday, May 17, 2010

Penghargaan Sekolah-sekolah PPD Kota Marudu

Isnin, 17/05/2010; Saya menghadiri mesyuarat kurikulum di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu bersama semua guru besar dan pengetua yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, En. Jainim Samaron.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak perkara berkaitan dengan perkembangan dan permasalahan pendidikan di daerah dibincangkan.

Dalam mesyuarat ini juga, saya mengambil kesempatan untuk menerangkan perisian kutipan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun SR dan SM. Saya juga telah menyampaikan sijil penghargaan bagi pihak jabatan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya mengatasi peratusan kelulusan Negeri Sabah dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2009.

Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut;

1. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNSUI
2. SEKOLAH KEBANGSAAN MANGIN
3. SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN
4. SEKOLAH KEBANGSAAN TUMUNDA SALIMANDUT
5. SEKOLAH KEBANGSAAN TANDEK
6. SEKOLAH KEBANGSAAN TALANTANG
7. SEKOLAH KEBANGSAAN MAGANDAI
8. SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKON
9. SK KOTA MARUDU 2
10.SMK BANDAU
11.SMK KOTA MARUDU

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan kepada sekolah-sekolah yang kurang pencapaian prestasinya, agar dapat berusaha untuk masa-masa yang akan datang.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Mak cakap CIKGU macam MAGGI, masa susah, ayah cakapCIKGU macam D'SEKERS menakutkan, atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada, tapi anak saya cakap CIKGU macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga!

"REACHER'S REPORT CARD"

Patience - A+
Commitment - A+
Dedication - A+
Inspiration - A+


SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan seperjuangan.

HARI LAHIR YANG KE 37


Hari ini genap umurku 37 tahun. Tambah lagi setahun.

Monday, May 10, 2010

SMK Tenghilan, Tuaran



Isnin, 10/5/2010; Saya ke SMK Tenghilan, Tuaran untuk melihat sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Rendah Tahun 2010. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang dibincangkan dengan Pengetua Pn. Lee Kui Len terutamanya penjelasan beliau mengenai keadaan sekolah yang sedang dalam pembaikan. Pertama kali tengok sekolah ini dari dekat, takut juga kerana keadaan koridornya yang terlalu banyak tongkat sokongan daripada kayu. Tapi inilah keadaan dan situasi sebenar, kata Pengetau.

Saya berjumpa dengan Penyelaras Tingkatan 6, En. Podolius berkaitan dengan sesi pendaftaran dan orientasi pelajar.
Pada keseluruhannya semua berjalan seperti yang ditetapkan.

Kempen Derma Darah

Pada Ahad (9/5/2010), saya ke tamu Kota Marudu dan dalam perjalanan nampak pula ramai orang di padang pekan, tengok-tengok macam ada kempen derma darah pulak. Pergi tamu dulu dan beli-beli keperluan terus balik rumah hantar dahulu keperluan yang sudah dibeli tu. Lepas tu saya datang semula ke padang untuk sama-sama derma darah bagi membantu orang yang memerlukan darah.

Kalau masuk kali ini saya sudah menderma darah kali yang ke-13 lah....saya ni pantang nampak kempen derma darah, saya akan turut derma kalau dah cukup tempohla....3 bulan sekali ba...SETITIK DARAH BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA....

Wednesday, May 5, 2010

SMK Tulid Keningau


Rabu, 5/5/2010 : Saya bersama En. Maksum Y Sharifuddin dan En. Isip ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid, Keningau. Kami bertolak daripada Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi. Setelah selesai semua urusan kami bertolak pada pukul 2.15 petang dan sampai di rumah pada pukul 7.00 malam.
Penat rasanya menempuh perjalalan yang jauh dan lama. Tapi rasa puas kerana banyak dapat membantu pihak sekolah. Satu pengalaman yang menarik sebab kali pertama melalui jalan Kimanis Keningau. Sebelum ini dengar cerita daripada rakan-rakan sahaja tentang jalan ini yang mempunyai cerita tersendiri.

Tuesday, May 4, 2010

Bimbingan Sekolah Program Intervensi Kecemerlangan Akademik, SK Natai Telipok, Kota Kinabalu


Saya bersama rakan-rakan; Suhaimi, Ramlee, Maksum, Wanda Maria, Noorartini dan Hjh. Bernedette ke sekolah ini pada 29 April 2010 hari Khamis. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sekolah ini mengmbil masa 1 jam 30 minit.
Banyak perkara yang dikongsikan bersamaa sekolah ini yang berjaya mengekalkan prestasi peperiksaan UPSR 100% dari 2007-2009 dan pada tahun lalu mendapat tempat ke-13 kebangsaan. Kekalkan usaha untuk meningkatkan prestasi lebih cemerlang. Tahniah!!!

Seminar Sehari SSQS Bahagian Kota Kinabalu


Seminar ini telah dianjurkan oleh BTPN Sabah pada 4 April 2010 di Bilik Orchid, BTPN Sabah, Penampang dari pukum 8.00 - 4.30 petang.
Antara tujuan utama seminar ini adalah menerangkan peranan dan fungsi serta penggunaan SSQS dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.
Saya terlibat menyampaikan ceramah bertajuk Amalan Terbaik Pengintegrasian ICT dalam P&P.